Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Monday, December 13, 2010

Musim orang kahwin... bila la turn aku ni?

Cuti-cuti sekolah ni mesti penuh dengan undangan perkahwinan sampaikan kadang-kadang dalam sehari sampai 3,4 majlis. Memang kembung perut makan. Ye la, kalau dah lauk setiap majlis berlainan kemudian menguji nafsu makan nak tak nak MESTI makan juga kan? Lain la kalay 3,4 majlis tu satu pagi, satu tengahari, satu petang dan satu malam. FUH! jimat duit untuk makan sehari. Mak-mak pula tak payah nak susah-susah fikir nak masak apa untuk sarapan, lunch, tea dan dinner. HEHEHE.

Okey la. Tak guna bebel banyak-banyak. Semalam pergi kenduri kahwin kawan sekolah menengah. Keluar rumah jam 1130 pagi sampai tempat kenduri jam 230 petang. Punya la long journey. Sedangkan dari Ipoh nak ke Bota tu sejam je kot. Banyak la halnya. Pagi tu baru nak pergi beli hadiah, dah beli hadiah boleh la ramai orang dekat customer service counter tu. Terpaksa bekerja part time jadi tukang balut hadiah sendiri di kaunter costumer service. 1petang baru bertolak yang sebenarnya tu pun singgah jap isi minyak. Dah settle, teruskan la journey to Bota ikut jalan baru. Boleh la pula tengah-tengah perjalanan tu konpius nak ikut jalan mana bila sampai kat simpang tiga. Berhenti dulu tepi jalan kemudian ikut kata hati. ALHAMDULILLAH. Sampai juga dekat rumah pengantin. Masa tu dah lengang dah. Pengantin pun dah nak berehat tapi disebabkan kawan-kawan lama datang terus pengantin excited.

Anak-anak dara bersama pengantin

kenangan bersama pengantin yang comey. Oh ya, gambar tidak mengikut turutan, Main upload je.

BEST dapat pengantin sporting. Siap nak main baling-baling bunga tangan lagi.

Sepatutnya di bawah sekali. Sebab ini gambar terakhir sebelum pulang kerana baru sedar syok sangat bergambar sampai tak solat zohor lagi T__T

Senyum lagi. Terima kasih kepada adik pengantin (rasanya laaa) kerana sudi melayan kerenah kawan2 pengantin yang tak berapa nak matang lagi.

Pengantin malu bila semua tengok dia. Zira (si baju purple di belakang baju putih) juga praktis untuk jadi malu-malu-kucing kerana maljisnya juga tak lama lagi. TAHNIAH!

Ini  gambar pertama sejurus sampai. Terus masuk bilik pengantin tangkap gambar. HAHAHA. 

Ucapan untuk pengantin :
TAHNIAH!! semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Dapat baby comey2 tau sebab pengantin perempuan dia comey (kawan aku la tu...)


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


 lots of L♥VE

2 comments:

-anidaothman- said...

yakpa jUE...sampai masa dan ketika tibalah JODOH kamu..teruskan bedoa yaa moga dikurniakan LELAKI yg bertakwa pada ALLAH s.w.t. EHEHHEHE

COMEI=COMEI blaka yg dOk ada dlm PIC ni.......

Merentas Horizon said...

wah! ramainya serataians yang g kenduri ulfa. eheh.

maaf la ana gi bercuti ke Janda Baik. Tak dapat jumpa antunna sekalian.. dah plan lebih awal.
(mode skola agama.ana-anti la kn)

ok berbalik kepada turn kawen. Jodoh itu rahsia Allah, InsyaAllah.. akan datang kelak Mr.Right pada masa yang sesuai untuk kamu. Yang telah DIA tetapkan.

aiwa~ ma'a salama wa ila liqo'