Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label kanak2 ribena. Show all posts
Showing posts with label kanak2 ribena. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Kisah Zaman Batu

Lokasi : Ruang Tamu Rumah Kakak aku
Pelakon : Adik (4 tahun), Kakak (8 tahun)
Pelakon Pembantu : Aku


Adik    : Kakak, mana abang kakak yang dulu tu?
Kakak : Kakak mana ada abang la dik...
Adik    : Alaaaa... abang kakak yang dulu tu
Kakak : Mana ada.... kakak tak ada abang la..
Adik    : Alaa... abang kakak masa zaman batu dulu.
Aku     : Gelak gila2... hahahaha... macam mana budak umur 4 tahun ni tahu pasal zaman batu???


kakak dan adik. Makteh sayang kakak & adik sangat2!






Tuesday, October 4, 2011

What is your third language?

Kalau belajar dekat universiti, bahasa ketiga wajib diambil. Antara bahasa ketiga yang kebanyakannya ditawarkan ialah : Korea, Jepun, Mandarin, Perancis, Arab, Thailand, German dll. Aku dulu zaman belajar, amik bahasa Arab je sebab fikir dah ada basic dan tak tahu la kenapa aku lagi suka belajar bahasa Arab. Tapi bahasa Arab zaman universiti sama je macam belajar Arab komunikasi. Kira macam tak la susah sangat. Lagipun aku lagi suka belajar karakter huruf jawi daripada bahasa lain.

Kemudian, kebelakangan ni dah kerap sangat iklan pasal demam korea yang melanda Malaysia sampaikan ada Korean Center dekat area Ampang sana kan? Boleh belajar bahasa korea, dan tarian korea FOC. Siapa pernah tnegok iklan yang promote benda tu and last sekali dia ada sebut "KAMSAHAMNIDA".

Disebabkan anak buah aku a.k.a si adik tu kerja dia tengok TV 24-7 sebab duduk kat rumah dengan bibik, maka dia memang dah hafal semua iklan yang ada. Dia suka sangat la sebut "KAMSAHAMNIDA".

Lepas tu, aku pun ajar la dia "SARANGHAEYO". Sekarang suka la dok sebut 2 perkataan tu. HEHEHEH. Aku nyanyi lagu 3 KATA, dia dok sibuk nak ikut sebut "WO AINI" la "AISHITERU" la. Lantak ko la adik. Asal tak sebut benda bukan-bukan.

Kanak-kanak ni senang belajar benda baru kan?




Sunday, October 2, 2011

Kanak-Kanak Zaman Teknologi

Beberapa minggu yang lepas.

kakak dan adik solat Maghrib. Kemudian makteh kata kena baca doa lepas solat. adik dan kakak kata tak tahu nak doa apa. makteh kata minta dekat Allah apa yang kakak dan adik nak. Maka berdoalah adik dan kakak pada Allah S.W.T. Lepas doa, makteh tanya apa yang adik dan kakak doa.
adik," adik minta dekat Allah nak robot"
kakak, "kakak minta nak cepat tumbuh gigi"
=)
sebelum tidur. adik nak main online game macam kakak. tapi sebab makteh lupa nak bawa tikus (please read "mouse") maka adik main je la permainan M.WORD.
EHEHEHE


kakak seronok dapat main online game. dress up apa entah. makteh layan TV lagi syiokkkk.



Seminggu yang lepas.

"papa, nanti belikan adik ipad ye," ADIK

"ipad tu apa adik," PAPA

"alaaa... yang main game macam ni macam ni," ADIK sambil buat gaya guna ipad

"ipad tu kena guna tikus (please read "mouse") gak kan," MAKTEH

"tak yah la. ipad tu buat macam ni macam ni je," ADIK sambil buat gaya guna ipad

blaaaa.... blaaa... blaaaaa...


Kata hati : Advance betul budak-budak zaman sekarang ni kan? Adik tu umur baru 3 tahun ++. Memang banyak cakap dan tak pelat konon-konon macam dia dah sekolah kebangsaan. Hakikatnya huruf dan nombor pun tak kenal lagi. Tapi dah lancar baca ABC dan 123. Tapi dah pandai minta ipad. Haaaaiiii la adik.





Saturday, April 2, 2011

Soalan cepu emas kanak-kanak


Kisah pertama : Aku dan budak umur 10 tahun.

kak jue, umur kak jue berapa? budak umur 10 tahun.

Kenapa? kak jue muda lagi. baru 14 tahun. Aku. Gila aku menipu budak tu. 14 tahun tu umur kakak sulung budak 10tahun.

Ye ke? tipu la. Berapa umur kak jue? budak umur 10 tahun.

24. Aku (bocor dah rahsia kemudaan aku. HAHAHAHA)

Haaaa??? kak jue dah tua la. Kenapa tak kahwin lagi? budak umur 10 tahun.

Aku terkedu dan just like "oh, jujurnya adik sedara aku ni" T________T



Love Images



Kisah kedua : Aku dan budak umur 10 tahun juga. 


kak jue, umur kak jue berapa? budak umur 10 tahun.

Kenapa? 24 tahun Aku. 

Memang kerja adik sedara aku ni tanya umur aku je. Tak ada soalan lain untuk aku.

Bila kak jue nak kawin? Maman dah nak kawin tau. budak umur 10 tahun.

note : maman merujuk kepada adik ipar pakcik aku.

Tak pe la. Maman lagi tua dari kak jue. Kak jue muda lagi. Aku 

Eh, ye ke 24 tu muda? budak umur 10 tahun.


Love Images




Kisah ketiga : Aku dan budak umur 4 tahun.

Budak umur 4 tahun sedang bermain dengan cousinnya berumur 2 bulan.

Dek yah, tu baby sape? Aku

Baby ayah jo la. Baby makteh mana? dek yah umur 4 tahun.

Baby makteh tak keluar lagi. Aku

Baby makteh dekat mana? dek yah umur 4 tahun.


aiyoyoyoyooooo... siapa nak jawab? aku kahwin pun tak lagi. macam mana nak ada baby. 


T_____________T


aku yang dah tua ke?

Tuesday, January 25, 2011

Selamat Ulangtahun kelahiran.

Pagi tadi masa update blog lupa lak yang hari ni birthday budak jari tembam.
Walaupun budak jari tembam tu tak baca blog aku ni (sebab dia tak reti membaca lagi), aku tetap nak wish,


HAPPY 3rd BIRTHDAY
to Wan Isyraf Rafiq


Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.
Semoga membesar menjadi antara golongan cerdik pandai.



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



 lots of L♥VE

Monday, January 10, 2011

Kalau patah, beli la lain

Perbualan macik dan budak-budak kecik berumur 4 dan 6 tahun.



"kakak, nantikan ada nurse datang sekolah nak check gigi," makcik

"ye ke? mana ada. nurse dekat hospital je," kakak umur 7 tahun

"ha'ah, doktor kat klinik yang cabut gigi kakak," adik umur 4 tahun

"ye, ada nurse datang sekolah. tunggu la bulan 6 nanti," makcik

"ye ke?" kakak

"ye la. makteh tahu la.makteh kan dah besar. adik pun sama. kalau malas gosok gigi nanti doktor cabut gigi adik," makcik

"adik gosok gigi la," adik


"tak pe la. kalau gigi patah beli la gigi lain," adik lagi

"????????????????????????????" makcik


adakah gigi palsu yang budak kecik umur 4 tahun maksudkan?? (gambar ihsan google)

salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



 lots of L♥VE

Tuesday, November 30, 2010

Hari ini dan semalam

Semalam pergi ke MAHA 2010. 
nasib baik pergi masa hari bekerja. jadi kurang orang. lagi-lagi pergi waktu pagi. orang masih bermalasan di rumah. sampai di MAHA, hero kecil terus nak pergi tempat mainan yang ada belon tu.. tapi dihalang oleh mama dan papa. Jadi tersu ke tempat livestocks. oh~ ada lembu, kambing, biri-biri. hero kecil sangat teruja tengok kambing. aku pun teruja juga sebab kambing tu besar betul! 

dah bosan tengok kambing-lembu-kambing-lembu-biribiri, naik bas pula nak pergi ke Hall yang ada macam2 jualan dan pameran. first time naik bas rapid for FREE. ngeee~ pusing2 dalam hall yang pertama, tak ingat hall apa. A/B/C/D.. rasa segala macam makanan dan minuman yang diorang bagi sampai kenyang. hehehe. keluar hall tu pergi pula Agro Bazar dekat hall mana entah. dekat sini lagi best, lagi banyak makanan FREE dan minuman FREE. aku siap dapat minyak telon FREE sebab jalan pegang tangan si hero kecil. mesti orang ingat itu anak aku. apa2 je la. hero kecil lagi best, semua gerai dia nak rasa makanan FREE tapi sebab dia kecik, orang selalu terlepas pandang. oh, kat situ aku rasa tempe nugget. memang sedap. kakak si hero kecil pun suka hingga memaksa kakak aku beli satu pack yang berharga RM8.50. SEDAP!! pergi la cari sekarang tempe nugget. 

keluar je dari Agro Bazar, hujan mula turun rintik-rintik. memberi keuntungan lebih kepada yang menjual payung semalam. aku dukung si hero kecil sambil memegang payung yang besar. boleh bayangkan? elok je nak sampai bawah dekat tempat tunggu bas, hujan lebat teramat sangat. Terpaksa tumpang berteduh di booth Maxis. hujan selebat2nya. bila hujan dah reda terus naik bas pulang ke tempat parking. sebelum pulang, beli anak pokok selasih, buah-buahan. si hero kecil takut dengan nangka yang lebih kurang saiz badan dia. hihihi. balik rumah, letih terus tidur. ZzzZZzzZZzzzzz

hari ini. 
kakak si hero kecil nak tengok Rapunzel. dia memang suka princess. jadi makcik yang baik ini harus teman kakak si hero kecil. semalam kakak si hero kecil berkata-kata kepada makciknya,

"makteh, esok kita tengok Rapunzel dekat Alamanda ye? mak teh bayar tau.."

okey. kakak yang ajak makcik tapi makcik kena bayar. jadi makcik telah memaksa maksu untuk turut serta. tiket tak booking pun. gamble je pergi sana. hari kerja kan, mana ada orang tengok wayang. lagipun, ramai ke nak tengok Rapunzel macam kakak tu???

okey. nak pergi lunch. 

BYE.


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam...



 lots of L♥VE

Tuesday, November 23, 2010

anak kota pulang ke desa

minggu lepas rumah penuh dengan adikberadik yang balik mengejut untuk ziarah nenek yang sakit di hospital. mohon doa semoga nenek saya cepat sembuh. amin~

kumpul ramai2 memang best. paling best bila dengar mak2 bising2 kat anak2 masing2. termasuk la mak aku yang bising kat aku dan adik aku. =p secara keseluruhannya minggu lepas ada 3 orang emak, 9orang anak, 4orang cucu dan 2orang ayah dalam rumah aku. opsss... lupa lak ada sepasang mom-and-dad-to-be.


bila dah ramai budak2 dalam rumah, memang la rumah aku dah serupa tongkang pecah. tak cukup main dekat family hall, main pulak kat living room. pastu bila makan, boleh sambung main dekat dapur. time nak tidur paling aku tak suka. semua nak menyemak dalam bilik aku. konon2 nak tidur dengan aku. last2 bangun pagi esok tinggal aku sorang2 je tidur atas toto tu. yang lain semua dah masuk bilik makpak masing2. haiiii.. anak2 ribena sungguh.


anak buah aku no 3. dek yah yang comey tapi suka nangis

operasi menyepahkan bilik aku. eh, aku ada bilik ke?

budak comey dan budak comot

konon2 nak tidur dengan aku. ni pun pura2 tidur. bila aku tutup lampu, dua2 duduk mengadap aku tidur. sabar je laaaa

hahahahahaaa...'mia sara' dah nak sekolah tahun depan. pendek je dia ni

si comot yang rajin tolong mama dia lipat baju.

and again budak nak masuk sekolah dengan style tudung terbaru. design by her mama.



salam mahabbah
salam ukhwah
 wassalam...



 lots of L♥VE

Saturday, November 6, 2010

mia sara adamaya

petang semalam smses dengan kakak aku.

tengah dok syok sms tu, dia mesej ni

kt fb ko tu bdak tu mcm mia sara je


ha?? terkedu aku... aku pun ingat2 balik la gambar apa profile picture FB aku.
aku pun balas la

iyo la tu... ank ko la tu.. sume org kte muka mcm mia sara.. glemer anis

alamak ai kene hantar tom2 bak ni.. gambo katne?

aku pun konpius dengan kakak aku ni. betul ke dia tak cam muka anak sendiri atau saja2 nak suruh aku puji yang anak dia tu muka macam mia sara???

nak suruh g audtn la sabrina jdi pngacara kanak2...


macam2 la kakak aku ni. layan kan je la. kekadang best juga mesej2 macam ni. tapi bila dapat cakap dengan budak budget hensem yang kecik tu lagi aku geram. umur baru 2thn++ tapi mulut bercakap macam orang dah nak masuk sekolah.

okey la, layan je la gambar "mia sara" ni...

"mia sara" kesayangan hati kakak aku. aku pun sayang dia juga sebab masa dia baby aku yang jaga dia. ahhhh... rindu zaman anak2 buah aku kecik2 tak pandai jalan lagi. boleh aku dukung diorang pastu cubit2 pipi tembam diorang tu!!
budak ni dah enam tahun. next year dah nak masuk darjah satu. alahaiiiii.... cepatnya masa berlalu..


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...




 lots of L♥VE

Monday, August 9, 2010

Ooo... klinik Je pun

lokasi kejadian : Tmn Putra Perdana, Puchong
tarikh kejadian : 8 Ogos 2010
masa kejadian : 10 malam


makteh, kenapa makteh pakai baju ni je?
[si kakak berusia 6thn bertanya pada makciknya yang hanya memakai kaftan dan bersweater
dan juga tudung gara2 tak larat nak berdressing lagi proper]


alaaaa... tak pe la. nak pergi klinik je pun


oooo... nak pergi klinik Jepun. kalau pergi klinik jepun boleh pakai kain ye?


haaaaaaa???????


katahati :: nurse sudah demam =(



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


lots of L♥VE

Sunday, July 25, 2010

kenapa ada BOOK?

pagi tadi lepas breakfast, aku teman anak sulung kakak aku tengok citer THE JUNGLE BOOK kat channel Disney 615 [Astro].

makteh, citer apa ni?

jungle book

anak buah aku macam tak puas ati

makteh, info jap

aku pun info laaaa

kakak baca la tajuk dia

The Jungle Book 2
ooooo....
tapi makteh, kenapa ada BOOK??

haaa???

tajuk dia tu, kenapa ada BOOK??

erkkkk~ [speechless...] tengok je la kakak..


katahati :: budak2 zaman sekarang memang mencabar...


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


lots of L♥VE

Monday, January 25, 2010

happy birthday!!!


i would like to wish a very HAPPY BIRTHDAY to my little hero...

dear my little hero,
wishing you a very HAPPY BIRTHDAY. may you happy always with your papa, mama and kakak.
i love you so much!!!


here is my little hero...
 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




ni gambar my little hero sakit perut... tgh syok2 main, dtg kt saya peluk saya cmtu and cakap, "mak teh, adik cakit peyut..." [sgt comey okey...]

ni lak masa main motor kt SACC mall... beria nak men tapi x tau nak handle cmne... jalan straight je, sume orang kena langgar..



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



Tuesday, August 4, 2009

alkisahnya

actually saya tak ada mood nk post pe2 dlm blog ni... tapi sian lak kt peminat setia saya menanti cerita saya [ada ker...???].. so saya juz nk cerita pe yang berlaku weekend lepas...
enjoy reading it... key???

date : 31julai2009
hari ni saya akan pergi ke Impian Country Resort, Ulu Langat untuk join Kem Apirasi PEERs... tunggu kt bus stop teratai since pukul5 petang tapi at last almost 6 o'clock baru la bas bergerak meninggalkan bumi UiTM... dan biasa la petang2 jalan teramat la busy... penuh dengan kenderaan orang balik kerja... bosan betul saya bila berhadapan dengan traffic jam.. nasib baik la bukan saya driver petang tu... hehehe... lebih kurang pukul7.30 kitorang pun sampai la ke destinasi... angkut2 barang, pastu kena jalan ke dalam sebab bas tak lepas nak masuk.. solat maghrib terus tunggu waktu isyak... after that what pe ek??? dah x ingat laaaa... yang pasti, midnite tu ada muhasabah diri dan lepas tu masuk hutan tanpa bekalan lampu suluh [handphone pun x leh bawa]... bergerak dalam hutan perpegang pada tali yang diikat pada potong dan bertemankan cahaya bulan... nasib baik gak malam tu tak hujan dan cuaca teramat la bagus... habis aktiviti tu lebih kurang pukul2 then terus tidur tapi saya x boleh tidur... GERAM tul sebab x leh tidur... sabar je la dengan manusia yang x hormat hak orang lain...

date : 1-2ogos2009
saya masih di ulu langat... banyak aktiviti outdoor... sampai rasa "pancit"... letih woooo... otot2 saya terkejut sebab dah lama x buat aktiviti mcm tu... sian kt saya... tapi saya ENJOY... dapat kenal kawan baru yang kebanyakan lagi muda dari saya... huhuhu... bertolak balik UiTM pukul4 lebih... sampai je UiTM terus message my dear bonda and sister... dan kebetulan my dear sister ada kt shah alam, dia ajak keluar makan... saya pun kelam kabut balik hantar barang and solat... nasib baik my dear sist nak datang, saya pun ambil keputusan hantar baju kotor yang saya guna masa camping dekat.. dia pun OK jer... love u dear sist!!! ringan beban saya... g makan kt sek3... after makan, terus dear sist hantar saya balik kolej...

and cerita sedih bermula... si kecil nak ikut saya... saya pun dukung la dia keluar kereta and abg ipar saya undur kereta.. si kecil tu boleh lak bye2 mama dan papa dia... siap bagi flying kiss lagi... gaya macam x kisah jer kalau mamapapa dia balik x bawa dia... pastu saya bagi dia kt dear sist, dia ok jer... tapi bila kereta bergerak jer nak tinggalkan saya, dia mula nangis....

"ateh........"

wawawaaaa... sayu betul hati saya... dengan kepala jenguk kat tingkap kereta, dia berterusan jerit "ateh...." sampai la saya hilang dari pandangan mata dia...

aduh si kecil... kamu memang bikin air mata ateh bertakung...



my dear sist with her handsome little boy a.k.a my si kecil



Thursday, July 30, 2009

cuti ini...

date : 29julai2009
time : 2000 hours
venue : taman putra perdana, puchong

alkisahnya semalam sebelum saya pulang ke UiTM...
saya bersiap2 di rumah kakak saya, dinner... mandi... solat...
tepat jam 8mlm, saya telah siap untuk di hantar pulang oleh abang sulung saya... saya pun angkut semua barang yang saya nak bawa balik... bila saya dh siap pakai comey2 [sessi perasan sebentar =p], dah mula angkur barang...
si kecil : ateh, nk itot
kakak saya : x leh.. ateh nk g skolah..
saya : nanti ateh datang umah adik lagi key???

***si kecil itu mula menangis dan minta untuk didukung... saya pun dukung la dia...
then saya bagi dia pada kakak saya, makin menjadi lak sedihnya itu...



cepat2 saya keluar rumah, si kecil terus lari nak kejar saya... sampai di pagar rumah, si kecil cuba memanjat pagar "ateh, nk itot!!!"
wahhhh... sayu lak saya nk tinggalkan si kecil itu...
akhirnya drama berakhir bila si kecil tiba mnta susu...



tergelak saya dan kakak...




saya pun terus drive ke rumah abang sulung saya yang hanya selang 10 buah rumah dari rumah kakak saya... hehehe..
itu lah kisah sebelum saya pulang... sangat sedih... kerana si kecil itu amat manja...


ini la si kecil kesayangan saya itu... ni masa raya tahun lepas..
to si kecil, ateh sayang sangat kt kamu...
date : 30julai2009
time : 1420 hours
venue : kolej Melati, UiTM shah alam

ermmmm...
saya dh kembali ke bumi UiTM walaupun cuti masih berbaki 4 hari... tapi disebabkan saya mahu mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh PEERS, saya dengan rela hatinya [sebenarnya lebih kepada rela dalam paksa walaupun saya sendiri yang beria2 mhu join] mengorbankan cuti semester kali ini.. pertama kali dalam sejarah sepanjang saya di IPTA [dh hampir 5thn], saya tidak pulang ke kampung halaman [yakni ipoh] untuk bersenang2 semasa cuti... kecuali semasa cuti dis08 saya tinggal bersama kakak saya kerana suami pergi outstation selama sebulan [wahhhh!!! cm makan angin jer...]
sebenarnya saya punya alasan lain untuk pulang awal ke kolej... sebabnya saya mahu siapkan kerja saya sebelum menyerah diri untuk "dibuli"...[sori to PEERS... actually dah agak lama x join aktiviti cmni... EXCITED terlebih]
dan disebabkan cuti kali ini saya tidak pulang ke rumah, jadi saya dengan tak berapa seronok melabur untuk menjana ekonomi malaysia... hehehe... banyak barang keperluan yang saya perlukan ada di ipoh sebenarnya dan disebabkan saya tidak pulang ke ipoh dan sepupu saya itu [i mean u, nana], tidak dapat pulang ke shah alam pada waktu yang sepatutnya maka saya pun cuba mencari barang keperluan saya pada harga semurah yang mungkin... [nasib baik x tau kedai bundle kt sini, kalau tak saya shopping bundle jer... hehehe] saya amat kedekut untuk keluarkan duit membeli barang yang saya tak rancang... x suka.. tapi taksuka2 tu, tak sangka saya telah "melayangkan" rm60++... oh no!!!! lari la budget saya bulan ini... nasib baik dah nak puasa...

stop here... katil sudah memanggil... mata minta berehat...

*** entah bila nak siap kerja saya... harap2 punya masa secukupnya..