Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Wednesday, January 18, 2012

Perginya Seorang Insan

Petang tadi masa tengah kalut-kalut key-in result sebab nak kejar balik awal (well, jalan bukit kemuning tu banyak lori. saya tak suka kalau lambat!) tiba-tiba ibu call. Saya ingatkan pasal apa, rupa-rupanya ibu menyampaikan berita sedih. My cousin passed away around 3.40pm today. Sangat sedih tapi kenapa aku tak menangis. Mungkin sebab dekat office jadi kena control la sikit kan. on the way balik kerja, layan perasaan sorang-sorang dalam kereta memang berjurai la air mata. Takut membayangkan aku dekat tempat dia.

Sebab kematian cousin aku tu adalah : Kanser Payudara. Memang tak boleh nak disangkal lagi, kanser payudara adalah musuh wanita yang utama. Kalau lelaki nak tahu apa dia? Kanser rectum/colon. Ini doktor sendiri cakap dekat aku. Dan kedua-dua kanser tu boleh disebabkan oleh keturunan. Ini pun doktor sendiri yang cakap. Punca kedua-dua kanser tu? Aku pun tak tahu. Tapi memang lah kanser ni masa peringkat awal-awal tak boleh nak detect, dah stage dekat kritikal baru dia menonjolkan diri. Memang pandai la sel kanser ni kan?

Berbalik pada cousin aku tu, aku jarang jumpa dia. Sebelum dia sakit, dia mengajar dekat Banting. Bila dah sakit, cuti sakit duduk dekat Ipoh. Bila balik Ipoh adalah juga aku pergi ziarah dia. Kali terakhir aku pergi ziarah dia masa bulan 12 yang lepas. Masa tu dia masih dekat rumah. Muka memang nampak pucat. Tak sanggup aku nak tengok dia lama-lama. SEBAK. Semingu atau 2 minggu lepas tu, ibu cerita dia dah masuk wad dekat private hospital. Dan semalam ibu baru call aku ceritap perkembangan cousin aku tu, tengok-tengok hari ni dia dah pergi menemui Pemilik Alam Semesta. 

Al-Fatihah. Dan untuk makluman semua, cousin aku tu baru berumur 34 tahun (tahun 2012) dan mempunya 2 orang anak lelaki yang masih kecil, belum bersekolah.


DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali.


Al-Fatihah.





No comments: