Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Wednesday, December 29, 2010

Online shopping

Aku tak pernah lagi online shopping. Sebab aku takut kalau aku beli benda tu tapi kualiti benda tu tak seperti yang aku bayangkan. Bukan maksud aku yang blogshop-blogshop yang ada sekarang ni tak bagus tapi aku demand entah-hape2-entah. Jangan la pula korang pergi banned blogshop lepas ni. Tak baik tau. Sian dorang.

Berbalik pada bebelan aku hari ni, beberapa bulan yang lalu aku ada order beg dari Firdanii Online Shop (F.O.S). Sebelum order tu memang la macam-macam aku tanya dekat owner dia, tapi owner dia memang baik. Layan je setiap pertanyaan aku. Membeli dari F.O.S ni kena tempah dulu, beli dah cukup tempahan baru la akan dapat barang tu. Dan pagi tadi, posmen datang. Ingatkan hadiah belated birthday daripada sesiapa tapi rupa-rupanya beg yang aku order dari F.O.S tu dah sampai. YEAAAYYYY!!! Sukanya hati. Aku pun tanpa rasa sabar terus buka bungkusan. I LIKE IT! Memang tak menyesal aku beli dan tunggu sampai aku pun dah nak lupa ada beli barang online. 

Bila belek-belek beg tersebut, terus rasa nak beli lagi beg dari F.O.S. Kualiti sangat-sangat memuaskan hati aku. Aku paling suka zip dia. Zip dia ala-ala zip seluar jeans tu. Bukan macam zip kebanyakan beg.

Oh, aku lupa nak snap gambar. TAPI kalau korang nak rasa kepuasan yang macam aku rasa, tak yah malu-malu pergi je ziarah F.O.S tu.


Eh, dah nak masuk tahun baru. Apa azam tahun baru? Nak jaga kesihatan atau nak kurangkan makan atau nak diet? NESTLE ada penyelesaiannya. Jom sihat bersama NESTLE


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



lots of L♥VE

No comments: