Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Tuesday, October 4, 2011

What is your third language?

Kalau belajar dekat universiti, bahasa ketiga wajib diambil. Antara bahasa ketiga yang kebanyakannya ditawarkan ialah : Korea, Jepun, Mandarin, Perancis, Arab, Thailand, German dll. Aku dulu zaman belajar, amik bahasa Arab je sebab fikir dah ada basic dan tak tahu la kenapa aku lagi suka belajar bahasa Arab. Tapi bahasa Arab zaman universiti sama je macam belajar Arab komunikasi. Kira macam tak la susah sangat. Lagipun aku lagi suka belajar karakter huruf jawi daripada bahasa lain.

Kemudian, kebelakangan ni dah kerap sangat iklan pasal demam korea yang melanda Malaysia sampaikan ada Korean Center dekat area Ampang sana kan? Boleh belajar bahasa korea, dan tarian korea FOC. Siapa pernah tnegok iklan yang promote benda tu and last sekali dia ada sebut "KAMSAHAMNIDA".

Disebabkan anak buah aku a.k.a si adik tu kerja dia tengok TV 24-7 sebab duduk kat rumah dengan bibik, maka dia memang dah hafal semua iklan yang ada. Dia suka sangat la sebut "KAMSAHAMNIDA".

Lepas tu, aku pun ajar la dia "SARANGHAEYO". Sekarang suka la dok sebut 2 perkataan tu. HEHEHEH. Aku nyanyi lagu 3 KATA, dia dok sibuk nak ikut sebut "WO AINI" la "AISHITERU" la. Lantak ko la adik. Asal tak sebut benda bukan-bukan.

Kanak-kanak ni senang belajar benda baru kan?




1 comment:

Bardboo said...

dulu sy amik mandarin..skrg menyesal naper x amek french..huhu.. =(