Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, December 2, 2010

Segmen : Aku blogger ! So What ???

segmen baru daripada Ben Ashaari

Alang2 aku pun bosan-nak-update-blog-tak-ada-idea, aku pun join la segmen ni.


Something about myself.

Nama diberi Raja Zubaidah. Panggilan mesra di dunia blogging "missjue". Sebab apa "missjue"?? jue adalah nama glamour aku di kalangan keluarga, sanak saudara dan rakan2. Dan aku tambahkan "miss" di depan sebab aku masih berstatus SINGLE yakni belum berkahwin. Anak ke-4 daripada 5orang, punya 4orang kanak-kanak ribena. Baru tamat pengajian ijazah sarjana muda Chemistry (Forensic Analysis) di UiTM Shah Alam. Sekarang masih mencari kerja dan mencari peluang belajar di peringkat Master. InsyaAllah. Dilahirkan pada hampir penghujung tahun di negeri Hang Tuah. Sekarang menetap di Ipoh, Perak. 


Questionnaire 

  • Apa pendapat anda mengenai dunia blog?
Dunia blog penuh dengan pelbagai ragam, sama macam dengan realiti kehidupan sebenar. Bahkan dalam sesetengah keadaan mungkin lebih teruk daripada dunia kehidupan sebenar. Dunia blog juga ada kebaikan dan keburukan. Kalau baik niat kita, balasan pada kita juga akan baik. Kalau niat tak baik, maka tak baik la yang kita dapat. Cuma dunia blog ni, ibarat dunia tanpa sempadan. Kita boleh merasai suasana sesuatu tempat atau keadaan atau individu persendirian tanpa perlu berada di tempat tersebut. Cukup sekadar kita berada di hadapan skrin laptop dan menghayati satu persatu pengalaman atau keadaan yang cuba disampaikan dalam bentuk ayat. Dan dunia blog juga kita tidak boleh memaksa orang lain untuk menerima suara hati kita sebulat-bulatnya. Pendek kata, lain padang lain belalang, lain orang lain blognya =)

  • Sepanjang anda menjadi blogger, apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami?
Setiap perkara yang berlaku dalam dunia ni pasti ada baik dan buruknya. Perkara positif sepanjang berblogging bila dapat bertemu rakan2 dari seluruh pelusuk Malaysia hatta bertemu secara maya rakyat Malaysia yang berada di luar Malaysia. SERIOUSLY aku sangat suka membaca kisah hidup orang. Bukan kerana aku nak jadi busy body tetapi bagi aku PENGALAMAN lah cikgu terbaik untuk mendewasakan kita. Dalam banyak2 hal yang boleh berlaku dalam hidup, tak mungkin kita akan diberi kesempatan untuk merasai semua tu tetapi dengan blogging kita boleh merasai apa yang kita tak dapat rasai. It is as simple as you read it and try to imagine it so that you can feel it. Oh, dunia blog juga memberi aku semangat berkobar-kobar untuk mencuba pelbagai resepi baru, memberi aku angan-angan untuk terbang merentas benua

Perkara negatif setakat ni aku rasa tak ada lagi aku alaminya. Cuma bila baca blog blogger lain, bila ada ANON2 yang meninggalkan komen2 yang pedih, aku pun terasa juga. TAKUT juga kalau aku mengalaminya. Kita memang tak boleh nak minta semua orang terima pendapat kita, dan kita juga tak mampu nak buat semua orang gembira TAPI kita juga tak sampai hati nak kecewakan sesiapa. Cuma kita menulis kerana KITA adalah KITA. 

  • Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?
Pertama kali aku menulis blog, secara jujur aku akui aku tak tahu pun dengan blogging kita boleh glamour. Aku berblog kerana aku suka menulis cuma aku agak kemalasan untuk mencoret di atas kertas. Dan kerana dunia semakin canggih, maka aku menulis blog sebagai jalan penyelesaian. Dan apa yang aku tulis adalah untuk KENANGAN aku sendiri serta untuk dikongsi dengan pembaca yang sudi membaca. Aku bukan penulis terbaik yang mampu mencoret kata-kata puitis, tapi aku menulis dari hati yang tulus murni. 

  • Banggakah anda menjadi seorang blogger ?
Aku berbangga kalau pembaca mendapat manfaat daripada apa yang aku tulis. Tapi aku tahu, apa yang aku tulis kurang memberi manfaaat kerana segala apa yang aku tulis adalah pengalaman peribadi aku. Cuma aku karangkan menjadi ayat walaupun sukar sebenarnya supaya dapat menjadi kenangan aku kelak. Dan kadang-kadang aku cuba mencari sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca blog aku. Harap-harap setiap kali pembaca meninggalkan blog aku, mereka aku terasa rindu untuk membaca lagi (HAHAHA. aku perasan kan?). 



FUH!!! panjang + skema betul ayat aku. agak2 cukup tak 100 patah perkataan?? nanti tak lepas syarat pula.


Enjoy reading guys!!



salam mahabbah 
salam ukhwah
wassalam... 



 lots of L♥VE

8 comments:

Kalamhati said...

salam kenal ye..
keep on blogging!..=)

Unknown said...

salam perkenalan :)
keep on bl0gging.

aima in luv said...

salam perkenalan dari aima....

Azah Rahaman said...

salam singgah, nice entry, jemput yaa ke blog buruk saya plak =p

Unknown said...

to all : thanx sbb singgah dan baca entry missjue.

Kay said...

salam

http://kehelan-contest.blogspot.com/2010/12/teka-dan-menang-by-missjue.html

Tok Esah said...

salam perkenalan yuer....

Lulu Caldina said...

semoga terus sukses dalam dunia blog..