Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, October 18, 2009

luahan perasaan... ^_~

"...Sampai bila agaknya kita harus begini? Kadangkala aku jadi takut dengan harapan demi harapan yang kau berikan. Aku takut terus diburu angan-angan palsu. Aku mahu hentikan semua ini. Oleh sebab itu, aku perlukan kepastian dan penjelasan darimu. Tapi... bagaimana harus aku katakan semua ini? Aku tidak punya kekuatan. 

Ya Allah! Jika benar dia tercipta untukku, hilangkanlah kegelisahan hati ini. Berikanlah ketenangan dan petunjuk-Mu itu padaku. Kau tahu bahawa hati ini hanya mengharapkan redha-Mu. Jika benar dia yang kucintai, biarlah cintanya itu membawa aku kepada cinta-Mu, ya Rahim. Jika benar dialah yang kucari selama ini, Kau satukanlah hati-hati kami supaya menjunjung amanat dakwah-Mu. 

Walaupun mataku tidak pada Carl Duke Adam, hatiku masih memandangnya. Sesuatu yang aneh kurasai saat ini. Ya, perasaan kasih sayang aku padanya bertambah kuat!..."



*****************************



antara bait2 puitis dalam novel "Relevankah Aku di Hatimu?"...
Carl Duke Adam --->> bukan sesape bagi diri penulis tapi dia adalah antara watak dalam novel tu. jangan salah sangka okey???

** apa yang tertulis hanya sekadar suka2 tapi kalau rasa ada kaitan dengan diri sesiapa terutama tuan tanah, semuanya hanya kebetulan... hanya Dia Maha Mengetahui...


** have something to share with all of u.. i'll update later... very2 important!!!


salam ukhwah...
salam mahabbah...


wassalam...


No comments: