Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, July 24, 2009

cuti mengejut

akhirnya notis telah dikeluarkan...[walaupun saya belum membaca dan sekadar mendengar maklumat dari teman]
dan saya "diminta" untuk pulang "bercuti" di rumah walaupun sebenarnya saya tidak mahu bercuti... saya punya banyak urusan yang perlu diurusankan...

sebab apa saya tidak mahu bercuti??? sedangkan semua orang [terutama pelajar2 yang berada jauh dari keluarga dan juga para pekerja] berasa amat gembira jika diberi "cuti percuma".

antara sebab2 saya tidak mahu bercuti :
  1. saya baru bersemangat untuk mengemaskini segala nota yang macam cakar ayam dan meng"update"kan nota2 dengan maklumat yang tidak sempat disalin semasa lecture kerana terlalu asyik "mendengar".
  2. saya punya tugasan untuk diserahkan kepada supervisor saya pada selasa minggu hadapan. sekiranya saya bercuti, makanya jadual tugasan saya perlu dirombak semula.
  3. saya ada janji temu pada malam ini tetapi disebabkan tersebarnya wabak yang amat saya tidak suka di bumi UiTM ini membuatkan saya rasa lebih seronok untuk berada di dalam bilik sepanjang masa [oleh kerana itu, saya tidak menjamah nasi lagi untuk hari ini... sgt lapar. p/s: jgn report sama bonda saya yer....]. tapi saya sudah berjanji sama insan tu dan janji harus dikotakan. [nanti ada yang kata saya ada ciri2 munafik lak... nauzubillah...]
  4. saya punya aktiviti pada hujung bulan ini... sekiranya saya pulang ke rumah, makanya saya amat malas untuk menyertai aktiviti yang teramat sgt saya mahu sertai [ayat per ni???]
  5. dan alasan2 yang sekutu dengan nya...
p/s: sehingga jam 1830 tadi, menurut sumber yang berada di seksyen2 shah alam [credit to my cousin nana] bus T529 menjadi pilihan pelajar2 untuk menuju ke bus stesen... menurutnya bus amat sesak seperti SARDIN...

tapi sebenarnya walau apa jua alasan yang saya berikan, sebab UTAMA aku tidak mahu cuti adalah kerana :

"saya akan amat bermalas2an di rumah tanpa menghiraukan buku2, assignment2 dan journal2 yang tak jemu memanggil... kerana di rumah saya akan amat terleka dengan seaneka hiburan yang ada [astro, 24hours non-stop internet, movies, dan paling penting kereta kerana aku amat suka menziarahi shopping complex...]"

perkara penting yang tersirat dalam entry kali ini : anda fikir la sendiri... malas nk gtau... semua orang tau tentang perkara ini... cmne nk basmi benda ni ek???




wassalam...

No comments: