entah kenapa tiba-tiba rasa nak post pasal benda ni. Aku tahu aku pun tak ada la bagus sangat tapi kadang-kadang aku tak boleh terima bila orang tak guna kata ganti nama yang betul. Okey, aku bukan nak buka kelas tambahan waktu cuti untuk Bahasa Malaysia kat sini tapi just nak berkongsi pendapat dengan pembaca semua. Dah habis baca nanti, kalau tak puas hati or kalau nak tambah apa-apa boleh la tinggalkan komen. Nak juga tahu pendapat korang.
Berbalik pada kata ganti nama diri yang aku sebut tadi. Bagi aku la kalau la kita nak panggil seorang mesti la kena dengan panggilan yang dan sesuai dengan orang tu. Betul tak? Kalau la kita sendiri, mesti nak orang panggil kita dengan panggilan yang baik-baik kan? Macam contoh bagi yang perempuan, korang tak kahwin lagi tapi bila pergi kedai ada salesgirl tanya, "ya PUAN, boleh saya bantu?". Mesti korang macam, "haa??? puan?? aku tak kahwin lagi la.." Okey. Itu kira okey la kalau dia panggil puan, buatnya dia panggil MAKCIK langsung mesti korang angkat kaki kan? Setakat ni aku tak pernah la lagi orang panggil aku MAKCIK, tapi PUAN atau AKAK (untuk kedai-kedai biasa tu) aku dah selalu sangat. Maklum la, selalu berjalan pimpin tangan budak kecik jadi orang assume aku dah kahwin. Tak kisah la.
TAPI kalau la korang dekat tempat awam contoh macam dekat railway station ke, bus station ke, bank or apa-apa je tempat tumpuan awam, kemudian korang macam lost dan nak tanya jalan ke apa, sesuai ke kalau korang panggil orang-orang yang ada kat situ "yoep/yong" (ni kes untuk orang Perak sebab aku duduk Perak) atau makcik/pakcik kalau korang nampak orang tu pakai punya smart?? Sesuai ke??
Bagi aku la, kalau kat tempat awam untuk lebih selamat aku akan guna kata ganti nama "encik/cik" sebab nampak lagi sopan dan lebih selamat kot. Tapi kalau la orang tu confirm-comfirm tua boleh la panggil makcik/pakcik. Dan lagi satu kalau kat pejabat kerajaan, elakkan la panggil makcik. Sebab nampak macam tak manis la (bagi aku la).
Tapi kalau korang tak tahu nak panggil apa, tak payah panggil apa-apa. Bukan la maksud aku panggil "hoi" ke, "wei" ke. Tapi just cakap macam "terima kasih ye" or " maaf, boleh saya tumpang tanya". Dan selainnya.
Ish, sebenarnya banyak benda lagi tapi entah tiba-tiba macam hilang pula idea tu. Mana entah perginya. Okey la. Setakat ni je kot. Share la pendapat korang. Aku menulis berdasarkan pandangan aku.
salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...
lots of L♥VE
No comments:
Post a Comment