Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, December 17, 2010

Cuti-cuti Labuan Episod 1

Akhirnya berjaya juga aku bercuti setelah plan asal cuti sekolah terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Dan paling BEST sekali bercuti naik flight lagi. YEAYYYY!! HAHAHA. macam orang tak pernah naik flight je aku ni. Dan first time aku naik Air Asia. Overall aku boleh kata OKEY tapi aku lagi suka naik MAS sebab makan tak-payah-pilih-and-end-up-tak-dapat-makanan-yang-kita-nak. BETUL TAK? naik Air Asia, macam2 menu ada tapi kalau dapat seat belakang-belakang memang tinggal makanan yang tak berapa nak best je. Okey la. Tak baik merungut. BERSYUKUR. Alhamdulillah. 

Flight ke Labuan cuma sehari sekali yakni jam 730 pagi. Dah la sehari sebelum tu aku rasa penat sangat-sangat sebab dari tengahari sampai ke malam tak ada dekat rumah. Balik rumah kakak aku pukul 9 malam baru nak pack barang, iron baju apa patut. At last aku dengan adik aku decide tak nak tidur sampai pukul430 pagi. Pukul5 pagi abang aku dah nak hantar pergi LCCT. Memang aku tak tidur dan sangat letih! Naik je flight, elok je berlepas terus aku tidur. Rasa macam sekejap aku tidur rupa-rupanya dah sejam. Itu pun aku terjaga sebab budak belakang seat aku dok main tendang-tendang. ADUH! angin betul la aku.

Sampai Labuan pukul10 kalau tak salah aku. Terus ambil cab pergi hotel. Stay dekat Mariner Hotel, dekat je dengan jeti nak pergi Brunei dan juga Financial Park. Lepas dah check in terus pergi Finacial Park. Tau tak pe tu Financial Park tu? Financial Park tu adalah tempat membeli belah. Memang sesuai la dengan nama dia kan? Tak ada beli apa sangat pun. Dari sana ambil cab pergi pusing-pusing Labuan.

Okey la. Dah tak ada idea. Tengok gambar je la ek?




Koleksi gambar di Labuan dan Brunei

Ruang menunggu di LCCT. Rafiq yang kecik tu tidur all the way dari rumah ke LCCT. Sampai LCCT terus bangun and sangat excited nak naik "pakai teyebang" =)

Muzium Marin. Ikan yang macam belut tapi corak macam harimau kumbang tu sangat menggelikan pada pandangan aku.


Tak ingat apa nama tempat ni. Memorial Park rasanya. Untuk memperingati askar yang terkorban masa perang apa ek? HAHAHA. aku memang la buta sejarah.

Botanical Garden. Tangkap gambar kat bahagian depan je. Sangat tak cukup masa.

Muzium Chimney. Tapi tak dapat masuk muzium sebab dah tutup. Bergambar dekat menara tu je la. Aku tak baca pun lagi apa sejarah Chimney. SERIUS teruk aku ni.

Ni dekat Surrender Point. Ada laut depan tu. Dapat la tengok sunset.
Cantik tak gambar sunset aku snap guna kamera cap ayam tu?

Makan seafood. YUMMMY! Oh ya. Dekat sini banyak kedai makan tapi takut nak masuk sebab kedai cina pun ada malay masuk. Dan kedai jual arak berderet sepanjang jalan! Lagi satu, coklat murah. SUKANYA!!!



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE

1 comment:

tiefazatie said...

omg!!serius..i miss labuan!!