Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Tuesday, January 25, 2011

Sila isi tajuk sendiri : ___________________________

Rasa macam dah lama sangat blog ni tak berupdate. Dah jarang online sekarang ni. Sibuk dengan kerja sementara. Alhamdulillah. Ada kerja sementara nak tunggu dapat kerja tetap atau dapat offer sambung belajar. Aku sekarang jadi RA dekat UiTM. Tolong supervisor FYP, dapat la income sikit. Tapi bagi aku yang penting aku enjoy kerja ni sebab memang apa yang aku buat sekarang ni benda yang aku minat. Kalau ikutkan, banyak lagi kerja part time dekat Ipoh tu tapi semua tak kena dengan jiwa aku. Aku tak nak la kerja sebab nak ada income semata-mata, aku nak kerja yang aku rasa puas bila dapat selesaikannya. Itu paling penting. Orang selalu kata jangan memilih kerja, dan aku akui benda tu tapi kadang-kadang aku tak boleh nak paksa diri aku buat benda yang aku tak berapa suka nak buat. Contoh : Lepas aku dapat result final semester hari tu, ramai gak kawan2 dan ada gak makcik aku suruh jadi tutor sementara dekat UiTM ni. Aku bukan kedekut ilmu tak nak kongsi dengan orang lain. Tapi aku tak reti nak mengajar secara formal. Aku cakap berdasarkan pengalaman aku. Aku pernah jadi cikgu ganti dulu, memang aku agak tak reti nak mengajar atau mungkin masa tu aku dapat subjek yang tak kena dengan jiwa aku. Entah laa... Aku cuba jadi yang terbaik dan aku rasa aku memang tak sesuai untuk bekerja yang memerlukan aku berinteraksi dengan orang ramai. Bukan maksud aku tak boleh nak kerja dalam kumpulan, cuma entah laaa.. Aku tak reti nak terangkan. Aku takut kalau aku mengajar, student2 aku tak dapat input apa2. Aku tak nak la kerja hujung bulan dapat gaji tap tak ada hasil. Tak best la kan macam tu???

Tapi semua tu bergantung pada orang gak. Tak semua orang sama. Sekarang ni aku rasa happy dengan apa yang aku buat walaupun aku letih tapi bila dapat refresh balik apa yang buat dulu, lepas tu dapat tambah ilmu baru, aku rasa seronok. Aku rasa semua orang macam tu. Tak ada siapa yang minta untuk lupa apa yang pernah dia belajar. Tapi biasalah... benda bila lama tak praktikkan memang la akan lupa sikit2. Perkara tu aku rasa normal laaa. Tapi kalau tiap2 hari kita buat benda tu, then study tentang benda tu lama2 kita akan absorb dengan mudah perkara tu.

Okey la. Aku stop sini dulu. Nanti aku sambung bebel. 


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE

No comments: