Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, August 20, 2010

Menu berbuka puasa

aku dah macam jemu makan nasi masa berbuka.
cadangnya nak try menu lain untuk hari ini. tapi kebetulan aku tinggal berdua dengan kawan aku kat kolej ni. jadi nafsu untuk berjalan2 di bazar yang sekangkang kera di kampus ni makin menipis tambahan pula kawan aku tu dah selamat pergi berjalan mengurut kaki sambil mengukur setiap inci shopping complex yang tak berapa nak ada dekat shah alam ni. huh!! gila punya panjang ayat sampai aku pun pening bila baca balik.

opss... lupa nak bagitau semalam Hafiz AF-tak-tahu-AF-berapa dengan Aril pun-tak-tau-AF-berapa dan Tini sera Anne penyampai Hot.fm tu datang jalan2 dekat bazar yang sekangkang kera itu. entah tengah buat rakaman untuk apa pun aku tak tau.
okey. stop cerita pasal bazar sekangkang kera dan artis2 itu.

petang ni terasa nak makan KFC. boleh tak? tapi semalam macam dah set minda ni nak makan yong tau fu. aduh.. nafsu.. nafsu... tapi kan semalam gila kempunan nak makan bihun sup tapi jumpa at last makan nasi tomato yang mahal tapi sedap tu. ayat pening2 lagi.

apa pendapat korang ye? nak makan apa ni... dah jemu mengadap murtabak lagi2 aku terkesan bila baca surat pembaca dalam akhbar Utusan beberapa hari yang lepas. tajuk dia "Sedapnya murtabak bazar ramadhan". nak baca? cari la sendiri. sebab hari tu aku baca hardcopy punya newspaper bukan softcpoy.. hahahaa...




salam mahabbah 
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

No comments: