Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, January 22, 2012

Permohonan UPU Untuk Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013

Salam Ahad semua. Harap semua ceria-ceria belaka. Maklum la dapat cuti 4 hari berturut. Siapa tak seronok kan? Aku pun seronok juga. Malah double-triple seronok sebab cuti 9 hari. :)

Semalam pergi tahlil untuk arwah cousin aku yang meninggal hari Rabu lepas. Maka jumpa la makcik-makcik dan sepupu-sepupu yang lama aku tak jumpa. Tak la lama sangat tapi lebih daripada sehari tu dikira lama la kan?

Sebelum mula majlis tu, aku bersembang la dengan seorang makcik aku. Mula-mula tu elok la sembang gurau-gurau, tiba-tiba makcik aku ni jadi serius. Dok dekat-dekat dengan aku. Aku pun jadi suspen. Tiba-tiba dia tanya,

"jue, kimia industri tu senang tak?"

"kalau minat kimia, ok la. Kalau tak minat tu susah la kot" jawapan jujur daripada aku. Sebab aku memang minat Kimia walaupun tak la hebat sangat. 

Lepas tu sembang macam-macam la untuk anak dia yang baru lepas SPM. Tengah kusut-kusut nak fikir program apa nanti.

"Makcik kalau boleh nak dia (merujuk pada anak makcik aku) ambil diploma sebab makcik tahu kebolehan anak makcik". Makcik aku tak berapa yakin anak dia mampu bawa matrikulasi dalam masa setahun. Sejujurnya, aku pun tahu aku dulu tak mampu nak bawa matrik dulu sebab tu aku tak pergi matrik. Aku isi borang matrik pun sebab aku "paksa" arwah ayah aku beli. Kalau tak memang la aku tak isi borang tu. Itu pun sebab Cikgu Biologi aku tanya, "missjue (bukan nama sebenar), awak betul tak nak isi borang matrik?". Aku dengan confident jawab, "ayah saya kata tak payah isi cikgu". Lepas tu aku meroyan dekat ayah aku suruh beli borang matrik melalui sekolah dia. Sebab kawan-kawan aku semua dah hantar. HEHEHE. Bila dapat tawaran matrik, mostly kawan-kawan aku dapat Matrikulasi Penang. Aku pun dapat sana tapi arwah ayah tak bagi pergi. Jadi aku redha tunggu UPU untuk masuk diploma. Sekali tak dapat Diploma Farmasi UiTM, memang agak frust la sebab masa tu gila-gila nak jadi pharmacist. Tapi aku teruskan juga la perjuangan dekat UiTM Arau program Diploma Kimia Perindustrian dan berjaya tamatkan diploma dengan flying colours :)


********************************


Berbalik pada cerita makcik aku tu. Aku pun setuju dengan makcik aku. Kiranya kalau tak yakin boleh mengadap buku 24-7, jangan lah masuk matrik. Sebab sekarang budak dapat CGPA 4.0 bersepah. Nak masuk perubatan tak dapat. Kena masuk private collage or university tak pun pergi sambung oversea dengan tajaan Ma&Pa. 

Budak-budak makin pandai. Itu memang aku tak boleh sangkal lagi. Aku tanya makcik aku anak dia minat apa. Anak dia pun tak sure. Aku tanya lagi cita-cita nak jadi apa. Aku tak ingat apa jawapan dia. Sekarang ni, nak isi permohonan melalui UPU sangat leceh. Kena pilih 3 bidang kemudian baru boleh pilih program. Kalau zaman aku dulu, isi borang pilih terus 8 program yang kita nak. Aku dulu pilih semua berkaitan chemistry sebab konon-konon begitu mencintai Kimia. Ada la juga pilih program lain macam Sains Aktuari (konon-konon nak ikut jejak kakak aku) tapi paling penting 5 pilihan semua aku pilih UiTM.

Aku syorkan macam-macam program dekat makcik aku. Tapi setiap bidang yang aku syorkan mesti ada sedikit macam TAPI (yang aku anggap sebagai alasan) dibelakangnya.  Maaflah kalau anak-anak makcik aku baca blog aku ni. TAPI alasan itu bukan datang daripada makcik atau adik sepupu aku tu, alasan itu datang daripada orang luar yang bagi pendapat pada makcik aku. 

Mula-mula masa tanya pasal Kimia Industri tu, makcik aku kata nanti kena kerja dengan kilang. Lepas tu aku dah macam "so?????????????????". Aku tak salahkan makcik aku. Memang 200% aku tak salahkan makcik aku. She is a teacher. A good teacher. A very good teacher. Dan dia sendiri background Sains. Jadi aku tahu dia educated. Aku kata pada makcik aku, bukan masalah kalau kerja dekat mana pun asalkan kita boleh bawa diri. Aku kata lagi pada makcik aku, "makcik, kilang jue kerja sekarang ni jue seorang je Malay. Memang susah kalau nak lunch dan solat. Tapi jue hentam je solat dalam office. Pasal makan jue memang tak kisah." Aku kata lagi pada dia, "company jue kerja sekarang, bos tak bagi pakai baju kurung/skirt jadi kena pakai seluar setiap hari. Lagi pun kalau kerja dalam lab memang lagi mudah pakai seluar."

Makcik aku kata aku memang kasar walaupun luaran aku nampak lembut. Mungkin YA. Aku memang lembut kalau nampak di luar tapi sebenarnya aku cuba untuk survive kalau aku terpaksa. Macam kerja sekarang ni, kalau nak ikut senang, kerja company lama lagi mudah. Tak perlu untuk keluar rumah sebelum pukul7, nak makan pun mudah. Kerja sekarang aku kena keluar rumah sebelum 7 pagi, aku kena beli makan untuk lunch sebelum masuk office sebab susah nak cari kedai melayu area tempat kerja aku, aku kena tempuh jem sejam pergi dan sejam balik. Tapi sebab aku yang nak semua tu, aku kena SABAR dan TABAH. 

Makcik aku tanya program apa yang tengah demand sekarang ni. Aku sendiri tak pasti. Maaf pasal hal itu. Kalau nak ikut demand, aku rasa memang bidang bioteknologi / sains & teknologi sedang membangun. Aku cadangkan pilih kejuruteraaan, makcik aku kata anak dia tak mahu. Aku cadangkan program-program under Sains Gunaan. Tapi setiap cadangan aku pasti disambut dengan hujah pihak ketiga. Bagi aku, agak susah nak buat pilihan kalau setiap cadangan / pendapat disusuli dengan alasan pihak ketiga. OKAY. Aku tak boleh emosional. Semua orang berhak beri pendapat. Tapi aku tak boleh terima kalau perkara berkaitan agama yang harus dijadikan alasan. Kalau semua orang Islam nak bagi alasan untuk tidak cuba bidang-bidang yang mungkin akan melibatkan agama, macam mana orang Islam nak berdiri sama tinggi dengan bangsa yang dah maju? 

Maaf kalau aku agak emosi. Tapi aku cuma nak nyatakan, ramai kawan aku background Sains, bekerja di kilang-kilang mampu menempuhnya. Aku suka tengok Top Chef, ada seorang juri tu pernah cakap "sebagai chef yang hebat, dia mesti kuasai suasana dia memasak bukan suasana yang menguasai dia". 

Belum sempat kami habis berdiskusi, majlis tahlil dah nak mula. Jadi diskusi ditangguhkan. Sebelum mula tahlil, adik saudara kata pada aku, "semua pilihan saya (merujuk pada adik saudara aku) bukan saya yang pilih". 


Pesan aku pada adik saudara aku,

Tetapkan hati pada apa yang kita nak. Jangan biar orang lain pengaruhi pemikiran. Orang lain boleh bagi pendapat terhadap pilihan kita tapi orang lain tak boleh halang kita daripada pilih pilihan kita.


********************************************

Teringat aku masa aku nak isi borang UPU untuk sambung degree dulu. Arwah ayah nak sangat aku sambung Chemical Engineering. Sebab arwah ayah nak aku menjadi seorang Jurutera seperti abang-abang aku. Tapi aku sekera-keras cuba menentang arwah ayah. Sampaikan kakak ipar aku pun cuba pujuk arwah ayah untuk biarkan aku tetap dengan pilihan aku. Tapi akhirnya, aku kalah dengan kasih sayang aku pada arwah ayah. Aku isikan pilihan pertama dan kedua aku dengan program fakulti Kejuruteraan Kimia. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia tetapkan aku dalam Kimia (Analisis Forensik). Sejak itu aku bertekad untuk graduate dengan ANC sama seperti diploma. Tapi sekali lagi kuasa Allah mengatasi segalanya. Aku hanya mampu graduate dengan ijazah kelas pertama tanpa sempat arwah ayah meraikannya. Teringat aku masa kakak aku graduate dengan kelas pertama dalam program Sains Aktuari. Arwah ayah begitu bangga. Aku memang berharap arwah ayah sempat melihat aku berjaya. Tapi Allah lebih menyayanginya. Arwah ayah pergi saat aku bergelut dengan peperiksaan akhir semester 3. Dan semester itu juga penyebab kenapa aku gagal mendapat ANC. Segalanya telah Allah aturkan.


Kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah itu lebih hebat. Teruskan berdoa dan berusahah :)


4 comments:

yugi said...

salam..missjue..saya nak tanya sikit ye, peluang kerja untuk kimia analisis forensik banyak x? sbb saya berminat la nak ambil course ni.. ^^

yugi said...

salam..missjue..saya nak tanya sikit ye, senang tak nak dapat kerja untuk kimia analisis forensik? sbb saya berminat la nak ambil course ni.. ^^

Unknown said...

baru jumpa website ni feb 2013.
kalo prempuan krja bidang kimia ni apa risiko dia? tak bahaya ke?

idzy said...

salam,saya student kimia industri dekat arau dah nak masuk part 5 dah. boleh bagi pendapat tentang peluang nak pergi ke bidang chemical engineering sebab saya lebih berminat fizik berbanding kimia.