Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Monday, February 13, 2012

Let's Learn Terms

Salam Isnin semua. Kurang setengah jam lagi nak balik. Kerja pun rasanya dah selesai semua. Suka suki aku je online dekat dalam lab. HAHAHA. Ada kerja sebenarnya nak buat tapi macam malas nak perah otak fikir "homework" yang bos bagi. Masa dengar bos cakap "homework" tu terus rasa macam zaman sekolah. Tak pun zaman universiti sebab bos kata nanti hantar "homework" tu via email.

Pagi-pagi tadi masa aku continue kerja last week yang tak siap (bukan sebab aku malas tapi sebab benda tu kena biarkan overnight tapi aku tinggalkan 3 nights. HAHAHAH) tiba-tiba bos muncul dalam lab. Aku pun buat tak tahu je terus buat kerja. Lepas tu bos tanya apa benda entah aku pun tak ingat dah, bos tanya result untuk last week la apa semua. Lepas tu bincang-bincang dengan bos, dia bagi task baru untuk aku. Kena buat TKN = Totak K (tak ingat istilah dia) Nitrogen. Aku pun angguk-angguk geleng-geleng macam selalu kono-konon paham.

Lepas tu, continue buat kerja. Lepas dah siap kerja tertangguh minggu lepas terus buat report dan terus study untuk task baru. Jenuh gak la aku nak paham procedure untuk task baru tu. Entah berapa puluh kali aku baca method. Ingatkan nak siapkan hari ni juga sekali tengok method untuk digestion dah sejam setengah, lepas tu kena cool down to room temperature before proceed untuk distillation another one and half hour then finally kena titration. Bila tambah tolak drab bahagi ada gak dekat 5 jam untuk complete kerja tu (termasuk untuk prepare reagents dan set up kits). Masa baca tu dah pukul 11++, kalau continue maka aku kena keluar lunch lewat sedangkan perut dah lapar gila.

So aku pun bulatkan hati buat esok je kerja tu. Maka aku pun baca la procedure dengan bersungguh-sungguh macam ada viva. Haaaaaa~ teringat zaman diploma masa semester 5, sebelum lab industrial chemistry kena paham betulbetul experiment nak kena buat sebab ada viva. Kalau tak lulus viva maka tak boleh buat experiment maka markah untuk lab work adalah ZERO! Ngeri betul masa tu. Aku pernah la hampir-hampir gagal tapi aku buat muka kesian dekat lecturer terus dia bagi second chance viva. HAHAHAH.

Berbalik pada cerita bac procedure tu, macam-macam chemistry terms yang dah berzaman aku tak jumpa. Contohnya :
  • Normality (gila hape? aku memang tak pernah ingat macam mana nak kira normality tu). Terus sms Bayu tanya macam mana. Bayu explain kata macam kira Molarity. terus aku terfikir, "eh, macam mana nak kira Molarity ek?" Haaaaaa~ nampak sangat dah berkarat otak aku ni.
  • Distillation. Waaaaa! Lama gila tak buat distallation. Nak set up distillation kit pun entah ingat entah dia. Jenuh gak aku godek-godek distillation kit kat lab ni tadi.
  • Digestion. Ini memang tak pernah buat. Eh, ke pernah? Aku tak ingat. Esok kena digest enzyme jadi element-element dia. Harap-harap menjadi la.
  • Round bottom flask. Haaaaa... Flask yang b**to*nya berbentuk bulat seperti telur. Dah lama gila tak guna benda alah ni.
  • End point. Kalau buat titration mesti kena tahu end point. Kalau tak, sampai habis solution la korang titrate tapi tak dapat hape-hape. Buat buang chemical je.
  • Banyak lagi la. Tapi malas nak ingat dah. Aku kena kategori manusia malas. Semua benda malas. Tidur dengan tengok TV je rajin. Haaaaa. Cakap pasal tengok TV aku ada benda best nak cerita pasal kana-kanak ribena aku tapi lain entry ek?
Stop dulu. Dah nak dekat pukul 5. Nak kemas lab. Nak balik. Tak ada istilah OT dalam hidup aku kalau tak ada kerja menimbun. kehkehkehek (aku kan malas)





No comments: