masa aku tengah sibuk2 kat dapur uli2 dough pizza, tiba2 dengar bunyi "pin... pin... pin" [hon motor yee... sila bayangkan]. aku yang tengah serabut dengan tepung apa bagai kelamkabut basuh tangan. aku intai ikut sliding door, tengok ada abang posmen luar pagar rumah. aku tinggal seorang dirisebab bonda pergi sekolah [mengajar ye, bukan belajar] jadi WAJIB berhati2. pastu abang posmen hon lagi [aku panggil abang sebab dia nampak muda]. kali ni kuat gila. kelamkabut lagi aku pergi cari tudung apa bagai. maklum la dressing code dalam rumah tak sesuai untuk luar rumah. SEKIAN pasal dressing code. rasa dah molek, aku pun buka pintu. abang posmen hon lagi, nak je aku jerit bagitau kat dia aku nak keluar dah la niiiii... tak sempat aku nak sampai kat pagar tu, dia dah tanya,
" R*** Zu****** ada?"
"ye, ada"
"siapa R*** Zu******?"
"saya laaa..."
blaaa... blaaa... blaaaa
"tandatangan kat sini ye.." <<<--- dia tunjuk ruang untuk aku sign
>>> tamat cerita abang posmen <<<
mula2 tu aku ingat surat berdaftar untuk bonda atau abang2 atau kakak aku. sebab aku TAK PERNAH dapat surat berdaftar segala bagai. bila posmen tu kata bungkusan tu untuk aku, aku pelik gak. siapa la yang bermurah hati nak bagi hadiah kat aku ni. aku ingatkan kakak aku yang bagi sebab masa posmen tu isi2 maklumat tu, aku intai2 bungkusan tu nampak nama pengirim mula huruf "R" gak.. jadi aku assume kakak aku bagi. tapi bila fikir balik, buang tebiat ke kakak aku baru balik Ipoh last week tiba2 nak pos benda kat aku. lagipun aku dah nak balik shah alam ahad ni.
bila aku ambil bungkusan tu dari posmen tu, bukan kakak aku. tapi aku tak tahu siapa. tengok address dari Tapah. YEAYYYYY!!! aku tahu siapa bagi. kawan aku pos barang yang aku kirim kat dia dari Indonesia. kawan aku tu belajar kat sana. kawan lama tau... rindu la kt ko mila!!!
nak tau apa aku kirim kat kawan aku tu?
jom kita tengok. aku tau benda nikat malaysia pun ada tapi saja aku nak kirim dari sana. murah sikit. =p
bukti bungkusan ini ditujukan khas buat aku
ni rupa bungkusannya
excited weiii
first time tau terima bungkusan. selalunya sampul yang ada setem 30sen je
aiiikkkk??
ada bungkusan lagi??
suspen betul aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
apa isi dia?
jom tengok?
.
.
.
.
.
.
.
ada sulam2 purple gitu. memang cantik laaa
tau2 je kawan aku ni yang aku suka warna purple zaman sekolah dulu
tadaaaaaaa
ini la bendanya.
serious! memang cantik.
boleh aku pakai masa terawih dan solat sunat raya nanti
insyaAllah
sulam belakang dia.
kain ni macam sutera tapi aku tak sure.
memang puas hati.
salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...
lots of L♥VE
3 comments:
fuyo...lepas nie mesti lagi bnyak you solat an.gud job..hehe
amal ibadah tu bukan sebab ada benda baru tapi ibadah tu memang dituntut. ada telekung baru atau tidak, benda tu memang WAJIB.
btul2..telekung br o lama~solat tu ibadah yg wajib...nk pizza ckit..hehe..
Post a Comment