hari ni pun macam-macam hari-hari sebelum ni. tak dapat nak bebel banyak-banyak. tapi kalau tiba-tiba laju je tangan ni menaip maka jadi karangan SPM la nanti entry ni. harap maklum la. orang tengah kemaruk nak update blog tapi sedih mengenangkan Mr. L yang dah selamat masuk ICU. last week dapat news kata Mr. L dah masuk ward biasa, kalau tak ada aral melingtang insyaAllah hujung minggu ni dah boleh discharge. tolong la doakan semoga Mr. L sentiasa sihat, dapat lagi berbakti dengan jayanya. HEHEHE.
tapi last week, hospital Mr. L call kata Mr. L kena cari "penderma jantung" sebab jantung Mr. L dah tak boleh berfungsi. hari tu Mr. L hampir lemas dalam kolam buatan manusia T___T tapi rasanya dah jumpa kot penderma jantung tu sebab aku pun tak follow up dengan doctor yang merawat Mr. L tu. apa-apa pun aku bersyukur kerana Mr. L masih dapat diselamatkan walaupun sebenarnya masa Mr. L masuk ICU hari tu aku dah berangan-angan nak cari pengganti Mr. L. HAHAHA. memang la aku dasar tak setia pada yang satu. tapi aku setia pada Dia Yang Satu. InsyaAllah.
masa Mr. L masuk ICU hari tu memang la aku menangis sakan. ye la, hubungan aku dengan Mr. L baru lagi tapi dah ada dugaan macam ni. siapa tak sedih kan? walaupun aku baru kenal Mr. L tapi aku gembira dengan Mr. L sebab Mr. L sangat penyabar dengan aku. walaupun aku kadang-kadang selalu menyakitkan Mr. L tapi dia tak pernah komplen pun. Dia ikut je kehendak aku. Dia ikut je ke mana aku ajak dia pergi. Dia redha je kalau aku harhari-hari tak bertemu mesra dengan dia. Kalau aku tak bagi dia jumpa kawan-kawan pun dia redha je. baik kan Mr. L aku??
tu sebab bila aku fikir-fikir balik inilah hikmahnya Mr. L dapat diselamatkan. kalau MR. L selamat pergi, maka aku tak akan ingat semua pengorbanan Mr. L pada aku. serius weeeiii... kalau la Mr. L dah tak ada, mesti aku susah nak cari pengganti Mr. L. sedih T___T
okey la. tak mahu celoteh panjang-panjang. nanti ada pulak yang muntah hijau baca entry aku yang konon-konon nak jiwang dengan Mr. L aku. walaupun aku tahu Mr. L tak pernah baca blog aku ni, tapi aku tahu Mr. L sentiasa dapat baca apa yang dalam hati aku ni. macam pak nujum lak Mr. L aku ni kan? dia sentiasa tolong aku. kadang-kadang dia bantu aku buat assignment, kadan-kadang dia tolong aku buat lab reports, selalu juga dia tolong aku cari journal.
opssssss... tak habis-habis lak nak puji Mr. L. kepada sesiapa yang setia membac sehingga ke ayat ni, terima kasih la kerana suid membaca kisah aku dan Mr. L kesayangan aku. tolong doakan MR. L aku selamat hendaknya. AMIN.
note : Mr. L dalam cerita di atas adalah merujuk kepada laptop kesayangan aku =)
kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi (okey, jangan tiru tagline orang)
No comments:
Post a Comment