tadi aku kemas2 rumah.... waaaaa... budget cam rajin je. setakat sebulan sekali je pun aku kemas rumah. tu pun kena buat 2x. kalau kemas dari dapur sampai ke depan hari yang sama mau aku pengsan terus lepas tu. tadi aku kemas bilik abang aku. buang mana yang tak patut ada. maklum la, orang rumah ni banyak dah berhijrah dok rumah sendiri nun jauh kat kota batu kaca jadi surat2 cinta zaman belajar bertimbun dengan seaneka benda yang aku rasa tak penting aku humban masuk plastik sampah warna hijau. tengah2 kemas terjumpa la lebihan kain yang mak aku beli untuk buat baju gaun cucu2 perempuan dia yang comey2 tu. jadi aku pun terfikir nak jahit beg sendiri... hahahaha... mari gelak ramai2.. aku memang tak pernah menjahit, dulu masa F3 kena buat kerja kursus KHB untuk PMR pun aku hantar tailor untuk jahit sarung box aku. aku ni nama je KHB dulu amik Ekonomi Rumahtangga [ERT] tapi habuk pun aku tak reti. opsss... bukan tak reti tapi tak expert je.. aku boleh je jahit tapi guna tangan la, itu pun tak kemas. tapi tak kan la ko nak suruh aku jahit beg guna tangan??? mahu sebulan pun tak siap, dengan senget benget apa bagai la boleh jadi... tadi gak aku lap2 mesin jahit mak aku tu. harap2 masih boleh berfungsi. maklum laaa... dah lama bebenar tak guna mesin tu. color pun dari putih dah tukar jadi color kuning [sila bayangkannnn....]
ni la rupa kain yang aku jumpa tu. aku tak tau la kain ni sesuai ke tak tapi aku peduli apa. aku nak try gak. kalau agak2 tak jadi, aku sorok dalam peti ajaib aku. kalau jadi, boleh aku buat lagi. tapi aku rasa macam kena cari span sebab kain ni nipis dan lembik lembut.
p/s : sumber2 gambar adalah dari pakcik google.
ni tutorial yang aku cari dari internet. harap2 dapat membantu aku =) tapi aku tak ada la nak buat kedut2 tu cuma yang basic je. lagipun aku nak tengok macam mana nak jahit zip... tak reti loorrrr... aku nak buat beg kecik je untuk aku sumbat makanan kulit aku dan beg itu haruslah muat untuk sumbat dalam handbag aku tak kira beg saiz kecil sebesar diaper bag baby =p
salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...
lots of L♥VE
No comments:
Post a Comment