Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, July 4, 2010

Suplemen

Merujuk kepada garis panduan Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) I0I, suplemen dietari (suplemen) merangkumi vitamin, asid amino, mineral, enzim penghadaman dan herba atau botanikal. Ia boleh dibahagikan kepada :
  • Vitamin dan mineral : Vitamin merupakan bahan organik yang diperlukan oleh tubuh untuk melindungi kesihatan dengan cara membantu mencegah penyakit dan pertumbuhan sistem badan secara semula jadi. Mineral pula adalah bahan tidak organik yang diperlukan oleh sistem badan untuk mengekalkan kenormalan fungsi tubuh dan memelihara kesihatan.
  • Asid amino :unit-unit asas yang membentuk protein. Terdapat lebih 20 jenis asid amino yang membentuk rantaian polipeptida. Protein berperanan penting dalam fungsi sistem imun dan menolong mengawal kuantiti air dalam sel bagi mengimbangi asid alkali dengan cara bertindak sebagai penampan yang digunakan sebagai sumber tenaga.
  • Fitokimia :  hanya terdapat pada tanaman. Ia bertindak sebagai antioksidan dan menolong proses detoksifikasi tubuh.
  • Enzim penghadaman : berfungsi di dalam trek alimentari bagi proses penghadaman. 
  • Suplemen pengurusan berat badan
  • Asid lemak penting : merupakan asid lemak poli tidak tepu (unsaturated fatty acid) yang diperlukan oleh badan dan hanya boleh didapati daripada sumber makanan. Ia berfungsi dalam pembentukan sel membran, memperbaiki sistem saraf dan otak selain daripada membantu pengeluaran bahan.
  • Karbohidrat : terdiri daripada polimer semula jadi yang merupakan sumber tenaga utama.

sumber rujukan : Majalah iSIHAT [Info Kesihatan] Bil : 32 edisi Julai 2010.

p/s : sebenarnya banyak lagi nak share dengan readers tapi takut lak ada yang bosan membaca tapi apa2 pun, sebelum nak amik apa2 suplemen, elok rujuk pada Dr or pharmacists. =)

untuk lebih lanjut, sila rujuk sini



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

No comments: