Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Tuesday, November 30, 2010

Hari ini dan semalam

Semalam pergi ke MAHA 2010. 
nasib baik pergi masa hari bekerja. jadi kurang orang. lagi-lagi pergi waktu pagi. orang masih bermalasan di rumah. sampai di MAHA, hero kecil terus nak pergi tempat mainan yang ada belon tu.. tapi dihalang oleh mama dan papa. Jadi tersu ke tempat livestocks. oh~ ada lembu, kambing, biri-biri. hero kecil sangat teruja tengok kambing. aku pun teruja juga sebab kambing tu besar betul! 

dah bosan tengok kambing-lembu-kambing-lembu-biribiri, naik bas pula nak pergi ke Hall yang ada macam2 jualan dan pameran. first time naik bas rapid for FREE. ngeee~ pusing2 dalam hall yang pertama, tak ingat hall apa. A/B/C/D.. rasa segala macam makanan dan minuman yang diorang bagi sampai kenyang. hehehe. keluar hall tu pergi pula Agro Bazar dekat hall mana entah. dekat sini lagi best, lagi banyak makanan FREE dan minuman FREE. aku siap dapat minyak telon FREE sebab jalan pegang tangan si hero kecil. mesti orang ingat itu anak aku. apa2 je la. hero kecil lagi best, semua gerai dia nak rasa makanan FREE tapi sebab dia kecik, orang selalu terlepas pandang. oh, kat situ aku rasa tempe nugget. memang sedap. kakak si hero kecil pun suka hingga memaksa kakak aku beli satu pack yang berharga RM8.50. SEDAP!! pergi la cari sekarang tempe nugget. 

keluar je dari Agro Bazar, hujan mula turun rintik-rintik. memberi keuntungan lebih kepada yang menjual payung semalam. aku dukung si hero kecil sambil memegang payung yang besar. boleh bayangkan? elok je nak sampai bawah dekat tempat tunggu bas, hujan lebat teramat sangat. Terpaksa tumpang berteduh di booth Maxis. hujan selebat2nya. bila hujan dah reda terus naik bas pulang ke tempat parking. sebelum pulang, beli anak pokok selasih, buah-buahan. si hero kecil takut dengan nangka yang lebih kurang saiz badan dia. hihihi. balik rumah, letih terus tidur. ZzzZZzzZZzzzzz

hari ini. 
kakak si hero kecil nak tengok Rapunzel. dia memang suka princess. jadi makcik yang baik ini harus teman kakak si hero kecil. semalam kakak si hero kecil berkata-kata kepada makciknya,

"makteh, esok kita tengok Rapunzel dekat Alamanda ye? mak teh bayar tau.."

okey. kakak yang ajak makcik tapi makcik kena bayar. jadi makcik telah memaksa maksu untuk turut serta. tiket tak booking pun. gamble je pergi sana. hari kerja kan, mana ada orang tengok wayang. lagipun, ramai ke nak tengok Rapunzel macam kakak tu???

okey. nak pergi lunch. 

BYE.


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam...



 lots of L♥VE

No comments: