Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

End of Year Solemnization and Reception

30 Disember 2011. Setelah beberapa minggu aku tak bangun awal (sebab dah berstatus pengaggur) akhirnya hari tu aku bangun awal gak. Pukul 7 lebih dah bergerak keluar rumah pergi Station LRT Kelana Jaya. Dari sana naik LRT pergi Station Universiti. Nasib ada kakak aku, kalau tak memang terpinga-pinga la aku. OKAY. Sila gelakkan aku. Secara jujur aku memang tak reti naik public transport. Bukan sebab aku anak orang senang tapi aku bukan membesar dekat KL. Sekali pun aku belajar dekat Shah Alam 2 tahun setengah, kemudian kerja dekat Shah Alam dekat 7 bulan. Tapi boleh bilang dengan jari tangan berapa kali je aku menjejakkan kaki dekat KL tu. Itu pun nasib baik sebab si Bayu ada. Kalau tak, jangan harap aku nak pergi. 

Sampai Station Universiti agak awal. Sebelum pukul 8 lagi. Jadi aku duduk la dekat bus stop dekat situ sambil memerhati budak UM nak pergi kelas. Lama gak aku tunggu kawan aku dekat situ. Bila kawan aku sampai, kitorang terus ambil taxi ke Jalan Duta. Dan memang la sampai Jalan Duta awal gila. Dah la sampai awal, bas boleh pulak delayed hampir sejam. Hangin betul aku. Nasib baik demi sahabat tersayang, aku gagahkan juga pergi ke Taiping.

Sampai Taiping around 4 petang. Pengantin yang jemput kitorang dekat Kamunting tu. Memang hebat betul kawan aku tu. Then pergi makan-makan, borak-borak. Dekat pukul6 baru balik rumah pengantin. Mula-mula cuak juga la tapi lama-lama okay. Family dia pun okay. Aku dengan kawan aku lagi sorang tu (Fiza) pun tolong la apa yang patut. Akhirnya dekat pukul 12 baru tidur. Pengantin pun tidur lewat.

Esoknya pagi-pagi terjaga sebab teringatkan pesan abang pengantin suruh bukakan lampu khemah sebab konon-konon nak lapah lembu lepas subuh. Akhirnya dekat pukul8 baru la lembu selamat dikorbankan.

Selebihnya tengok gambar je la. Apa-apa pun, memang syok la menyibuk dekat rumah pengantin sehari sebelum majlis. HEHEHEH.

all the hantarans are DIY by the bride and sisters + sister-in-law

really love this chocolate. so nice! pandai tukang buatnya.

the bride and the bride-to-be (insyaAllah). please pray for the best. :)

right after akad nikah. they are so sweet.

sila ambil perhatian : mereka kini adalah suami isteri yang sah.




Friday, October 28, 2011

My 2012 Calendar Almost Full (for the first half year)

Selamat Malam semua.

Belum lagi 2011 melabuhkan tirai, aku dah buka kalendar 2012. Save the datess. YUP. Banyak 's' bermakna banyak benda penting next year. Kalau ikutkan, mulanya cuti sekolah 2011 ni maka bermula la aktiviti menyibukkan diri.

Let's check it out :

18/11/2011 : Kak Liyana's Wedding Reception (Ampang)
26 - 28/11/2011 : Family vacation (yeaayyyyy. holiday mode)
18/12/2011 : Adib's solemnization (Ipoh)
31/12/2011 : Una (Taayah) solemnization (Taiping)

Year 2012

23/01/2012 : if i'm not mistaken, my cousin (father's side) Wedding Reception
5/02/2012 : KIV ->> to be informed later
March 2012 (school holiday) : Nurus Wedding Reception (Ipoh) and Kak Intan Wedding Reception (Malacca)
May 2012 : Adib Wedding Reception
August and September 2012 : KIV
September/October 2012 : Idzam Reception
December 2012 : Lokman Wedding Reception.


Anyone want to invite me for your big day? Do let me know so I can save your date here =)


note : Esok pagi akan pulang ke Ipoh untuk menghadirkan diri ke walimah Mimi.




Tuesday, May 3, 2011

Hujung minggu yang BEST!

#Sabtu (30 April 2011)
Pagi yang tak berapa nak pagi, bergegas pulang ke desa tercinta bersama abang kandung seibu sebapa. Jalan penuh sesak dengan kenderaan. Almaklum la. Cuti tiga hari. Semua pakat nak berhibur bersama keluarga besar di kampung. Aku tak sabar nak sampai Ipoh sebab ada agenda lain yang menanti. Sepanjang perjalanan menyusuri jalan lama slim river - Ipoh, hati tak putus-putus berharap agar sempat sampai sebelum waktunya. Tapi, Dia penentu segalanya. Selepas lebih kurang 4 jam perjalanan dari Klang ke Ipoh, akhirnya sampai jua di teratak bonda tercinta. Aku seperti lipas kudung tukar baju kurung capai handbag yang ada depan mata, tak sempat nak bedak sakan. Minta tolong abang start enjin kereta. Cadangnya nak pakai tudung bawal, tapi tak kesampaian sebab tudung buat hal. Jadi sarung je tudung yan ada awning tu. Tak pernah-pernah pergi kenduri kahwin pakai tudung tu. Kalau sidai kain selalu la. Sebelum melangkah keluar, ibu sempat berpesan "jangan bawa kereta laju sangat". HEHEHE. Tapi aku pecut juga la. 70km/j. Laju ke? Tak kannnnn... Sampai rumah pengantin, terus meluru masuk rumah. Cari pengantin dan kawan-kawan. Seterusnya, jom layan gambar.


kredit to Sarah Aisha. p/s : ecah, aku pinjam gambar ko yang cantik ni!




Teman satu row meja masa form 1R di SERATA






Thursday, December 30, 2010

Belum lagi tahun 2011 TAPI....

Tahun dah beberapa orang kawan aku yang selamat diijabkabulkan dengan pasangan masing-masinng. TAHNIAH!!! 

Ada yang aku dapat menghadirkan diri dan ada juga yang aku tak dapat nak menghadirkan diri. Apa-apa pun buat semua yang telah selamat berumahtangga, doa aku semoga ikatan terbina kekal hingga ke hujung nyawa dan semoga bahagia abadi. Oh, ucapan ni bukan untuk pengantin baru je tapi untuk semua yang telah berkeluarga. Aku happy tengok orang-orang keliling aku happy. =)

Minggu lepas aku pergi kenduri lagi seorang kawan sekolah aku. ALHAMDULILLAH. Dapat jumpa kawan-kawan sekolah yang dah tak jumpa sejak 6,7 tahun lepas. Macam-macam khabar gembira. Ramai yang dah bekerja, ada yang sambung master dan ada juga bakal mendirikan masjid. TAHNIAH sekali lagi!! Sangat-sangat gembira bila dapat jumpa kawan-kawan lama. Macam masa raya hari tu.

Lagi 2 hari 2011 bakal menjelma, 2010 bakal melabuhkan tirai. Belum sempat aku nak tutup diari lama, terpaksa buka diari baru. Semua gara-gara kawan-kawan yang nak mendirikan masjid tahun depan. Semua pakat suruh "simpan" tarikh-tarikh penting mereka supaya tak ketinggalan tahun depan. INSYAALLAH. Ada rezeki, panjang umur sampai la aku ke kenduri korang nanti.

Wallpaper laptop aku. Nampak tak dalam kotak merah tu???

Disebabkan aku tak ada organizer or apa-apa yang seangkatan dengannya, maka aku pun "simpan" tarikh-tarikh penting kawan-kawan aku tu dekat NOTES dalam laptop.Bulan March 2011 hampir penuh. Letak dekat laptop senang juga kot sebab confirm tiap-tiap hari aku on laptop. Jadi tak ada sebab kenapa aku tak nampak "SAVE THESE DATE" tu. Itu baru jemputan daripada kawan-kawan sekolah menengah, kawan-kawan sekolah rendah aku belum terima jemputan lagi, kawan masa universiti ada ajak mulut hari tu tapi tarikh dia tak bgtau lagi, so aku tak tulis lagi. Jadi kepada sesiapa yang nak jemput aku ke walimah korang next year, pastikan tidak bertindih dengan tarikh-tarikh tersebut. OKEY? Sayang kamu semua.



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



 lots of L♥VE

Monday, December 13, 2010

Musim orang kahwin... bila la turn aku ni?

Cuti-cuti sekolah ni mesti penuh dengan undangan perkahwinan sampaikan kadang-kadang dalam sehari sampai 3,4 majlis. Memang kembung perut makan. Ye la, kalau dah lauk setiap majlis berlainan kemudian menguji nafsu makan nak tak nak MESTI makan juga kan? Lain la kalay 3,4 majlis tu satu pagi, satu tengahari, satu petang dan satu malam. FUH! jimat duit untuk makan sehari. Mak-mak pula tak payah nak susah-susah fikir nak masak apa untuk sarapan, lunch, tea dan dinner. HEHEHE.

Okey la. Tak guna bebel banyak-banyak. Semalam pergi kenduri kahwin kawan sekolah menengah. Keluar rumah jam 1130 pagi sampai tempat kenduri jam 230 petang. Punya la long journey. Sedangkan dari Ipoh nak ke Bota tu sejam je kot. Banyak la halnya. Pagi tu baru nak pergi beli hadiah, dah beli hadiah boleh la ramai orang dekat customer service counter tu. Terpaksa bekerja part time jadi tukang balut hadiah sendiri di kaunter costumer service. 1petang baru bertolak yang sebenarnya tu pun singgah jap isi minyak. Dah settle, teruskan la journey to Bota ikut jalan baru. Boleh la pula tengah-tengah perjalanan tu konpius nak ikut jalan mana bila sampai kat simpang tiga. Berhenti dulu tepi jalan kemudian ikut kata hati. ALHAMDULILLAH. Sampai juga dekat rumah pengantin. Masa tu dah lengang dah. Pengantin pun dah nak berehat tapi disebabkan kawan-kawan lama datang terus pengantin excited.

Anak-anak dara bersama pengantin

kenangan bersama pengantin yang comey. Oh ya, gambar tidak mengikut turutan, Main upload je.

BEST dapat pengantin sporting. Siap nak main baling-baling bunga tangan lagi.

Sepatutnya di bawah sekali. Sebab ini gambar terakhir sebelum pulang kerana baru sedar syok sangat bergambar sampai tak solat zohor lagi T__T

Senyum lagi. Terima kasih kepada adik pengantin (rasanya laaa) kerana sudi melayan kerenah kawan2 pengantin yang tak berapa nak matang lagi.

Pengantin malu bila semua tengok dia. Zira (si baju purple di belakang baju putih) juga praktis untuk jadi malu-malu-kucing kerana maljisnya juga tak lama lagi. TAHNIAH!

Ini  gambar pertama sejurus sampai. Terus masuk bilik pengantin tangkap gambar. HAHAHA. 

Ucapan untuk pengantin :
TAHNIAH!! semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Dapat baby comey2 tau sebab pengantin perempuan dia comey (kawan aku la tu...)


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


 lots of L♥VE

Friday, March 5, 2010

sessi tempek2 gambar

enjoy the pics.

  1. KELANTAN
 
 koleksi gambar masa nikah. lawak gila masa malam nikah ni. macam2 hal. ^_^


 
 antara gambar masa majlis kt kelantan. sorry la letak gambar family saya je. 
makcik2 semua dok luar rumah sebab panas teramat masa tu.


  
 antara hantaran lelaki untuk perempuan. hantaran perempuan untuk lelaki lupa nak amik.
pe2 je la. yang penting, best btl tgk brg hantaran dia.


  
 hahaha... ni hantaran saya sponsor. murah2 boleh la.
semoga kakak iparku menjadi isteri solehah dan mithali ^_^





          2. IPOH
  
pelamin dekat rumah saya. bunga telur kt pelamin tu kakak ipar saya yang pertama yang buat. 
cantik wooo...makcik2 semua berebut nak


  
bilik pengantin. simple but very nice. 
bilik ni pun kakak ipar saya yang decorate.


  
 bunga telur girl. thanx adik2 sedara yang berpanas memberi bunga telur.
dan juga untuk kak nisa yang tlg saya observe bdk2 kecik tu.




finally
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.gambar adik2 pengantin

  
 ni adik pengantin yang bongsu. sekolah lagi.
selendang tu saya yang pakaikan. okey x?



  
 ni mesti semua orang kenal. lepas ni saya plak ikut jejak pengantin. huahuahua...
doa2kan la yang terbaik untuk saya. yang penting habis belajar dulu.



nota kaki : nak citer sal my journey to the east. tapi dlm next entry la ek?
salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...