Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, October 6, 2011

5.18pm

Salam semua. Masa meniap ni jam dindig dekat office 5.18pm. Jangan tanya kenapa aku tak balik lagi sebabnya aku habis kerja pukul6. YUP! masuk kerja 8.30am dan balik kerja 6pm. Sabtu Ahad melekat kat rumah je sebab malas nak keluar mana-mana kalau tak ada orang ajak.

Hari ni gila-gila punya tak ada mood nak buat kerja. Bangun pagi tadi pun rasa macam tak sedap badan. Semalam tidur berselubung satu badan tapi tak best sebab selimut tak tebal. So, hujung minggu cadang nak pergi cari comforter. Semalam tidur berbaju kaftan (as usual), berseluar panjang, bersweater, berstokin dan kepala pulak aku balut dengan pashmina ala-ala orang pakai shawl then tarik selimut sampai bahu. Kipas pulak aku arahkan ke dinding. Tak mahu tutup sebab tak boleh rasa tak ada air ventilation. At least bila dengar bunyi kipas, aku yakin dan pasti la udara bergerak dalam bilik tu. Walaupun aku berkeadaan macam orang demam, tapi aku tetap sejuk sekalipun tak hujan pun semalam. Mendung pun tak! Bangun pagi tadi rasa tetap rasa sejuk sangat2. HUHUHU.

Pagi ni datang office malas nak pergi lab awal-awal. Buat kerja dalam office dulu then baru turun lab. Tapi buat kerja pun asyik salah je. Entah apa masalah aku pun tak tau la. 11am lebih aku dah naik office pastu bos besar lak masuk. Tanya progress apa bagai semua, dekat-dekat lunch hour baru selesai semua. Tapi tiba-tiba sebelum keluar lunch mood jadi swing sebab sorang mamat. Memang dah lama gila aku tak bercakap dengan dia. MALAS. Hurin, i miss u la (tetiba je <--- sebab terdengar lagi Last Friday Night).

Lepas lunch turun lab balik sebab boss besar nak sample by tomorrow morning tapi sebab mood dah macam naik buai maka asyik tersilap masuk raw material je. GILA LA! Entah penyakit apa aku hari ni. Istighfar banyak-banyak continue keje. Dekat pukul4 naik office, tunjuk sample dekat 2nd boss. Discuss method semua sebab procedure aku macam ada yang tak kena. So dah jumpa solutions. Nak try baca pasal raw material tu tapi MALAS. Lagi pun dah nak dekat pukul5 masa tu. Jadi on FB, baca komen kawan-kawan. Malas nak update status. Siapa tahu harga emas sekaran berapa? <<<--- aku tanya dalam FB semalam.

Jari aku sejuk sekarang ni. Tangan lenguh-lenguh. Pagi tadi sampai office terus lumur kaki dengan tiger balm. HAHAHA. Sebab nak dapat effect panas (konon-konon). Pergelangan tangan dah bau apa entah sebab tadi dok main spray air freshener sampai rasa nak muntah pun ada.

Okay la. Panjang pulak cerita aku petang ni. Tibatiba lak macam maknenek rajin nak bercerita. Eh, teringin makan fast food la tapi aku dah naik 2kilo hasil duduk rumah kakak aku selama 9 hari. Tahniah kakakku kerana berjaya menembunkan adikmu yang sedia tembun ini.

Salam petang semua.

Keyboard off at 5.33pm. Lagi 27minit nak balik. YAAHHHOOOOOOOOOOOO.









No comments: