Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, July 3, 2010

iSIHAT [Info Kesihatan]

sebenarnya aku ni bukan la ulat buku sangat tapi zaman budak2 dulu, kalau tulis biodata [hahaha... sila gelak ramai2] bila kena tulis hobi mesti tulis "membaca".. aku pun tak tahu kenapa. bila cikgu tanya, mesti jawab "membaca" gak... sedangkan aku membaca bila nak exam je. dari zaman pakai baju kurung kain warna biru gelap, baju kurung kain biru muda sampai la ke zaman suka-hati-la-nak-attend-kelas-ke-tak, aku memang membaca bila exam je. tak pun, tiba2 lecturer kata, "esok ada quiz ye..." baru menggelabah tak tentu pasal.

tapi aku rasa aku dah jumpa something yang mesti aku baca tiap2 bulan. kalau tak baca, aku rasa macam rugi je. dan mungkin lepas ni, boleh la kot aku mengaku hobi aku "membaca" ^_~

majalah iSIHAT terbitan Utusan Karya.
sebenarnya aku tak berniat pun nak baca majalah ni,
tapi dah habit aku sejak sekolah rendah mesti kena baca buku sebelum tidur.
[konon2 je, sebenarnya bila buka baca buku automatik aku terus rasa nak tidur sangat2]
malam tu, aku dah tak tahu nak belek buku apa sebelum tidur, so aku pun amik la majalah yang bonda baru beli ni. sekali baca Fokus untuk edisi tu, terminat la pulakkk..


"Rakyat Malaysia Obses Suplemen"
Serius, aku tertarik untuk baca. bila baca kulit-ke-kulit, aku terus jatuh cinta.
I'm Loving It.
mungkin lepas ni rak buku aku akan penuh dengan majalah ni pulokkk..
maaf ye Dara.com, aku menduakan kamu...



katahati :: 
agak2 aku dah bosan dengan majalah ni, boleh la kot aku jual kat sape2 yang nak.
banyak info berguna...


** jom tanam minat MEMBACA [teringat... membaca jambatan ilmu =)]




salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


lots of L♥VE

No comments: