Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label further study : Master. Show all posts
Showing posts with label further study : Master. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Tawaran Datang Lagi

Salam Malam semua. Harap semua sihat. Entah macam mana nak mula. Rasa gembira, sedih, berdebar semua ada. Takut pun ye.

Buka email, ada email dari Admin Postgraduate UTM. Tawaran untuk sambung postgraduate study dekat UTM datang semula selepas aku mohon tangguh pendaftaran awal tahun dulu. Sepatutnya aku daftar Februari lepas, tapi aku dapat offer kerja lagi awal daripada offer belajar maka aku tangguhkan niat sambung belajar. Hari ni, UTM hantar lagi surat tawaran.

Aku jadi serba salah. Aku nak kahwin bulan September nanti (insyaAllah), aku kena daftar dekat UTM pun bulan September. Sebenarnya bukan masalah pun kalau nak sambung belajar kalau dah kahwin. Cuma aku takut kewangan yang membataskan segalanya. Lepas banyak sangat halangan bila saat aku nak sambung belajar dulu, aku jadi takut nak sambung belajar. Takut tak ada sumber kewangan. Takut sangat. Dah kahwin, secara automatik tanggungjawab tu dah berpindah ke bahu suami. Takkan dah kahwin nak minta duit dekat ibu kalau takut cukup duit belanja bulanan? Zaman anak dara pun aku tak pernah minta duit ibu untuk tampung makan minum. Inikan pulak dah kahwin. Malu la weiii. Duit gaji yang aku simpan sekarang ni, memang untuk kahwin je.

Duit bayar yuran tu, insyaAllah ada. Tapi untuk tampung makan minum aku setiap hari rasanya cukup-cukup makan kot. Dengan insurans RM200 per month. Memang buat aku rasa macam nak menangis. Ya Allah. Kenapa rasa macam terbeban sangat niat nak sambung belajar ni?

Aku terus email Bayu. Thanks Bayu sebab selalu bagi semangat pada aku. Aku nak try apply biasiswa mymaster tapi aku takut tak dapat. Banyak betul benda aku takut. Apa nak jadi la. Walaupun biasiswa mymaster tu hanya cover tuition fee and elaun untuk tesis, bagi aku itu jauh lebih baik. Paling kurang duit yang aku niat untuk bayar yuran boleh aku guna untuk belanja bulanan kan? Kalau aku sambung belajar, maka niat untuk tukar kereta terpaksa kambus balik masuk tanah. Kalau la aku belo kereta, memang tak makan lauk la lepas kahwin nanti. Tapi orang selalu kata, kalau nak kahwin ni rezeki insyaAllah murah. AMIN. Harap-harap ada la rezeki buat aku dan bakal suami. AMIN.

Aku buat bajet kasar belanja bulanan aku kalau aku sambung belajar lepas kahwin nanti :

Insurans          - RM 200
Broadband     -  RM  80
Bil handphone - RM 100 (max)
Petrol             - RM 300
Lain2             - RM 200
TOTAL          - RM 880


Fuhhhhhhhh! Dekat seribu jugak tu. Takpe2. InsyaAllah boleh. Rezeki Allah tu sentiasa ada. Yakin pada diri dan takdir Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat. AMIN.




 


Wednesday, December 28, 2011

Tawaran oh Tawaran!

ADUH!

Pening kepala aku. Dah lama giler tak buka email. Sejak nak habis 2011 ni memang rasa malas nak cek email. Tapi entah kenapa tadi rasa macam nak cek email. Sekali buka, haaaaaa, hambik ko! 20++ new messages dekat yahoo dengan gmail. Kebanyakkan dari jobstreet. Okey. So boleh delete dengan senang hati. Dah malas nak cari kerja lain.

Tiba-tiba, ternampak email dari Admin UTM. Aku dah berdebar-debar. Apakah itu? Sekali buka.





Terus jantung berdegup laju gila. Terus mesej Mr. XY. Bincang punya bincang, aku jadi cool sikit. Tapi masih lagi rasa tak sedap hati. Then teringat cousin yang belajar dekat sana, terus mesej dia. Explain semua-semua, terus ambil keputusan untuk terima offer tersebut dan minta untuk daftar untuk Semester 1 2012/2013. 

Aku rasa apa yang jadi pun, aku mesti terima tawaran tu. Dah banyak sangat peluang aku terpaksa lepaskan. Jadi peluang yang datang kali ni, memang aku akan pegang erat-erat. Soal kewangan semua tu, aku kena usaha cari jalan penyelesaian.

Harap-harap ini terbaik untuk aku dan masa depan aku. Berikan aku kekuatan untuk semua ini. AMIN.




Friday, September 16, 2011

Peluang yang terpaksa dilepaskan.

AWAS!! Entry panjang =P

Bukan semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan. Kadang-kadang benda tu dah ada depan mata pun, kalau Allah dak takdirkan bukan milik kita benda tu maka tak dapat la kita memilikinya. Sama la macam kes aku. Peluang dah ada depan mata cuma jalan ke arah peluang tu aku tak berapa yakin maka dengan rasa berat hati lagi terpaksa, aku lepaskan la peluang tu. Semua yang bakal aku coretkan adalah untuk kenangan aku kemudian hari. Kalau ada sesiapa yang rasa tak senang dengan luahan hati aku ni, jangan segan silu tinggalkan page ni. Catatan ni bukan nak menagih simpati sesiapa. Harap maklum dengan perkara ni.


Bagi yang mengikuti blog aku (ada ke?) tentu tahu tentang segala kekusutan aku sama ada nak sambung master atau terus kerja. Kisah aku terfikir nak sambung master semuanya bermula bila head of program masa aku degree dulu mencadangkan aku untuk sambung master ke luar negara.WOW!! That was interesting. Siapa tak nak kan? Maka bermula la aku menjadi keliru sama ada belajar sampai master atau jadi master. Maka aku pun bercerita dekat mak aku dan terhebah la cerita tu dekat kaum keluarga. Maka semua menggalakkan aku cuba nasib. Jadi kakak aku dan abang ipar aku menjadi orang paling banyak memberi semangat kepada aku. THANK YOU SO MUCH. Diorang bawa aku pergi jumpa agent dekat Subang. Area Taylor's College tu. Then lepas discuss dengan family semua, aku pilih 2 univeristies dan kedua-duanya di UK. Aku tak kisah mana-mana cuma aku tak nak dekat tengah bandar besar. Maklum la, dibesarkan di kampung jadi aku lagi suka suasana kampung. Lagi-lagi kalau dekat UK tu, lagi aku suka suasana "kampung"nya (gaya macam pernah sampai UK je kan?).


Lepas dah decide nak pilih universiti mana, bidang mana maka aku dinasihatkan untuk seat for IELTS. Semua benda pasal kisah aku nak pergi ambil IELTS tu, korang boleh recall balik dengan baca entry-entry dekat SINI. Tapi sebelum agent tu apply kan univerisiti tu untuk aku, amik masa juga la aku nak prepare semua benda. Berulang-alik ke Shah Alam entah berapa kali pun aku tak ingat. Rasanya adalah dalam sebulan lebih baru aku sediakan semua dokumen yang agent tu perlukan. Sebenarnya, masalah yang membuatkan proses tu agak makan masa sebab aku macam bengap sikit nak tulis Personal Statement. Kalau aku expert bab merapumeraban tu, memang cepat la siap personal statement tu. Jadi bila agent tu dah tolong applykan untuk aku, aku pun dah sibuk jadi RA dekat UiTM Shah Alam. Dalam sebulan atau lebih lepas tarikh agent tu hantar application form tu, dah dapat feedback. Agent tu call dan bagitau aku dah dapat Conditional Offer dari 2 universiti yang aku apply. Masa tu memang dah berkaca mata ni. Rasa macam tak percaya. Memang rasa bersyukur sangat. Dan agent tu minta aku email result IELTS secepat mungkin lepas aku dapat result IELTS untuk hantar balik ke universiti tersebut supaya diorang boleh keluarkan Unconditional Offer untuk aku. 

Apa beza Conditional dan Unconditional Offer? Conditional Offer tu maknanya dia dah offer dekat kita tapi ada syarat-syarat kemasukan yang kita tak lepas lagi. Macam dalam kes aku, aku tak hantar result IELTS lagi maka kiranya aku macam tak lepas syarat lagi. Jadinya lepas dah pass semua syarat kemasukan tu, baru la diorang boleh keluarkan Unconditional Offer. Offer yang memang confirm diorang dah pilih kita untuk masuk universiti diorang tu. 


Bila dah dapat Unconditional Offer, terus aku apply sebanyak mungkin biasiswa yang ada. Tapi tak banyak pun, aku apply 4 je kot. Yang agak bernasib baik adalah biasiswa MARA. Sebab aku dapat pergi assessment sebelum ditapis untuk interview. Kira macam tapisan tahap pertama la kot tu. TAPI nasib buka berpihak pada aku. Aku tak lepas assessment tu. Orang kata,"kau ni tak cukup kuat kot psychology nya". Mungkin la kot. Aku ni kan kadang-kadang emo entah macam hape. HAHAHAHA. 


Tengah aku sedih sebab aku tak dapat MARA tu, aku dapat call daripada agent yang bagitau aku dapat offer scholarship dari Kingston Universiti. YEAAAYYYYY!! Masa dapat tau memang lagi sekali aku syok nak mampus. Rasa bahagia sangat sebab memang ramai orang suggest dekat aku suruh apply scholarship daripda universiti tu sendiri tapi aku ingatkan susah nak dapat maka aku pun tak ada lah nak mengharap sangat sebab ingat biasiswa dekat negara sendiri lagi senang nak dapat. MUAHAHAHHA. TAPI bila agent tu kata, scholarship tu hanya cover 1/3 tuition fee terus aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Hilang semua keseronokan yang sekejap tadi.  


Esoknya, masa aku kerja ibu call. Tanya itu ini pasal scholarship tu sampai aku dah menangis masa cakap dengan ibu tu. Aku rasa sedih sangat sebab aku tengok ibu macam berharap sangat aku dapat pergi sana. Maka terhasil entry yang aku tulis dengan penuh emosi disertai dengan linangan airmata ni. Klik SINI. Aku lagi la nak sangat pergi tambah-tambah cerita pasal aku tu dah heboh satu malaya


Tapi disebabkan aku tak dapat MARA tu, maka aku atur plan untuk masa depan aku. Kalau bukan aku yang mencorak masa depan aku tu, siapa lagi kan? Nak tahu apa aku plan untuk diri sendiri? Baca SINI


Jadi mencuba untuk biasiswa JPA. Yang tak boleh blah masa mohon biasiswa JPA ni, aku pergi hantar 2 permohonan terus. Gila tamak kan? Aku ingatkan boleh tapi rupa-rupanya tak boleh sampai pegawai tu call aku dan tanya kenapa hantar dua dan antara dua tu yang mana satu aku nak. Dan disebabkan aku hanya baru dapat Unconditional Offer dari GCU maka aku pilih la yang tu. Tapi biasiswa JPA ni agak membuatkan aku sedikir tension. Agak lambat nak tahu feed back dia. Letih aku asyik nak call JPA. Maaf la kalau ada orang bahagian biasiswa JPA yang baca blog aku ni. Tapi memang sampai satu tahap aku rasa dah fedup. HUHUHU. 


Dan akhirnya bila aku berjaya menembusi talian JPA, pegawai JPA tu macam berat hati je nak bagitau aku dapat ke tak. Aku memang la kalau boleh nak dapat biasiswa tu walaupun aku tak lepas syarat minima tapi apalah salahnya bagitau kata,"maaf ye dik permohonan adik tak berjaya". Walaupun aku pasti aku frust tertonggeng-tonggeng tapi tak ada la aku ternanti-nanti jawapan yang tak pasti. Macam nak tunggu pakwe cakap,"would you marry me?".

Jadinya lepas tu, aku terus tak fikir nak pergi UK tu. Bukan sebab putus asa walaupun adalah sikit-sikit tapi aku tak nak bagi harapan dekat orang yang mengharap aku berjaya ke sana. Tu paling buat aku sedih. Bila orang mengharap kita tapi kita kecewakan mereka T____T  Aku tak minta mana-mana pinjaman sebab aku rasa macam tak berbaloi untuk meminjam sehingga melebihi RM100k++ untuk belajar di luar negara. Aku tanya banyak orang, diorang pun nasihatkan untuk tidak meminjam untuk sambung belajar di luar. Kalau bidang kritikal macam perubatan, farmasi etc2 mungkin ada pertimbangan kot. Bidang aku bukan bidang kritikal jadi tak apa la. Aku anggap bukan rezeki aku untuk belajar di luar negara, mungkin rezeki aku untuk melancong ke luar negara je kot. AMIN. Mari sama-sama menabung. Nak pergi Korea! Nak pergi Jepun! Nak pergi UK! Nak pergi New Zealand! Nak pergi Australia! Nak pergi Vietnam! Nak pergi Belanda! Nak pergi Mekah (lagi)! <<--- ni bukan setakat nak pergi, nak dok sana terus boleh dak???


Aku pun teruskan life aku sebagai RA sampai lah dalam pertengah bulan 7 aku dapat panggilan interview dekat Puchong. Masa tu macam excited juga la sebab dah lama sangat tak dapat interview. Tapi aku dalam dilema juga la sebab lecturer aku macam dah booking aku untuk sambung master dengan dia. Siap dah bagitau plan apa perancangan dia kalau aku sambung master dengan dia. HAHAHA. Belum interview dah fikir macam tu kan? Tapi kawan aku kata dia yakin aku dapat dan seorang junior kata aku mungkin aku sambung master dekat dalam Malaysia je. Maka pergi la aku interview tu hari Jumaat dan dia suruh aku datang second interview hari isnin. Masa tu, kakak aku dah kata, "ada 2nd interview macam dapat je." Aku tak tau nak cakap apa-apa cuma mengharapkan terbaik. Seminggu lepas interview, dapat call kata aku dapat post tu. ALHAMDULILLAH. Masa tu berat hati nak bagitau lecturer aku. Dia pun antara nak lepaskan aku ke tak. Sebab dekat 8 bulan juga la aku kerja dengan dia. 

MAKA, sekarang ni aku masih berada di Malaysia. Bertapak di Puchong. Menimba pengalaman bekerja di Puchong. Sampai bila? Aku tak pasti. Cuma Allah ada jawapan untuk aku. 


Sebelum aku pergi interview, jumpa head of program masa degree. Cerita dekat dia pasal nak pergi interview apa semua. Then dia cakap dekat aku, "saya lagi suka kalau awak belajar. sampai phd lagi saya suka." WAWAWAWAAAAAA. Sedih. Dia memang banyak sangat tolong aku sebab tiap-tiap semester memang muka aku la mengadap dia minta tambah subjek. 


Ingat lagi masa aku tak dapat MARA tu, dia suruh aku try cari universiti dekat US atau Germany. Dia kata kalau US, universiti diorang banyak bantuan untuk pelajar dan Germany pulak sebab yurang adalah PERCUMA. 


Okay la. Aku dah melalut banyak sangat ni. Harap korang tak bosan dan tak mengata. Semua ni untuk kenangan aku akan datang. Dan semua dalam wordless wednesday hari tu juga untuk kenangan aku nanti. 



pesanan : Salam Hari Malaysia (16Sept) <<<--- sama tarikh dengan birthday Mr. XY. Elok la birthday kitorang sama2 public holiday. syok2. 









Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday : Master Degree and Scholarship




Scholarship from Kingston University London but only covered 1/3 of the tuition fee




Unconditional Offer from Kingston University London


Unconditional offer from Glasgow Caledonian University


p/s : saya ingin abadikan kenangan ini secara terperinci. InsyaAllah di masa akan datang.







Sunday, July 3, 2011

Plan A, B, C, D ........



Ingat tak entry aku keluh kesah pasal nak sambung master hari tu? Kalau tak ingat, boleh pergi baca dekat sini. LINK.

Lepas aku fikir punya fikir punya fikir. Aku rasa aku kena buat sesuatu. Aku tak boleh just follow the flow. Aku kena ubah arus tu kalau perlu. Jadi aku plan something. Tapi tak secara details pun. Cuma conteng-conteng atas angin je. Jadinya untuk mengelakkan aku terlupa, aku menulis la dekat dalam blog ni. Sebabnya kalau aku tulis atas kertas, nanti 2,3 ayat aku terus jadi malas nak tulis. Aku lagi suka guna teknologi. Heheheh.

Nak tahu apa plan aku? Tapi kena janji la jangan gelak dekat aku atau perlekehkan aku. Aku ni manusia biasai je. Tak terlepas dari buat silap. Sama la macam korang kan?

Plan A :
Kalau aku dapat biasiswa JPA tu, maka aku terbang ke Glasgow. Kenapa Glasgow? Sebabnya baru aku teringat yang JPA tu aku apply biasiswa untuk univeristi tu. Maka, kalau aku terbang ke sana aku akan hidup di sana selama setahun. InsyaAllah. Kemudian pulang untuk mencari kerja di sini dan seterusnya kahwin ^___^

Plan B : 
Kalau tak dapat biasiswa JPA tu, maka aku akan istikharah sama ada nak buat loan untuk sambung belajar dekat Kingston. Kenapa Kingston? Sebabnya aku dapat scholarship daripada Kingston sebanyak GBP 3300. Banyak gak tu. Kalau convert duit MYR, dah boleh buat kahwin. Hehehe. Kalau pergi Kingston pun sama gak. Setahun dekat sana, kemudian balik cari kerja dengan gaji lumayan supaya aku dapat settlekan loan secepat mungkin dan seterusnya kahwin ^___^

Plan C :
Kalau tak dapat biasiswa JPA dan tak buat loan, kira pendek cerita aku tak pergi UK, maka aku akan sambung belajar di UiTM. Continue research yang aku buat sekarang. Dan mohon biasiswa JPA (again cuba nasib), dan semua biasiswa yang available. Sementara tu, aku buat la Skim Khidmat Siswazah (SKS) dapat la MYR 1k++ per month. Boleh la tanggung hidup sorang diri kan? Kalau aku sambung dekat UiTM, maka boleh la aku bertunang. opsssss. Dan bila sambung dekat UiTM juga maka aku rasa aku akan kahwin sebelum graduate. Jangan perut kembung masa konvo sudah lah! Tapi best-best, mesti anak aku bangga dengan aku. Huh! Berangan tak sudah.

Plan D :
Tiba-tiba dapat call interview dan lepas pulak interview tu maka aku terus cabut dari jadi RA untuk dapat kepuasan yang max. HAHAHAHA. Tapi kan kalau la Plan A dan Plan D bertembung, mana patut aku pilih???

Plan ....... :
Plan dari Allah S.W.T. Ini memang plan yang tiptop.Plan d bomb! Korang percaya tak? Aku percaya sangat, plan dari Allah tu plan terbaik untuk kita sebenarnya. Apa-apa pun jangan berhenti berdoa.



NOTE : Aku percaya dengan rezeki daripada Allah. Setiap orang punya rezeki berbeza. Betul tak? Ada orang Allah bagi rezeki anak tiap-tiap tahun. Ada orang Allah bagi rezeki dapat 4.0 setiap kali exam. Ada orang Allah bagi rezeki pekerjaan sebelum tamat pengajian. Ada orang Allah bagi rezeki belajar sehingga dapat double triple master dan phd. Ada orang Allah bagi rezeki kesihatan yang baik sehingga umur 70,80 tahun. Macam lagi la. 


NOTE 2 : Tadi tengok rancangan "Liga Ilmu" dekat Astro Oasis. Antara kata-kata panel yang aku akan ingat sampai bila-bila (insyaAllah) "Allah bagi nikmat dekat orang tu tapi bukan dengan rasa kasih sayang tapi dengan rasa benci sebabnya orang tu tak menunaikan kewajipan dia sebagai hamba Allah". Lebih kurang macam tu la. Apa yang nama golongan ni? Aku tiba-tiba jadi kurang ingat. Renung-renungkan dan selamat beramal (ini aku tambah sendiri)






Thursday, June 30, 2011

Andai dia masih ada....

Pagi tadi perasaan tak dapat dibendung. Aku menangis ketika berbual dengan ibu melalui telefon. Terlalu banyak perkara yang berlegar di fikiran. Hinggakan aku pernah kata pada seorang adik saudara aku, "kadang-kadang rasa macam malas nak fikir apa-apa. just follow the flow". SERIUS! Bila aku rasa runsing, aku jadi seorang yang tak tahu nak buat apa.

Perbualan pagi tadi dengan ibu, tak ada apa sangat. Perkara biasa-biasa. Tentang insurans aku yang baru nak daftar, tentang Family Day keluarga ibu di Pulau Pangkor dan juga sempat aku beritahu ibu satu berita yang sedikit gembira.

"ibu, jue dapat scholarship daripada universiti tu. Tapi dia cover 1/3 je daripada tuition fee."

Maka bermula la soal-jawab antara ibu dan aku. Ibu bertanya tentang overall tuition fee, estimation living cost etc2. 

Masa aku dapat tahu yang aku dapat scholarship tu memang rasa excited gila. Tapi bila baca email daripada pihak universiti, langsung aku terfikir panjang. Terus capai pen, kertas dan calculator untuk buat kira-kira. Setelah tambah, tolak, darab, bahagi, aku masih perlukan lebih kurang GBP 7k untuk tuition fee dan juga lebih kurang GBP 9k untuk living cost. Itu baru cost masa aku di sana, belum lagi cost yang perlu difikirkan sebelum aku ke sana. Jadi aku amik keputusan berdiam diri. Aku hanya bagitau kakak aku yang aku dapat scholarship tu, dia pun kata mana nak korek hartakarun. Keluarga aku bukan kaya raya, tapi Alhamdulillah cukup makan pakai, tak pernah lagi sesak sampai kena ikat perut. Tapi abang-abang dan kakak aku semua dah berkeluarga, tak kan aku nak menyusahkan mereka kan? Kakak suruh follow up dengan JPA untuk tahu status permohonan biasiswa aku. Aku try call tapi tak jawab, maybe kena cuba lagi nanti.

Masa sembang dengan ibu tu, ibu ada suggest beberapa perkara. Tapi aku dah tak sanggup nak susahkan family aku. I'm 24 y.o girl. Aku rasa dah banyak sangat menyusahkan keluarga. Tapi aku memang berharap sangat dapat sambung belajar dekat sana. Sebab aku rasa sangat terhutang budi pada kakak aku dan suaminya yang bersusah payah bawa aku pergi jumpa agent dekat Subang, bawa aku pergi ambil IELTS (baca entry ini, ini dan ini), bawa aku pergi Assessment MARA. Sampaikan anak buah aku bawa buku Atlas tunjuk dekat aku dan cakap, "makteh nak pergi belajar dekat sini kan?" sambil tunjuk negara tersebut. Tak ke aku rasa macam nak menangis. She is only 7 y.o.. 

Sembang dengan ibu tadi tiba-tiba ibu kata, "kalau kita ada tanah, boleh jual tanah". wawawawaaaa. Terus menitik air mata aku. Terasa seperti zaman 60an atau 70an. Mak ayah sanggup gadai tanah sebab nak tengok anak berjaya. Then ibu continue lagi, "kalau ayah ada, mesti ayah dah tahu apa nak buat". Lagi meleleh la air mata aku ni. Langsung dah tak hirau orang yang dalam makmal masa tu. Memang tak dapat bendung. Terus aku tak boleh nak cakap. Aku hanya mengiakan apa ibu cakap. Serius sangat tersentuh. Arggghhhh. ni pun dah menitik air mata aku. 

Tapi betul kata ibu, kalau ayah masih ada mesti ayah dah ada agenda tersendiri. Arwah ayah aku suka melancong. Kalau zaman sekolah dulu, tiap-tiap tahun mesti bawa kitorang berjalan, tak kisah la dalam negara ke luar negara ke. Arwah ayah dulu orang susah, tapi arwah ayah dah pernah sampai UK, Sri Lanka, Filipina macam-macam lagi la. Aku ingat lagi masa kakak ipar aku nak sambung belajar, dia boleh pilih sama ada nak sambung local atau oversea. Arwah ayah siap pesan suruh pergi oversea, boleh dia bercuti sana. hehehe. Tapi plan Allah memang terbaik. Nasib baik kakak ipar aku sambung local je, sebab sepanjang kakak ipar aku sambung belajar ayah dah mula sakit. 

Apa-apa pun, andai dia masih ada pasti akan ada jalan penyelesaian terbaik daripada dia. 

Ayah, jue rindu ayah. Dah dua tahun. Al-fatihah untuk ayah. T___T




Tuesday, May 10, 2011

Psychometric Assessment

Salam semua. Kebelakangan ni rasa macam tak ada mood nak update blog. Kerja bertimbun tak siap. Rasa macam ada batu besar huruf M dalam diri ni yang buat aku jadi malas sangat. HUH!

Sebenarnya nak cerita pasal psychometric assessment yang aku cerita sikit dalam entry ni hari tu. Sebab dah lama tak buka blog, jadi aku tak perasan siapa yang ada tinggal jejak dekat shout box  tu. Tadi saja-saja nak tengok peninggalan jejak di shout box tu.

nampak tak dalam box merah tu?

Sebenarnya, sabtu lepas tu bukan la aku pergi interview MARA tapi hanya ujian saringan. Kalau lepas ujian saringan tu, baru dia panggil untuk interview. Kalau lepas interview, baru la dorang tentukan sama ada layak atau tidak untuk biasiswa tersebut.

Nak jadikan cerita, aku sendiri tak tahu apa benda alah assessment tu aku memang gelabah la. Dressing code macam mana, ada benda lain kena bawa tak. Siap call pejabat MARA lagi. Dan akhirnya aku pakai juga la pakaian formal. 

Bertolak dari rumah kakak aku dekat puchong dalam pukul 930 pagi. pukul10 pagi macam tu dah sampai dah kolej tu. Ingatkan susah nak cari, rupa-rupanya senang je. Disebabkan dah sampai awal, kakak aku pun cadangkan supaya tanya dekat urusetia kot-kot boleh amik assessment tu awal. Sekali aku pegi dekat dewan kolej tu, ada orang tengah exam dalam dewan tu. Tengok dekat notice board, ada list nama untuk 3 sesi kalau tak salah aku.

# sesi pertama : 10 - 11 pagi

# sesi kedua : 1130 pagi - 1230 t/hari (aku sesi yang ni)

# sesi ketiga : 1 - 2 petang

Satu sesi tu, ada dalam lebih kurang 300 calon. Kiranya ada dekat 1000 orang calon gak la. Tapi yang dia nak sponsor dalam 100++ je kot. Macam mana tu? Memang persaingan sengit la. Disebabkan aku dah sampai awal sangat-sangat maka berjalan-jalan la di pekan Banting dan membeli buah-buahan yang dijual di tepi-tepi jalan. Macam-macam jenis buah ada. Buah dinasour pun ada. Tahu tak buah dinasour tu buah apa? Buah naga laaa... Budak jari tembam kata buah dinasour. heheheh.

Dekat-dekat pukul11 balik semula ke kolej tu. Terus pergi dekat exam hall yang ditetapkan. Agar berdebar juga la. Tengok candidate lain semua macam confident level tahap max, aku je yang macam telur di hujung tanduk (betul ke? hentam je la labu).

Bila dah masuk exam hall, pegawai tu dah terangkan apa semua benda maka bermula sesi assessment. Apa sebenarnya yang dia tanya? 170 soalan psikologi yang perlu di jawab dalam masa 30 minit. Dah la soalan bahasa inggeris, memang tak syok langsung. Jenuh aku nak fikir. huhuhu.

Aku bersiap punya la awal pagi, sekali exam 30 minit je. HUH! Nasib baik tak pulun study. HAHAHA.

Okay la. Dah mengantuk. Esok keje. MALAS =(

## dalam mood nak konvo sebenarnya ni. YEAAAYYYYYY!

Friday, May 6, 2011

mentally and physically prepared

pagi-pagi tadi, saja je gatal-gatal tangan pergi buka website MARA. Nak semak kot-kot dah keluar result untuk permohonan biasiswa untuk pascasiswazah. Sekali buka, dah keluar dah untuk ujian saringan. Kelamkabut isi no IC lepas tu terus buka window lain sebab takut nak tengok sama ada dapat pergi saringan atau tidak. Bila rasa dah habis loading, buka balik web MARA tadi. dan ALHAMDULILLAH. Layak untuk saringan. Tak tahu la kot semua yang hantar permohonan layak ke saringan ke apa. Saringan ni melibatkan Psychomteric Assessment. Aku pun tak tahu apa benda alah tu. Terus gelabah. Bila tengok tarikh test 7 Mei 2011 dekat Kolej MARA Banting. Lagi la gelabah. Terus heboh satu lab tanya pasal test tu. Seorang student phd kat lab ni pun bagi la pendapat dia. Aku pun kelamkabut google apa benda alah tu. Siapa-siapa yang tahu, cepat-cepat la bagitau aku ye. Risau gak ni. Kalau lepas saringan ni. ada pula interview lepas tu baru tahu berjaya ke tak dapat biasiswa tu. Kepada semua, doa2kan la aku dapat yang terbaik untuk diri aku, keluarga dan masa depan. AMIN.

Bila fikir-fikir balik, sepanjang tempoh aku sibuk-sibuk nak cari kerja dan cari tempat/sponsor untuk sambung belajar ni ada hikmah di sebalik semua ini. Masa mula-mula nak ambil IELTS dulu, aku tekadkan hati kalau aku lepas requirement maka Allah dah tetapkan yang aku MUNGKIN akan sambung belajar. Dan bila dah lepas IELTS tu, sibuk cari sponsor pula. Bila dah dapat ke saringan ni rasa macam makin kuat je kata hati untuk belajar. Bak kata pensyarah aku, selagi ada peluang untuk belajar pergi belajar. Kalau boleh, biar dapat phd sebelum umur 35 tahun. Terima kasih Dr! Rasa sangat terhutang budi dengan dia. Serius!! Dia dah macam mak aku rasa. Masa aku tanya dia pasal assessment tu tadi, dia siap google kan untuk aku. TERHARU tau.. And again THANX a lot Dr!

Tapi berangan ANDAI rezeki Allah tu dah ditakdirkan untuk aku belajar, maka aku rasa Allah lebih tahu bahawa aku sudah bersedia mental dan fizikal. Sebenarnya kita tak tahu sama mada kita boleh atau tidak sehingga la ujian tu datang menguji. Betul tak? Sama juga dalam soal perkahwinan. Tadi saja tengok-tengok album pertunangan kawan dekat FB. ada satu gmbar tu, ada orang comment


Kalau dah sampai jodoh tu, maknanya Allah tahu yang kita dah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri.


OKAY. Aku akui benda tu. Dan kadang-kadang hati sedikit menangis bila tengok kawan-kawan bahagia dengan pertunangan mereka. Dan lebih-lebih lagi bila sudah disatukan secara SAH dan bakal bergelar ibubapa. Korang jelous tak? Kalau aku, tipu la kalau aku kata aku tak jelous. Kalau la dah berkawan dekat 10 tahun (contoh okey? bukan aku) tak kan la korang tak mengharap hubungan tu berakhir dengan sesuatu yang indah lagi halal? Mesti nak kan? Lagi-lagi kalau si dia tu cinta pertama korang.

Tapi semua tu bergantung pada diri kita sebenarnya. Andai kita bersedia dari segi fizikal dan mental, maka Allah akan permudahkan segalanya. InsyaAllah. Sebagai contoh, ada seorang kenalan aku. Dia sangat-sangat nak sambung belajar dekat luar negara. Dia sudah bekeluarga. Jadi dia ajak husband dia sambung sama-sama. Suami dia tak kisah cuma ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Maka harapan kenalan aku tu tergendala sehingga kini. Apa yang aku nak katakan? Disebabkan suami kenalan aku yang tak berapa sedia dari segi fizikal dan mental tu, maka Allah tangguhkan dulu hajat kawan aku tu. Aku rasa dalam hal aku pun macam tu juga. Cuma entah lah. Allah dah merancang yang TERBAIK untuk kita dari alam rahim lagi.

Rasanya itu je kot aku nak cerita. Ikutkan banyak je.Tapi disebabkan tadi dah break pergi lunch dan mencuci mata jadi niat untuk menulis terus terbantut. Kalau tadi aku tak break pergi lunch mesti dah macam-macam idea yang keluar mencurah.

Apa-apa pun, aku harapkan korang doakan la yang TERBAIK untuk aku dan semua orang. Aku tak nak terlalu mengharap tapi aku cuma mengharapkan yang TERBAIK daripada Allah. InsyaAllah.

Tuesday, April 5, 2011

Cerita Hangat!! Dah heboh satu Malaya. Fuuhhhhh~

Ni bukan cerita 18sx atau seangkatan dengannya. Alkisahnya tentang seorang pemudi yang hidup di kota dunia batu kaca.

"selamat datang adik
ini kota sesak
dunia batu kaca
bisa sesat dan keliru"


Intro je tu. Pernah dengar tak lagu tu? BEST wooo... Tak pernah dengar?? Nah~ pergi dekat youtube.

OKEY. OKEY.

Bermula kisah yang sebenar. Cerita tak ada la gempak mana pun. Cuma aku pelik siapa la bawa cerita. Benda ni terjadi pada aku. Actually bukan benda tak baik pun, benda yang baik. InsyaAllah. Cuma tak pasti lagi. Jadi aku lebih senang berdiam diri daripada canang-canang dekat orang. Cuma kawan-kawan yang betul-betul rapat dengan aku je aku cerita. Dan juga kepada lecturer-lecturer yang banyak berjasa pada aku. Aku pernah cerita sebelum ni, tentang kekeliruan aku (bukan kekeliruan identiti ye). Aku keliru sama ada nak sambung belajar atau kerja. Tak ingat cerita yang mana atau tak pernah baca?

NAH! Aku tinggalkan link supaya korang boleh refresh balik :

Disebabkan aku keliru dengan diri sendiri, jadi aku ambil keputusan untuk apply kerja dan juga apply untuk sambung belajar. Bila aku isi borang apa semua bagai, pergi interview dan etc, aku berdoa cuma satu

" kalau ini yang terbaik untuk aku, permudahkan jalan aku"

Aku selalu gak kata pada diri sendiri, andai kata aku tak dapat mana-mana interview maknanya rezeki aku bukan untuk kerja buat masa sekarang. Sekarang ni pun cuma kerja sementara. Dan bila aku pergi exam IELTS dulu, aku tekadkan dalam hati kalau aku tak lepas requirement universiti maknanya Allah dah tetapkan aku untuk kerja. Tapi ALHAMDULILLAH. Aku lepas exam IELTS tu. 

Dan sekarang, aku dah dapat offer sambun belajar. And again, ALHAMDULILLAH. Bersyukur sangat. Jadi aku tengah sibuk isi segala biasiswa yang ada.

Yang menjadi persoalan aku, macam mana kawan-kawan aku yang aku jarang contact boleh tau aku dapat offer?

Hari tu, jumpa classmate masa degree.


Jue, Dr XX kata ko dapat offer sambung dekat Ulu Kelang   classmate

Haaaaa???? Aku

Memang aku pelik. Sebab aku tak pernah bercerita langsung dengan Dr XX tu. Huuurrrrm~



Tadi, dekat facebook.


Komen di FB beberapa ketika yang lalu. Entah siapa la jadi informer kat kawan aku ni. Dia tak paham status aku sekarang, aku pun tak paham. HAHAHA. Tapi yang aku tahu;

Status : SINGLE =)

Aku bukan tak nak heboh satu malaya pasal benda tu, tapi benda tak confirm lagi sebab tak ada sponsor lagi. Jadi lagi baik aku diam. Daripada aku heboh satu malaya tapi at the end, kat UiTM di hatiku juga la aku sambung master. Tempat bukan isu aku kat sini, tapi peluang tu bukan selalu kita dapatkan kan? Kalau dah ada peluang depan mata, tak kan nak lepaskan macam tu je kan? Tapi semua berbalik pada rezeki yang ditetapkan untuk kita. 

Oh ya, cerita pasal aku nak sambung belajar ni sampai saudara jauh dari Indonesia pun tahu. Haaaaiiiiahhhh~ Susah hati aku di buatnya. 

Untuk semua yang membaca, tolong la doa yang TERBAIK untuk aku. 




Aku yang glamour satu malaya (konon-konon),