Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, October 24, 2010

eh 42 ke? bukan 40 ke?

tengahari tadi aku pergi jalan2 dekat ibu. maklum la tinggal berdua kat rumah agak membosankan bila mengadap TV je then aku tengok ibu, ibu tengok aku. 

operasi bermula sebelum pukul12... keluar rumah lepas tu singgah rumah pakcik aku yang hanya sekangkang kera. bersembang berbual dan kemudian makcik aku kata, "jue, you put on weight". OKEY. thanx makcik ema kerana mengingatkan saya yang saya cukup makan bila bersama ibu. kemudian bergerak ke Greentown Mall. misi utama nak cari kain buat baju. APAKAH?? raya adilfitri dah lepas, dan semestinya bukan untuk raya aidiladga. raya korban untuk orang pergi buat haji dan buat korban lembu/kerbau/kambing/unta sahaja kah?? bila aku nak pergi buat haji ni? lepas kawin laaa... okey, lari tajuk.

tapi sebelum pergi cari kain, ibu kata nak beli flask air sebab ibu tanpa sengaja telah menyebabkan flask yang telah berkhidmat kepada kami sekeluarga pecahberderai bahagian dalamnya. bagaimana ia terjadi? aku pun tak pasti. tak perlu untuk cerita detail .tak penting. 

lepas dah penat pilih flask yang amat banyak berkenan di hati dan terlalu banyak kebaikan serta keburukan yang perlu diambil kira, akhirnya berjaya juga membeli sebuah flask berwarna silver kapasiti 1L berharga +/- RM40. aku suka warna hitam sebab nampak macam flask kat hotel 5star tapi ibu kata silver cantik. OKEY. jadi anak solehah, dengar cakap ibu. lagi pun nak letak dekat rumah ibu, kalau rumah aku boleh la aku nak demand lebih2. 

lepas beli flask, beli kain pula. tak payah cerita apa jadi kat kedai kain tu. salesgirl tak peramah. aku tau kat mana jual kain kosong tapi aku nak minta pendapat dia mana yang sesuai untuk kain aku tu. geram... geram...

dah beli kain, aku nak beli jubah pula. motif beli jubah??? nanti lain entry aku cerita. di sini bermula lah cerita eh 42 ke? bukan 40 ke? FUH! lama betul nak masuk isi penting. sebelum ni introduction je. memang la aku suka membebel.. ngee~ aku belek2 jubah yang ada dalam kedai tu.


kak, saya nak jubah ni tapi saiz 40

ok, jap ye dik. akak cari.
(dia minta assistant dia kot pergi cari saiz)

sementara tu,

ju, try dulu saiz 40 yang ni
(ibu cakap sambil hulur jubah kat aku)

aku pun pergi la masuk fitting room.<<--- perlu ke cerita detail macam ni?

ju, nanti tunjuk kat ibu bila dah try

okey...

beberapa minit kemudian....

 

ibu, okey tak?

eh, macam ketat la. cuba try saiz 42 ni pula




okey...

selepas beberapa minit,

okey tak, ibu?
haaaa... ni nampak okey sikit. tak la ketat macam tadi.

 okey. kak, saya amik saiz 42 dengan 44 ye corak sama.
(42 untuk aku, 44 untuk ibu)



hahahahaha... sekali aku punya isi penting seciput je. nasib baik bukan buat karangan exam. kalau tak memang fail la aku.



aku dok fikir sekarang ni. dulu aku pakai jubah saiz 40. adik aku punya jubah saiz 38 pun aku boleh pakai. tapi kenapa sekarang aku kena pakai jubah saiz 42?? ohhhh... apakah ini petanda aku semakin sihat dan comey?????





salam mahabbah
salam ukhwah 
wassalam...



lots of L♥VE

2 comments:

qudwah hasanah said...

tu maksud nyer ati senang... hehehe...

Unknown said...

anith : tu la pasal... terlebih senang hati. apa pendapat yang pakar?