Hujan tengah turun mencurah-curah membasahi bumi. Aku dari tadi dah cadang nak off laptop kemudian tidur. Sebab dah mind set esok nak bangun pukul 5 untuk bersahur. Jarang aku bangun bersahur kalau bukan bulan Rmaadhan. Kalau bangun pun, sekadar nak dapatkan pahala bersahur dengan minum air kosong seteguk dua.
Dah masuk tahun baru kan sekarang ni? Aku tak pernah bagitau orang apa azam aku setiap tahun. Kalau zaman belajar dulu, setiap semester azam aku adalah untuk kekal pointer, cuba untuk tergolong dalam golongan Dean List. Alhamdulillah, adalah tercapai.
Sejak aku mula kerja baru ni, aku tak pernah azam apa-apa. Cuma nak tetapkan hati supaya ada simpanan setiap bulan. Aku ingat lagi kakak aku pesan dekat aku masa mula-mula aku nak kerja tetap tahun lepas. Dia pesan, "make sure tiap-tiap bulan simpan satu pertiga daripada gaji untuk masa depan." Alhamdulillah aku masih ikut sampai sekarang. Cumanya bila masa aku nak pergi holiday ke apa, memang tak terdaya la nak saving kan? Jadi, adalah termiss saving. Tapi mulai tahun 2012 ni harap-harap dah saving 40% daripada total gaji bersih. MESTI BOLEH!
Bila dah mula kerja baru ni, aku bersyukur sangat sebab tempat kerja sekarang ni agak jauh. Sebab aku punya lebih masa awal pagi tu. Macam dulu, 6.30 pagi baru bangun. Kadang-kadang terlajak 6.45 pagi. Lepas tu mula kelamkabut nak mandi, solat apa bagai semua. Sekarang ni, aku kena bangun paling lewat pukul6 pagi. Memang bila bangun tu, azan subuh pun belum lagi sebab subuh kan lambat sekarang. Jadi bila aku bangun awal, aku akan ada masa untuk mandi (of course!) dan solat (WAJIB!) dan paling seronok aku dapat luangkan masa untuk baca Mathurat / Al-Quran. Ni memang rasa lain sangat. Rasa segar lain macam lepas baca. Setakat ni, aku tak pernah miss lagi untuk hari bekerja. Harap-harap hari cuti pun aku dapat buat.
Esok hari Khamis. Jadi aku cadang nak puasa sunat hari Khamis. Puasa ni bila nak mulakan memang payah tapi sekali dah mula, Alhamdulillah. Rasa mudah nak teruskan. Jadi aku niat nak puasa setiap Isnin dan Khamis. Selain dapat pahala (niat ikhlas kerana Allah), dapat juga kurangkan makan (jaga kesihatan dan badan) dapat juga mengurangkan belanja (jimat kewangan). Banyak hikmah puasa ni kan?
Memang susah nak istiqamah. Tapi aku pernah dengar, istiqamah dalam melakukan perkara yang sedikit lebih baik daripada melakukan perkara yang banyak tapi jarang sangat-sangat. Kiranya macam lagi baik kalau mengaji sehelai setiap hari daripada sebulan sekali terus 10 helai. Lebih kurang macam tu la. Aku tak reti nak explain.
Okaylah. Semoga aku terus istiqamah dalam setiap perbuatan yang baik. Perbuatan yang tak baik kita tinggalkan.
Selamat malam. Jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur dan ucapkan Alhamdulillah (atau baca doa bangun tidur) bila bangun esok pagi :)
No comments:
Post a Comment