Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, December 30, 2010

Belum lagi tahun 2011 TAPI....

Tahun dah beberapa orang kawan aku yang selamat diijabkabulkan dengan pasangan masing-masinng. TAHNIAH!!! 

Ada yang aku dapat menghadirkan diri dan ada juga yang aku tak dapat nak menghadirkan diri. Apa-apa pun buat semua yang telah selamat berumahtangga, doa aku semoga ikatan terbina kekal hingga ke hujung nyawa dan semoga bahagia abadi. Oh, ucapan ni bukan untuk pengantin baru je tapi untuk semua yang telah berkeluarga. Aku happy tengok orang-orang keliling aku happy. =)

Minggu lepas aku pergi kenduri lagi seorang kawan sekolah aku. ALHAMDULILLAH. Dapat jumpa kawan-kawan sekolah yang dah tak jumpa sejak 6,7 tahun lepas. Macam-macam khabar gembira. Ramai yang dah bekerja, ada yang sambung master dan ada juga bakal mendirikan masjid. TAHNIAH sekali lagi!! Sangat-sangat gembira bila dapat jumpa kawan-kawan lama. Macam masa raya hari tu.

Lagi 2 hari 2011 bakal menjelma, 2010 bakal melabuhkan tirai. Belum sempat aku nak tutup diari lama, terpaksa buka diari baru. Semua gara-gara kawan-kawan yang nak mendirikan masjid tahun depan. Semua pakat suruh "simpan" tarikh-tarikh penting mereka supaya tak ketinggalan tahun depan. INSYAALLAH. Ada rezeki, panjang umur sampai la aku ke kenduri korang nanti.

Wallpaper laptop aku. Nampak tak dalam kotak merah tu???

Disebabkan aku tak ada organizer or apa-apa yang seangkatan dengannya, maka aku pun "simpan" tarikh-tarikh penting kawan-kawan aku tu dekat NOTES dalam laptop.Bulan March 2011 hampir penuh. Letak dekat laptop senang juga kot sebab confirm tiap-tiap hari aku on laptop. Jadi tak ada sebab kenapa aku tak nampak "SAVE THESE DATE" tu. Itu baru jemputan daripada kawan-kawan sekolah menengah, kawan-kawan sekolah rendah aku belum terima jemputan lagi, kawan masa universiti ada ajak mulut hari tu tapi tarikh dia tak bgtau lagi, so aku tak tulis lagi. Jadi kepada sesiapa yang nak jemput aku ke walimah korang next year, pastikan tidak bertindih dengan tarikh-tarikh tersebut. OKEY? Sayang kamu semua.



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



 lots of L♥VE

No comments: