Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Wednesday, March 23, 2011

cara membaca bahan kandungan di dalam minuman [?]




gambar hiasan
(sumber : google)

The FDA requires labels that list the ingredients in descending order of predominance according to weight. The heaviest ingredients are first and the lightest are last. "


Benda ni dah lama orang bagitau aku cuma aku tak ingat nak share dengan korang. Kalau yang dah tahu bagus la, kalau yang tak tahu teruskan membaca. Hari ni secara kebetulan pula aku beli juice dalam botol masa makan tengahri. Jadi aku pun belek la ingredients dia. Just nak tahu apa apa yang aku minum ni. Bila tengok ingredient dia : water, sugar, blaaa.., blaaa...

Menurut apa yang orang pernah bagitau aku, kalau nak tahu benda yang kita minum tu banyak air ke banyak gula, tengok la susunan dia tulis ingredient tu. Maknanya, kalau dia tulis; water, sugar, blaaa.., blaaa... maka yang banyak adalah air kemudian gula kemudian bahan-bahan seterusnya. Kalau dia tulis; sugar, water, blaaa.., blaaa... paham-paham sendiri la. Macam quote kat atas tu, bahan-bahan mesti dilistkan mengikut berat. Sebab tu la kalau perasan la kan, kalau manufacturer tu letak bahan pewarna or perisa tiruan, mesti manufacturer tu listkan bahan tersebut dekat-dekat hujung. Mesti la bahan-bahan tiruan tu letak sikit je kan? Kalau letak banyak, maka banyak la bahan tiruan yang masuk dalam usus perut kita ni. 

Jadinya, lepas ni haruslah berhati-hati membeli makanan/minuman. Bukan sekadar halal haram je kena amik kisah tapi apa yang masuk dalam badan kita pun kena amik kisah juga. Sekarang ni macam-macam penyakit ada. Takut betul la. Kalau ada yang aku tersalah cakap, harap ditegur la. Kalau tak tegur, nanti terpesong la info yang nak dikongsi dengan semua orang ni. Bersalah pulak aku.






2 comments:

Merentas Horizon said...

oh, jatuh cinta lak ngan font terbaru entri hg nih.

comel bangat!

Unknown said...

sila la beralih arah ke blogger draft. macam2 tulisan ada.