Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Cerita Sebelum Raya

Salam semua.

Kurang seminggu lagi nak raya kan? Rasa macam baru je 1 Ramadhan. Dalam sedar tak sedar nak hujung Ramadhan dah. Aku ni lagi la tak sedar dah berapa hari Ramadhan. Banyak wooo nak kena ganti. T___T

Raya tahun ni memang confirm lain la. Tambah-tambah sebab dah ada si kecik kesayangan hati tu. Memang raya ni tumpuan pada dia je. Walaupun dia tak tahu apa-apa, tapi mama dia tetap nak bagi anak nampak comey. Puas tawaf kedai jual baju baby nak cari baju yang kena dengan tema raya family ibu tahun ni, tapi habukkkkk. Ada jumpa dress super comey, tapi harga sama dengan harga mama dia. Apa kessss??? Tu yang aku tak suka beli barang / pakaian berjenama, kita bukan setakat beli barang / pakaian tu je tapi kita beli jenama dia jugak. Kalau orang besar (means dewasa) ok la juga. Orang tanya la juga "cantik baju ko, beli mana?". Agak-agak kalau baby ada orang nak tanya. Kalau tak ada pun, andai aku beli aku nak cakap dekat orang yang puji anak aku, "eh, mesti lah comey. baju jenama xxxxx ni.". Aku tak tau brand mahal-mahal. Aku tahu Baby Kiko, Disney (tapi dress Disney pun mahallllllllllllllll) dan seangkatan yang murah-murah takat poket mampu.

Lagi satu masalah, susah betul nak cari dress untuk baby bawah 6 bulan. Cepat betul SOLD OUT nya. Tapi hari tu pergi AEON, memang aku jadi rambang mata tengok baju baby girl. Hahahaha. Comey sangat. Aku nak beli 2 pieces untuk si comey tu tapi ayahnya kata "tak payah la. Hannan tu pinggang pun comey sangat. Nanti lurut pulak skirt/seluar dia" Huhuhuhu. Sian anak mama.

Cerita pasal menu raya pulak. Okey, bukan menu raya tapi menu berbuka puasa. Aku belum ada kesempatan nak berbuka dekat kampung a.k.a rumah ibu. Rinduuuuu. InsyaAllah minggu depan balik Ipoh. Dah plan dengan adik aku nak masak-memasak. Tapi bukan lauk-pauk tapi masak western atau mungkin lebih kepada Italian food. Encik suami pun dah request dekat aku sebab dah lama gila tak memasak untuk dia. Sian dia. Sejak mengandung berapa bulan entah dapur rumah tak berasap. Kalau berasap, maknanya suami la yang memasak. Huhuhuu. Jadi memandangkan dah habis pantang, nanti balik Ipoh boleh la memasak apa yang suami request. InsyaAllah. Oh, nak baking-membaking juga untuk raya. Rindu nak makan kek! Boleh kan makan kek???

Bye. Si comey dah memanggil.


Friday, August 26, 2011

Lebih seminggu dan kurang 4 hari

salam Jumaat semua.
fuhhhhhhh. Dah lama tak masuk blog sendiri. Semakin sibuk dengan kerja sampai nak online pun tak menyempat. Entah apa aku buat dekat ofis ni pun aku tak sure sangat. Hari Rabu lepas dah selamat sediakan 8 sampel yang hanya diberi masa 2 hari setengah je. Rasa macam nak tercabut kepala lutut semua ada. Ingatkan semalam boleh la kurang stress sikit tapi datang pulak projek baru. Actually projek lama tapi dateline punya la cepat sampai aku rasa macam tak sempat je. Jadinya semalam mengadapat PC dok google segala benda alah yang aku tak paham. Tapi tu bukan 100% dapat, ada la dalam 50% je. HAHAHAH. Ok la kan daripada 0%.

Hari ni pagi-pagi lagi dah tercongok dekat lab. Nak main-main dengan chemicals semua. Entah apa result aku pun tak tahu. Lunch break aku mengadap PC. Singgah jap kat blog-blog yang aku selalu pergi. Pastu singgah blog sendiri, rasa sayu pulak sebab dah lebih seminggu tak berupdate. Tak sempat!

Hurrmmmm... kurang 4 hari lagi nak raya kan? Macam mana dengan preparation raya korang? Mesti sakan kan? Aku entah la. Aku sendiri tak tahu berapa pasang baju aku hantar dekat makcik aku. Rasanya adalah 2,3 pasang tapi aku tak ingat warna apa. Biasa la aku. Yang pasti ada baju warna hijau sebab tahun ni tema warna hijau.

Ok la. dah nak dekat kul2. bye semua jangan main mercun ye. selamat hari raya.


 

Wednesday, August 17, 2011

i'm coming back


salam Nuzul Quran buat semua. Hari ni dapat gak aku update setelah sekian lama membiarkan blog ni seperti tak berpenghuni. Meskipun sebenarnya agak malas nak update blog tapi bila fikir-fikir bila la nak update. Banyak sangat halangan lebih-lebih lagi sekarang ni bulan ramadhan dan aku pun baru mula bekerja. Alhamdulillah. Jadi secara ringkasnya nak buat rumusan sepanjang 2 minggu pertama berpuasa. Eh, kurang 2 minggu lagi nak raya. ^_^


  1. Masa puasa ke-4 bos lama (masa jadi RA) dulu bagi duit untuk berbuka puasa sesama RA. Alhamdulillah. Semoga bertambah rezeki bos ye? Sangat seronok walaupun hanya berempat dan sangat kenyang dengan rezeki Allah.
  2. Aku dah mula kerja sejak hari ke-8 Ramadhan. Kiranya baru seminggu lebih aku bekerja. So far so good. Semua staff ok, pekerja dekat bahagian production pun ok. Cuma aku tak berkesempatan lagi nak ingat semua nak mereka. Maafkan saya ye?
  3. Last weekend balik Ipoh. YEAAAYYYY! sangat seronok. Berkumpul ramai-ramai di rumah ibu. Dan secara tak sengaja kami telah bergotong royong membuat aktivit pembersihan di rumah ibu secara berjemaah. Memang la kalau ada kakak aku, semua benda jadi. Dan kami memberi suprise kepada ibu dengan membeli satu sofa baru untuk raya. Semuanya last minit plan. Tapi bukan ibu yang rasmikan dulu, kanak-kanak ribena yang 4 orang tu telah selamat bergolek, memanjat dan sebagainya dekat sofa baru ibu.
  4. Raya ni giliran abang sulung beraya di rumah mentua maka aku, adik dan ibu akan beraya bersama dengan keluarga yang ada darah kelantan yakni kakakku dan abang aku yang ke-2. 



sekian buat waktu ini. buat sesiapa yang merindui saya, maafkan saya. OH, tak sabar nak pulang beraya. Apakah raya ini bakal menjadi raya terakhir saya sebagai anak dara? Rahsia Allah tiada siapa yang tahu.




Monday, August 1, 2011

Solat Tarawih

Bukan nak bercerita tentang hikmah solat tarawih atau sebagainya. Cuma ingin menyatakan kerinduan di hati nak bertarawih di kampung halaman. Bukan tidak suka bertarawih di masjid-masjid berdekatan dengan tempat tinggal kini tapi aku selesa tarawih di sana. Di surau tempat aku belajar mengaji dan membaca jawi. Di surau tempat aku menghafaz ayat-ayat Juzz 'Amma.

Awal pagi tadi, membaca coretan sepupuku di Ipoh. Menceritakan keseronokan di bertarawih di kampung. Buat aku jadi rindu. Rindu pada rumahku, rindu pada ibuku, rindu pada riuh-rendah keluarga besar di sana. Bila Ramadhan menjelma, rindu itu makin menjadi-jadi. Aku rindu untuk bersama-sama berbuka puasa di surau. Walaupun hakikatnya kini aku semakin malu untuk berbuka di surau. Mungkin kerana aku kini berusia 20++. Zaman kanak-kanak aku paling suka berbuka di surau. Awal aku pergi ke surau untuk "cop" tempat. Sebelum menjelang Isyak, aku berjemaah bersama ibu, makcik-makcik dan sepupu menuju ke surau untuk Solat Isyak dan Tarawih.

Kini surau telah berubah rupa. Tiada lagi surau kayu bertangga yang bersudut kurang daripada 45 darjah. Tiada lagi surau yang lantainya bila berjalan apatah lagi berlari akan berbunyi. Tiada lagi surau yang tingkap berbunyi-bunyi bila ditiup angin. 

Kini surau batu. Hanya satu tingkat. Pintu kayu diganti dengan sliding door. Langsir hijau menjadi penghadang antara makmum lelaki dan makmum wanita juga telah diganti. Pendek kata serba serbi baru.

Imam juga silih berganti. Zaman aku kanak-kanak, arwah atok menjadi imam. Sekembali acu dari Madinah, dia menjadi ganti atok apatah lagi bila kesihatan atok yang tak berapa nak mengizinkan. Bila acu menjadi imam, maka aku sedia maklum. 10 malam terakhir, doa qunutnya panjang. Setengah jam atau lebih mungkin. Maka sebelum solat, acu akan peringatkan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang telah uzur.

Kini, imamnya merupakan generasi ketiga keluarga aku. Sepupu-sepupuku bakal menjadi imam tarawih di surau kampungku.

Al-Hafiz Muhammadbazli Aminmokhsin Aminuddin
Ustaz Muhammad Nor Arifi Putra Shamsul Ariffin 

Seorang merupakan hafiz yang kini berjuang di bumi UIA. Bidang perubatan kalau tak salah aku. Kalau aku lah ibunya, pasti aku senang hati mendapat anak bergelar Al-Hafiz Dr. :)

Seorang lagi baru tamat pengajian dalam bidang Syariah dan bakal terbang ke Jordan Septemer ini. Selamat berjuang adik sepupu! Semoga pulang dengan kejayaan.

Dan kini, aku teramat teringin menjadi makmumah buat sepupu-sepupu ku. Dan aku berbangga dengan mereka. 





Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!


imgae : Google





Monday, September 6, 2010

Bersalahkah dan berdosakah aku???

Sekadar sedikit luahan perasaan di pagi hening ini.
Bersalahkah dan berdosakah aku hanya kerana menegur untuk merapatkan saf
sehingga agak keberatan untuk bersalaman dengan aku usai solat???
aku tahu, aku insan lemah
umurku baru setahun jagung
aku bukanlah pelajar cemerlang yang membaca dan memahami kitab2 agama
maafkan aku kerana menegurmu untuk merapatkan saf
mungkin aku bukan insan selayaknya untuk menegur
maafkan aku sekali lagi
di bulan penuh keberkatan dan keredhaan ini,
aku dengan rendah diri memohon maaf sekiranya bicaraku untuk meminta saf dirapatkan mengguris hati
mungkin aku kurang beradab ketika itu
sekali lagi aku memohon maaf
hatiku penuh rasa kesal tapi entah kenapa

AKU INSAN LEMAH yang tak putus dengan air mata.


katahati : benarlah andai tidak mampu untuk menegur dengan kata2 sebaik2nya adalah melalui doa. aku tak kan putus berdoa agar kesalahan, kesilapan dan dosa aku menegur dia semalam diampunkan Allah.


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Tuesday, August 24, 2010

Menu bersahur

lepas sahur tadi aku terus on laptop sebab nak mengadap MukaBuku... sungguh la tak solehah kan?
pastu tanpa diduga, tiba2 roomate aku cakap, "jue, update la blog sahur pe pagi ni"
hehehe... terasa comel la pula kawan aku ni bila suggest macam tu. kalau dekat kolej ni, memang la aku sahur ala kadar je. tak ada la nasi apa bagai macam sahur kat rumah. cukup sekadar satu mug cereal dan beberapa keping roti. tapi tadi bersahur dengan beberapa ketul nasi impit bersama kuah kacang. sangat sedap tapi aku makan sikit je. terasa kenyang. 
ermmm... aku rasa aku akan merindui saat2 bersahur bersama kawan2 zaman belajar macam mana aku rindu bulan puasa zaman sekolah dan diploma dulu.

okey, nak stop dulu. roomate dah tanya, "kata nak tidur." hehehe... sebab 830 pagi nanti ada mock crime scene. huh! dah lama gila tak menapak ke fakulti. macam malas nak daki bukit segala bagai. 

jumpa lagi nanti. thanx sebab singgah. jangan lupa klik iklan apa yang patut. nak kumpul duit beli baju raya ni =)




salam mahabbah
salam ukhwah 
wassalam...


lots of L♥VE

Tuesday, August 17, 2010

Moon Light Iftar

hari ni berbuka dengan suasan penuh romantika.
sila bayangkan berbuka dengan lauk ayam kurma, daging masak kicap, sayur jelatah dan papadom serta nasi minyak.
tak lupa juga satu jug air berwarna hijau tetapi tawar.
dan paling penting dilimpahi cahaya bulan yang ibarat lampu suluh dah kurang bateri.
berbuka di bawah sinari cahaya bulan yang sayup2 di halang oleh dinding2
ohhhh~ sangat indah berbuka ketika  BLACK OUT!!!
petang ni satu kampung bergelap.
berbuka pun mengharapkan ihsan masjid berdekatan lantaran muazin surau tidak dapat melaungkan azan.
dan seronok juga berbuka beramai2 bersama opah2 dan makcik2 di dalam kegelapan.

NOTE : saya berbuka moreh di surau. di kampung saya moreh sebelum solat maghrib. makan nasi. opsss... tiba2 jadi SAYA.

dan sekarang saya menaip juga di dalam gelap. nasib baik petang tadi dah charge bateri laptop ni. kalau tak mahu saya sedang menelaah buku agama bonda surat khabar lama. =)

sekian untuk waktu ini. dah tak ada modal nak membebel. oh ya, ramai berterima kasih kerana entry ini. kepada semua, minta alert bukan sahaja makanan yang masuk perut kita tapi makanan untuk kulit juga penting untuk diambil kira. sekian. harap maklum.



salam mahabbah 
salam ukhwah
wassalam... 


lots of L♥VE

Friday, September 4, 2009

release tension

Alhamdulillah... hari ni dah 14Ramadhan... tak sangka dah 2minggu berpuasa. rasa macam baru jer... dan bersyukur gak sebab dah lepas test biochemistry and food chemistry... Alhamdulillah gak sebab dapat jawab tests dengan baik even ada sikit2 term yang saya lupa... and test biochemistry agak sedikit frust sebab saya x paham sangat electron transport chain dan soalan tu lak yang keluar... so saya jawab pe yang saya paham dan ingat...

sebenarnya banyak benda nak share dengan readers semua tapi cam malas nk menaip... nak citer sal "chinese restaurant syndrome", "why people don't like milk", macam2 lagi la... nanti2 la saya citer... sekarang ni nak citer sal perubahan2 yang berlaku... bukan pada diri saya tapi pada sape erk??? xtau nak describe... baca je laaaaa...
  1. perubahan tambang RapidKL... actually tambang RapidKL still cam dulu... rm1 untuk tempatan [maksudnya dalam kampus ni still rm1] tapi yang berubahnya... sekarang ni rm1 untuk satu perjalanan... kiranya kalau pegi kelas kena bayar singgit, nak balik kalau naik bus kena bayar lagi singgit... total sehari = rm2... before ni [sebelum 1sept2009] dengan rm1 boleh naik bus dari pagi sampai ke tengah malam... dari dalam kampus boleh pegi sek2... boleh pegi sek7... boleh pegi intec... pendek kata sampai ke KL pun boleh [tapi kena la beli tiket Utama rm2]... sekarang ni nk g PKNS pun dah rm4 [untuk perjalanan pergi dan balik... huhu...] dan kesan daripada itu, saya telah menjadi seorang pejalan kaki untuk ke kelas... untuk elakkan asap2 yang tak sihat tu, saya lalu koridor2 kolej delima... Alhamdulillah... saya masih lagi cergas [harap2 turun la sikit berat ni...]
  2. larangan pengguna polisterin... bagus2... saya pun tak tau sebenarnya tapi semalam beli nasi campur, tengok2 dah xde polisterin... yang ada cuma bekas plastik yang dicas 30sen... ok la kan??? boleh recycle dan terjamin sikit alam sekitar... cleaner pun xd la kena kutip sampah banyak kali...
dah abis citer sal perubahan... nak citer sal juadah berbuka puasa lak... hehehe... dah 2minggu puasa tapi saya x dapat lagi pe saya nak untuk berbuka puasa [sori... saya bukan demand...] saya nak soto/bihun sup/ yang berkuah untuk berbuka... xde keinginan nak makan nasi masa berbuka... last year, ari2 makan soto/bihun sup... mmg puas.. tahun ni xd lak soto atau bihun sup yang sedap... tadi jalan2 kt DC, dah jumpa gerai jual soto... bila nak beli, boleh lak akak tu kata sup x sampai lagi... aduh!!! dugaan sungguh... last2 saya beli bihun tomyam jer laaaa... pun sedap gak... nyummy2... ish2... puasa2.. x baik...

jangan scroll ke bawah....

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.


yang kuidam2kan.... tolong buatkan untuk saya... pleaseeeee...
MyEm0.Com
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

soto ayam... sedapnya... =p

dan ini juga yer....
|
|
|
|
|
|
|
|
V

bihun sup... nyummy2...

MyEm0.Com


p/s : saya berpuasa yer....


salam ramadhan...
salam ukhwah...
salam mahabbah...


wassalam....

Saturday, August 29, 2009

yahoooooo!!!

untuk pengetahuan semua pembaca saya akan pulang ke ipoh pada pagi ni...
syoknyeee... rindu bangat sama ipoh... hehehe...

MyEm0.Com
saya sangat senang hati... x sabar nak sampai rumah...


MyEm0.Com


dan berkemungkinan besar saya akan menyepi selama hampir seminggu kerana perkara2 utama yang perlu diutamakan... [sila lihat miss jue things-to-do list]... MyEm0.Com

oleh kerana saya selalu berangan2 untuk menjadi pelajar cemerlang, jadi saya dengan rela hati dan rendah dirinya merajinkan diri untuk siapkan semua kerja saya sebelum due date... dan kepada anda semua yang membaca entry ini, mohon kerjasama dengan penuh keikhlasan doakan la yang terbaik buat saya di dunia dan akhirat... doakan semoga saya berjaya menamatkan pengajian insyaAllah pada Nov2010 dengan cemerlang...

ok la... tu jer nak pesan... buku biochemistry dan notes food chemistry sudah memanggil2... dan saya perlu access science direct untuk dapatkan lagi banyak journal berkaitan FYP saya... MyEm0.Com



nota ringkas : saya terlepas sahur hari ni... aduh!!! cmne la leh x sedar alarm berbunyi... sedar2 jer dah subuh... huhuhu... sedihhhh... MyEm0.Com


nota ringkas2 : saya masih menunggu panggilan dear sist... dia kata akan call sebelum amik saya kt sini... mana niiiiii... MyEm0.Com



MyEm0.Com
bye semua... nanti kita jumpa lagi... insyaAllah...


salam ramadhan..
salam ukhwah..
salam mahabbah..

wassalam...

Sunday, August 23, 2009

satu ramadhan

ari ni dah dua ramadhan...
Alhamdulillah dah selamat berpuasa sehari... semoga diterima dengan sebaiknya..

semalam mula2 agak sedih bila pk kn kena buka pose sorang2... tengahari mesej2 dengan bonda... bonda kata try la mesej dear sist kot2 dia boleh amik saya dan dapat saya buka puasa sama dengan family dia... tapi saya kata kt bonda, xpe la... selalunya dear sist yang akan call saya... dia ada hal la agaknya tu sebab tak call saya... then bonda kata, pegi je la umah acu [adik bongsu bonda]... tapi saya biasa laaa... x nak nyusahkan orang. lepas zohor acu call, ajak buka puasa umah mak cik sinar [adik bonda gak]... saya pun ok jer...

kul6 acu and family amik saya kt kolej.. kebetulan makcik saya dari ipoh pun dtg sana gak... jadi meriah la berbuka puasa pada hari pertama dan tmbh2 lak ari ni birthday cousin saya... bertmbh2 meriah laaa... solat maghrib, isyak dan terawih sama2...

lepas terawih tgk cerekarama [bukan bidadari]... xtau nak kata ape ttg citer ni... tapi itu realiti kehidupan... nth laaa... abis cerita baru balik umah acu kt desa alam, shah alam...

p/s : thanx a lotssss to mak cik sinar and pak cik din [selaku tuan rumah] untuk makanan yang sedap2... kenyang sungguh...

p/s 2 : extraaa credit to acu sebab pilih kek besday yang sedap itu... nyummy2...

p/s 3 : agak sayu dan sedikit bersalah sebab x balik ipoh n sambut first ramadhan sama2 ngn bonda and little sist... insyaAllah hujung minggu ni ipoh destinasiku...

nota pengarang : hepi 16 besday to syakirah... semoga bertambah amalan seiring dengan usia...


salam ramadhan...
salam ukhwah...
salam mahabbah...

wassalam...


Friday, August 21, 2009

salam ramadhan

Alhamdulillah kerana kita sama2 masih diberi peluang untuk menyambut kehadiran Ramadhan Mubarak tahun ni...
semoga kita sama2 berusaha untuk melipat gandakan usaha dan meluangkan sebanyak masa yang mungkin untuk DIA...

ni untuk pembaca semua terutama diri saya sendiri...


Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan

ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna
selangkah demi selangkah
setahun sudah pun berlalu
masa yang pantas berlalu
hingga tak terasa pun
berada di bulan ramadhan semula
ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna
puasa satu amalan
sebagaimana yang diperintahkan
moga dapat ku lenturkan
nafsu yang selalu membelenggu diri
tiada henti henti
ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna
ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
tak ingin ku biarkan ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
mengharungi segalanya dengan sabar
ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna
ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna
ku memohon pd Tuhan diberikan kekuatan
ku merayu pada Tuhan diterima amalan
selangkah demi selangkah
dengan rahmat-Mu
oh Tuhanku
ku tempuh jua

salam ramadhan
salam ukhwah
salam mahabbah

wassalam...