Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label student life : SERATA. Show all posts
Showing posts with label student life : SERATA. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

Kerinduan Dalam Hati

Tak sangka umur dah meningkat ke usia jubli perak.. Rasa maca baru semalam masuk sekolah rendah, kemudian menginjak alam remaja di sekolah menengah sebelum rasa dewasa di alam universiti. Kini segalanya dah berlalu. Zaman sekolah rendah, rasa tak sabar nak masuk sekolah menengah sebab rasa macam dah besar bila sekolah menengah. Sebab rasa macam best masuk sekolah menengah sebab tak payah nak bawa beg berkilo-kilo pergi sekolah. Dapat masuk asrama lagi best sebab tak payah bawa beg langsung pergi kelas. Semua buku tinggal dalam kelas. Petang dan malam pergi prep. Kalau rajin bawa la buku balik asrama konon-konon nak stay up tapi aku memang bukan jenis ulat buku maka tak ada la stay up apa bagai kan. Bila dah masuk sekolah menengah nak cepat-cepat masuk universiti sebab rasa syok aku tengok abang-abang dan kakak aku balik rumah relax. Tak ada homework nak kena buat. Lepas tu cuti lama 2x setahun. Bestnya. 
Dah masuk universiti memang la aku terasa bahagia masuk universiti. Suka hati kau la nak baca buku ke, nak datang kelas ke tak, semua suka hati. Kalau tak ada kesedaran memang tersungkur tepi jalan la.. Bila dah masuk universiti abang-abang dan kakak aku dah kerja. Maka terasa jelous sebab diorang dah ada duit sendiri. Jadi rasa tak sabar nak pegang duit sendiri. Duit sendiri okay? Bukan duit biasiswa yang kerajaan hulur tiap-tiap semester atau duit pinjaman yang PTPTN bagi. 

Rindu pada semua tu. Beberapa hari lepas, aku buka Facebook. Kawan-kawan sekolah menengah memang ada buat private group untuk batch aku dekat Facebook. Dan tiba-tiba one of my schoolmate mencadangkan supaya diadakan reunion memandangkan makin ramai yang dah berkahwin, makin ramai yang dah bergelar IBU (sekolah aku sekolah all girls). Jadi kalau buat reunion mesti best kan? 

Waaaaa... Tak sabar kalau reunion tu betul-betul berlaku. Tapi sebelum tu mesti banyak benda nak kena fikir. Cuti, kewangan, penglibatan semua pihak adalah paling penting. Yang dah berkahwin, kena tanya keizinan suami. Yang dah ada anak, kena fikir kesusaian tempat dengan anak masing-masing. Yang masih anak dara, kena tanya keizinana ibu bapa. Dan kepada semua yang bakal terlibat, kena tanya keizinan poket. HEHEHEH. Dan penting juga untuk memikirkan kawan-kawan yang berjuang di negara lain. Pertengahan tahun ni, InsyaAllah kawan-kawan yang bakal bergelar Doktor akan pulang dan khidmat untuk negara. Waaaa... seronok! Aku tak pasti berapa jumlah keseluruhan batch aku berapa orang. Yang pasti masa aku form5, jumlahnya adalah 99 orang. Itu belum lagi campur yang pindah dan bertukar semasa form4 sebab dapat tawaran lagi hebat. Mungkin menjangkau 150 orang.

Apa-apa pun, aku memang berharap dapat jumpa semua kawan aku. Semoga ikatan persahabatan yang terbina sejak 12 tahun lalu akan kekal abadi buat selamanya walau di mana kita berada.

Salam ukhwah buat semua.







Wednesday, October 12, 2011

Selamat Pengantin Baru


Semalam masa online FB, tibatiba seorang sahabat lama tegur saya. Bertanyakan hal tentang pergi atau tidak ke majlis perkahwinan kawan kami pada penghujung bulan ini. Saya yang blur tak tahu apa-apa terus respon chat dia. Sebab macam nak tahu sangat Mimi yang mana dia maksudkan. Kalau betul Mimi kawan sekolah menengah saya memang tak jangka. Jahat kan? Bukan apa, sebab saya rasa Mimi pasti akan mesej saya kalau betul dia nak walimah hujung bulan ni. Tapi saya fikir mungkin Mimi tak ada simpan nombor baru saya. Jadi tak apalah. Saya cuma pesan pada dia, supaya minta Fiza sampaikan pada Mimi yang saya nak kad kahwin dia. HEHEHE.

Pagi tadi, on the way pergi kerja macam gatal-gatal tangan nak mesej Mimi tanya perkhabaran itu. Dan nyata Alhamdulillah berita itu benar. Dan menurut Mimi dia baru ingin maklumkan pada saya tapi Fiza lagi cepat update pada saya dan Una. HEHEHE.

Terus teringat kenangan zaman sekolah menengah. Zaman umur baru 15 tahun. Kami berlima rapat. Satu Kelas. Tapi dorm lain-lain. Saya, Una, Fiza, Mimi dan Ana. Sebelum PMR kami pulun buat study group, ada je port yang kurang perhatian daripada orang ramai akan kami manfaatkan untuk study group. Hatta dalam bilik rawatan pun kami belasah buat study group masa kelas persediaan malam hingga ditegur warden yang bertugas. Bila result PMR diumumkan, Mimi paling menyerlah antara kami walaupun dia budak lompat (PTS) dan dia paling kecil fizikal berbanding kami yang lain.

Bila naik tingkatan 4, kami berpecah kepada 2 kerana ada 2 kelas sains. Saya, Mimi dan Ana di 4Sains 1 manakala Una dan  Fiza di 4Sains2. Kami mula kurang rapat tapi aku tetap rapat dengan semua kerana aku, Una dan Fiza sama pengawas maka kami sering berjumpa. Masa tingkatan4, Mimi dan Ana banyak bantu saya terutama Matematik Tambahan. Sememangnya Mimi pelajar luar biasa bijaknya. Bila keputusan SPM diumumkan, Mimi pelajar terbaik sekolah saya. Saya kagum dan respect pada dia. Dan kami berlima membawa haluan masing-masing. Memang lama tidak berjumpa.

(sudah tamat lunch hour, nanti saya sambung semula)


update : 11 samples need to be ready by this Friday. 8 almost done but 1 need to re-do. STRESS. Mean, 4 samples need to do by tomorrow.

(Continue cerita pada jam 7.30 malam di rumah)

Setelah hampir 7 tahun tak berjumpa, at last aku jumpa semula Ana masa kenduri kahwin Zira bulan April lepas. Dan beberapa tahun sebelum tu, aku jumpa Mimi dekat RnR Sungai Buloh. Dan Fiza dan Una masih tak ada kesempatan nak berjumpa diorang. 

Bila dengar cerita Mimi nak kahwin, aku rasa seorang demi seorang kawan yang rapat dengan aku dah nak bergelar isteri orang. Maka dengan itu, aku akan mula keseorangan. HUHUHU. Dan aku berharap sangat dapat pergi kenduri kahwin si Mimi tu. Dan kalau boleh, aku nak minta kebenaran abang dengan mak aku untuk drive balik Ipoh walaupun aku 200% yakin yang mereka tak akan benarkan. HAHAHA. Makanya, aku perlu ambil bas seawal yang mungkin hari Sabtu tu supaya aku dapat sampai di Ipoh sebelum matahari tegak atas kepala. 

Apa-apa pun, bila umur makin meningkat selain daripada tanggungjawab sebagai seorang pekerja (andai bekerja) atau pelajar (yang masih gigih memanjat tangga universiti) dan yang pasti tanggungjawab sebagai anak dan paling besar dalam menunaikan hak kepada Yang Esa mesti ada terselit rasa dan keinginan untuk berumah tangga. Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang disukai oleh Rasul kita? Dapat menambah bilangan umat Nabi S.A.W. InsyaAllah. 

Aku sendiri tak terlepas daripada perasaan itu. (pengakuan jujur dan ikhlas ni). Tapi aku hanya mampu merancang dan tak putus berdoa kerana disebalik setiap yang berlaku itu, ada perancang Yang Maha Agong. 

Ok la. Setakat ini dulu. Baru aku perasaan masa dekat office tadi taip "saya", dah balik rumah jadi "aku" lak. Hentam saja la labu....



Tuesday, May 3, 2011

Hujung minggu yang BEST!

#Sabtu (30 April 2011)
Pagi yang tak berapa nak pagi, bergegas pulang ke desa tercinta bersama abang kandung seibu sebapa. Jalan penuh sesak dengan kenderaan. Almaklum la. Cuti tiga hari. Semua pakat nak berhibur bersama keluarga besar di kampung. Aku tak sabar nak sampai Ipoh sebab ada agenda lain yang menanti. Sepanjang perjalanan menyusuri jalan lama slim river - Ipoh, hati tak putus-putus berharap agar sempat sampai sebelum waktunya. Tapi, Dia penentu segalanya. Selepas lebih kurang 4 jam perjalanan dari Klang ke Ipoh, akhirnya sampai jua di teratak bonda tercinta. Aku seperti lipas kudung tukar baju kurung capai handbag yang ada depan mata, tak sempat nak bedak sakan. Minta tolong abang start enjin kereta. Cadangnya nak pakai tudung bawal, tapi tak kesampaian sebab tudung buat hal. Jadi sarung je tudung yan ada awning tu. Tak pernah-pernah pergi kenduri kahwin pakai tudung tu. Kalau sidai kain selalu la. Sebelum melangkah keluar, ibu sempat berpesan "jangan bawa kereta laju sangat". HEHEHE. Tapi aku pecut juga la. 70km/j. Laju ke? Tak kannnnn... Sampai rumah pengantin, terus meluru masuk rumah. Cari pengantin dan kawan-kawan. Seterusnya, jom layan gambar.


kredit to Sarah Aisha. p/s : ecah, aku pinjam gambar ko yang cantik ni!




Teman satu row meja masa form 1R di SERATA






Monday, December 13, 2010

Musim orang kahwin... bila la turn aku ni?

Cuti-cuti sekolah ni mesti penuh dengan undangan perkahwinan sampaikan kadang-kadang dalam sehari sampai 3,4 majlis. Memang kembung perut makan. Ye la, kalau dah lauk setiap majlis berlainan kemudian menguji nafsu makan nak tak nak MESTI makan juga kan? Lain la kalay 3,4 majlis tu satu pagi, satu tengahari, satu petang dan satu malam. FUH! jimat duit untuk makan sehari. Mak-mak pula tak payah nak susah-susah fikir nak masak apa untuk sarapan, lunch, tea dan dinner. HEHEHE.

Okey la. Tak guna bebel banyak-banyak. Semalam pergi kenduri kahwin kawan sekolah menengah. Keluar rumah jam 1130 pagi sampai tempat kenduri jam 230 petang. Punya la long journey. Sedangkan dari Ipoh nak ke Bota tu sejam je kot. Banyak la halnya. Pagi tu baru nak pergi beli hadiah, dah beli hadiah boleh la ramai orang dekat customer service counter tu. Terpaksa bekerja part time jadi tukang balut hadiah sendiri di kaunter costumer service. 1petang baru bertolak yang sebenarnya tu pun singgah jap isi minyak. Dah settle, teruskan la journey to Bota ikut jalan baru. Boleh la pula tengah-tengah perjalanan tu konpius nak ikut jalan mana bila sampai kat simpang tiga. Berhenti dulu tepi jalan kemudian ikut kata hati. ALHAMDULILLAH. Sampai juga dekat rumah pengantin. Masa tu dah lengang dah. Pengantin pun dah nak berehat tapi disebabkan kawan-kawan lama datang terus pengantin excited.

Anak-anak dara bersama pengantin

kenangan bersama pengantin yang comey. Oh ya, gambar tidak mengikut turutan, Main upload je.

BEST dapat pengantin sporting. Siap nak main baling-baling bunga tangan lagi.

Sepatutnya di bawah sekali. Sebab ini gambar terakhir sebelum pulang kerana baru sedar syok sangat bergambar sampai tak solat zohor lagi T__T

Senyum lagi. Terima kasih kepada adik pengantin (rasanya laaa) kerana sudi melayan kerenah kawan2 pengantin yang tak berapa nak matang lagi.

Pengantin malu bila semua tengok dia. Zira (si baju purple di belakang baju putih) juga praktis untuk jadi malu-malu-kucing kerana maljisnya juga tak lama lagi. TAHNIAH!

Ini  gambar pertama sejurus sampai. Terus masuk bilik pengantin tangkap gambar. HAHAHA. 

Ucapan untuk pengantin :
TAHNIAH!! semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Dapat baby comey2 tau sebab pengantin perempuan dia comey (kawan aku la tu...)


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


 lots of L♥VE

Sunday, May 23, 2010

assalamualaikum kak!

salam semua.
tengahri tadi pergi sekolah little sist... maklum la dah lama sgt tak jenguk dia kt sekolah tu. sian lak kt dia... nak tunggu ada orang melawat mmg la kena tunggu abang2 or kakak aku balik... kalau bonda sorang kt rumah, sape lak yang nak bawa bonda ke sana.. so since aku ada kt rumah ni, aku pun pergi la ikut bonda tgk dia... hahahaaa... bukan aku yang drive yee... bonda risau kalau hanya kami ber2 yang pergi. risau kalau kereta comey Kancil itu meragam. ye laaa... aku ni reti drive je. lain2 pasal kereta mmg ZERO! habuk pun aku x reti... yang aku tau, kalau rasa dekat2 nak E tu cepat2 la isi minyak... hehehe...

okey, berbalik pada tajuk hari ni..

sampai sekolah little sist td dah dekat waktu zohor. so kami [aku, bonda, little sist, makcik ani dan arifi] makan2 dulu sementara bdk2 sekolah tu semayang zohor... maklum la sekolah asrama, jadi solatnya harus la berjemaah. aku suh little sist g solat jemaah dulu, leh lak dia kata ada rukhsah sbb ada tetamu... byk la cantik muka ko dik non oooiiiii... heheee...
so lepas bdk2 sekolah tu dah abis solat, kitorang pun menuju ke masjid untuk solat. disebabkan bonda dan little sist dah amik wudhuk awal2, aku g la amik wudhuk sorang. masa aku jalan nak g tempat wudhuk tu, aku lalu sebelah sorang budak tu... then budak tu kata.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ASSALAMUALAIKUM KAK!
oppsss... sila abaikan tanda seruan tu.
budak tu x ada la menjerit kt aku

dan dengan tiba2 aku teringat zaman sekolah dulu... mmg jadi amalan bila junior bila berselisih dengan senior untuk mengucapkan salam... kalau kawan selisih dengan kawan tu, mcm2 ucapan la keluarkan... entah nape aku rindu gila zaman sekolah dulu. dulu even aku prefect yang tak perfect, tapi aku nakal gak... nakal dengan cara aku sendiri... heheee...  bila dah masuk universiti ni, dah x ada dengar ucapan salam lagi. kalau ada pun mungkin jarang sangat2... huhu =(

okey laaaa... itu je aku nak cerita.  kat sini saja nak tempek gambar kt sekolah little sist. tak tau la pernah tempek ke tak, malas nk tgk balik entry2 lama. tapi ni gambar lama. gambar baru ada dalam laptop bonda, malas nk amik.... hehehe...



  bonda + little sist + anisbeena + little hero


 little sist + dear sist + little hero masa baby




lots of L♥VE,

Monday, October 12, 2009

entry khas




salam semua...
entry saya kali ni agak berlainan berbanding entry2 sebelum ini... gambar kt atas tu bukan hiasan semata2 tapi itu lah yang akan saya bebelkan dalam entry kali ni... entry kali ni bukan sebab sukasuki nak tulis tapi sekadar membantu seorang teman-tak-pernah-jumpa... hanya kenal pada nama dan gambar serta cerita2nya.. tak pernah bersua muka bertembung empat mata..
[tapi punya keinginn untuk menjadi kawannya...=p]


okey la...
berbalik pada cerita


SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH
a.k.a
sekolah raja perempuan taayah



Apa yang saya nak cerita sal sekolah saya ekkkk… actually sekolah saya ni merupakan salah sebuah sekolah dibawah pentadbiran kerajaan negeri [if I’m not wrong]… ada lagi 2 buah sekolah lain dibawah kerajaan negeri… sekolah izzuddin shah, ipoh dan sekolah raja Dr. nazrin shah, kg gajah… sekolah saya ni untuk anak2 gadis jer.. sekolah izzuddin tu lak untuk anak2 teruna sahaja dan sekolah raja Dr. nazrin tu untuk teruna dan dara… hehehe… sekolah saya dah agak lama ditubuhkan sebab saya sendiri merupakan batch yang ke-40 dan saya dah tinggalkan sekolah sejak 5thn yang lepas.
Untuk pengetahuan gak, sekolah saya ni bukan senang2 nak register… ada peperiksaan khas selain keputusan UPSR yang cemerlang… peperiksaan khas tu ada paper agama dan akademik… pelajar yang memohon mestilah dari kalangan rakyat jelata Sultan Azlan Shah ataupun mak ayah anak jati perak tak pun mak ayah bekas pelajar izzuddin taayah [kalau x salah saya yerrr… kalau salah, tlg betul kan]
Sekolah saya ni students tak ramai tambah tolak darab bahagi adalah dalam 700 – 800 orang… atau mungkin lebih tapi rasanya tak lebih 1000 orang… sekolah pun ada 4 blok jer termasuk blok pentadbiran dan blok makmal… padang yang ada pun sekangkang kera shj… tak boleh nk wat acara olahraga 4 x 100m apatah lagi 4 x 400m… selalunya aktivit2 riadah ni buat dekat gymnasium… ya!!! Sekolah saya ada gymnasium yang terletak di seberang jalan… opsss… lupa nak citer… sekolah saya dekat dengan istana raja dihilir dan dibelakangnya adalah kem askar… sekolah saya ni kat tengah Bandar ipoh… ada 5blok asrama 2tingkat, ada surau untuk solat jemaah 5kali sehari.. WAJIB… dan dewan makan juga kantin…
Zaman saya sekolah dulu, masa saya form5 kelas saya hanya seramai 24 orang sahaja… dan kelas sains hnya 2… sains1 dan sains2… pastu ada kelas akaun dan juga kelas thanawi… kalau x salah saya cikgu yang mengajar fizik hny seorang Mr. Chin [the only non-muslim teacher there tapi sgt baik]… seorang cikgu guru biology Puan Umi a.k.a guru penolong kanan [sekrang saya x pasti jwtn dia]… seorang juga guru kimia [puan fikriah yang buat saya jatuh cinta dengan chemistry walaupun saya slalu tido masa kelas chemistry]
Saya rasa rutin saya di asrama x beza dengan pelajar di SBP/ MRSM/ SBPI etc2… cumanya… sekolah saya WAJIB solat jemaah 5x sehari… ada usrah dan qiammullail setiap malam khamis. Banyak lagi aktivit kerohanian yang lain… [sgt sedih sbb dulu asyk main jerrrr]
Dan ini khas untuk kawan anim, oleh kerana sekolah saya sekolah asrama penuh of course la ada rumah warden… ada gak bilik warden di asrama pelajar… rasanya boleh kot kalau nk try minta dok situ… tentang pengankutan awam, saya xtau sgt la… sebab mmg jrg sgt2 naik public transport kt ipoh… kuang3… tapi masa saya belajr dulu, kalau outing tunggu bus 60sen dpn sekolah nak ke super kinta tapi sekrang super kinta dah xde… hehehe… x pun kitorang berjalan kaki ke UO [bkn OU yerrrr] kira2 20min perjalanan… jangan risau kalau wat praktikal kt sana nanti.. saya x de la nk kata bdk2 nya baik2 belaka tapi pelajar perempuan semua jadi senang kot… [betul ker cikgu???]
Saya ada gak pengalaman di ajar guru praktikal masa form4… mmg kdg2 x phm sgt sbb ckgu br nk belajar mengajar jadi kurang mahir lagi… faham2… jadi cikgu jangan la marah kalau anak murid x phm… huhuhu… dan before cikgu tu tmt tempoh praktikal, kitorang wat jamuan mkn2 dgn dia dlm kelas… sgt best… dan ada gak cikgu praktikal yang ngjar saya terus mengjar kt situ… posting ke namanya ??? saya x tau sgt hal2 ckgu ni walaupun ayahanda bonda cikgu… haaaa… sebelum lupa, sambutan hari guru kt sana pun best gak sebab student yang organise… mcm2 acara ada…
Rasanya dah byk sgt saya citer tapi xtau la sama ada menjawab soalan atau x… kalau rasa ada musykil lagi, tny laaa… nti xd la culture shock... hehehe… dan lagi satu, pe yang saya citer ni berdasarkan pengalaman saya 5thn lepas… dah lepas 5thn ni saya xtau la cmne suasana di sana… tapi rasa mcm lagi bagus dr 5thn dulu [dr cerita2 yang sy dgr laaa]
Oke… itu sahaja untuk bakal guru… semoga menjadi guru yang berkaliber bukan guru berkaki lebar… ehehe…
Wishing to all teachers-to-be a very good luck in your latihan mengajar esp my dear friend anith hashim, “hey girl, where are you going to go for practical???” not forget to eda hairi [student upsi gak ni, chemistry rasanya] yani, nora, sape lagi??? tlg ingtkn saya yang makin hampir 22thn… hahahah…


sekian wat masa ni...

salam ukhwah...
salam mahabbah..


wassalam...



****sorry sebab tulisan ni gabak besar.. nth pehal ngn blogger ni... sakit lak ptg ni xleh setting tulisan cam yang saya nk!!! menci tul laaaaa

Wednesday, September 16, 2009

kenangan lama

tak sangka hari ni dah 26hari puasa... rasa sekejap sangat ramadhan dah nak pergi... rasa cam baru semalam jer jumpa... huhuhu...

insyaAllah jumaat pagi [18sept2009] saya akan berangkat pulang ke pangkuan bonda tersayang... doakan semoga perjalanan pulang nanti selamat... ameen...

dah akhir2 ramadhan ni, kerap terkenang citer zaman dolu2... kenangan puasa zaman sekolah dulu... BEST sgt2... dok asrama since form1 sampai form5 then masuk UiTM [diploma level] 3thn after that continue degree kt UiTM gak [UiTM di hatiku] for another 2 and half years [sekarang di thn ke-2 semester pertama]... sebab dah biasa jauh dari family dari kecik [kuang3... bajet kecik la form1 tu] so bila tibe pose rs cm biasa jer... lagi pun dok asrama dulu dilatih untuk puasa sunat pelbagai... jd bila ramadhan kunjung tiba, rasa cam biasa jer...

first time puasa jauh dari family masa form2... sedih gak masa tu... ye laaa... dah x sahur sdp2, buka yang lazat2... disebabkan bersahur kena g dewan makan dgn pakaian lengkap menutup aurat, jadi saya amat malas nak pegi sahur kt dewan makan... so bangun minum air just untuk mendapat pahala bersahur tu [insyaAllah....] itu la perangai saya sampai form5...

bila puasa kt asrama, mlm2 still ada terawih... kdg2 kakak2 STAM jadi imam, kadang2 ustazah... buka puasa ramai2 kt dewan makan memang terasa best laaa... terasa sgt ukhwah dengan kawan2 dan adik2... bila terawih kt sini, saya tak rasa macam masa zaman sekolah dulu... nape ek??? time berbuka pun tak semeriah zaman sekolah walaupun sekarang macam2 juadah ada... zaman sekolah dulu, apa yang pihak dewan makan sediakan itulah juadah berbuka seisi sekolah... argggghhhh... rindu zaman sekolah... zaman konon2 jd budak baik [saya tau, saya x baik sebenarnya...]

masa form5 lagi la sadis... puasa time SPM... junior2 sume dah balik, yang tinggal sume kwn2 form5... lagi terasa sgt bila dh nak balik cuti sekolah, boleh lak adik2 ni buka lagu raya satu sekolah dengar... wawawaaaaa... rasa syahdu sgt la... masa form5 tu pun x bersahur gak... poyo2 jer suruh kwn2 bilik kejutkan sahur tapi cam biasa laaa... bangun minum air then sambung tido x pun study sikit2... x de lak rajin kaki nak ke dewan makan tu... cuti raya seminggu jer tapi tu pun tak rasa cam cuti raya... ye lorrrr... SPM x abis lagi camne nak horay2 sambut raya, kumpul duit raya... berkorban la masa raya demi SPM...

paling best bila semua candidate [science, akaun and thanawi] dah abis exam... mlm tu kitorang main bunga api kt asrama... memang best... malam terakhir di SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH... kenangan terindah sungguh...


ni khas buat kawan2 seperjuangan SERATA 2000-2004


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya




pesan penulis : rindu pada alunan suara habsah kamruddin dan rindu juga pada nur syamila shaari... kepada sesapa yang ada bertemu dengan meraka, sampaikan salam penuh kasih syg sy pada mereka...


nota kecil : rindu juga pada kawan seperjuangan batch 40 SERATA...


salam ramadhan...
salam ukhwah...
salam mahabbah...


wassalam...