Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Monday, January 17, 2011

Aku seronok ke tak ni?

Aku dah selamat interview pagi tadi. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pagi tadi aku memang nervous teramat sangat. Entah kenapa entah. Tapi interviewer pun OK. Masuk je office company tu, jumpa sorang staff ni. Dia bawa aku pergi masuk meeting room. Ada test weiiii... Terkejut aku. Risau gak kalau soalan test dia macam soalan test zaman aku belajar dulu. Tapi nasib baik la semua soalan calculation je. Calculator tu dia bagi. So aku pun jawab la 10 soalan dalam masa setengah jam. Elok je aku habis jawab soalan, interviewer tu masuk. Aku dah mula dupdapdupdap balik. NERVOUS!

Tapi aku rasa tadi interviewer tu tak banyak pun tanya soalan kat aku. Dia banyak cerita pasal company dan post yang aku apply. Aku pun dengar je la. Tapi lama juga la sesi berbual2 tu. Habis je interview tu ada sorang staff bawa aku pusing2 plant kat situ. OKEY. Aku dah dapat gambaran suasana kerja nanti (CEH! macam confirm dapat je.. hehehe).

Sekarang ni dah pening lalat. Rasa letih badan. Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang ni. Rasa macam best juga kalau dapat keje kat situ tapi aku lagi suka lab work. Entah la. Harap-harap apa yang aku dapat akan datang adalah yang terbaik untuk aku, masa depan aku dan juga keluarga aku.



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE

No comments: