Salam semua. Dah lama sebenarnya cerita pasal rancangan TV ni tapi macam tak ada masa je. Lagi pun mood untu ayat berbunga-bunga tu tak kunjung tiba. Entah kenapa hari ni tiba-tiba rasa macam nak menulis. Mungkin kerana aku dah dalam holiday mode. YEAAAYYY! Esok dan jumaat aku cuti. Bahagianya rasa hati. Tapi tengok la minggu depan kerja bertimbun menanti. Sabtu ni pun mendebarkan hati. Harap-harap semua elok bagai dirancang. InsyaAllah.
Berbalik pada rancangan TV yang menarik minat aku. Actually aku ni tak berapa minat sangat nak tengok drama berseri. Lagi-lagi kalau cerita melayu. Kalau cerita P.Ramlee tu aku minat la. Kalau dekat Ipoh, memang jarang la tengok cerita melayu sebab mak aku suka tengok cerita omputih. Aku pun layankan je la. Tapi selalunya aku tengok CSI tak pun rancangan masak-memasak dekat channel 703 Astro.
Rancangan yang menarik minat aku mengikut hari :
Ahad
Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjebak minat tengok si Kimora ni. Sebelum ni tengok gitu-gitu je. Tapi last 2 weeks, aku tengok secara kebetulan terus rasa jatuh hati nak tengok lagi. BESTnya bila dapat jadi macam Kimora ni. Maklum la. Ada duit, macam-macam boleh buat kan? Macam Oprah la. Duit bertimbun, jadi macam-macam dia buat kan? Bila la aku berpeluang nak main petik jari semua dapat. HEHEHE. Tak apa la. Rezeki masing-masing kan?
Si Merlin ni pulak mak aku yang tengok mula-mula pastu aku pun join la. Sekarang ni dah dok rumah pakcik aku, satu family dia suka tengok. Opah aku pun layan tau Merlin ni. Jangan main-main. Tapi sekarang dah tak best la sebab lewat sangat pukul10.30. Patutnya Mentor tu yang dilambatkan. Siapa sangat la nak tengok Mentor tu. Aku kalau tengok Mentor tu (baru sekali tengok je pun) mesti nak gelak. Lawakkkkk =p
Isnin
Ni pulak cerita pasal semangat anak muda nak tengok orang lain berjaya. Mula-mula tengok, aku nak menitis air mata woooo... Serius sedih. Sekarang ni dah macam tak ada feeling lak nak tengok sebab aku tak berapa berkenan dengan watak pe-entah-nama-pompuan-tu tapi bukan Tiz Zaqyah. Pompuan yang syok sendiri dekat Saif tu. Tapi aku tengok juga la cerita ni sebab rasa macam tengok cerita lama. Best juga la.
Selasa
Cerita ni memang la menyentuh hati. Aku suka tengok Ummu Hani tu. Gila cantik and sweet. Tapi tak suka dengan Aliah tu. Aku nak tengok cerita ni sampai habis. Sebab nak tahu sangat apa ending hubungan Hani tu dengan Irfan (walaupun Irfan tu dah kawin). Kiranya macam-macam la aku nak masa ending cerita ni. Berapa episod lagi ek?
Hari-hari lain?
Tak ada yang berkenan di hati. HUHUHU. Kalau korang ada tengok cerita best hari-hari lain boleh la suggest kat aku. Kot selera kita sama. Boleh la sama-sama menikmati cerita tu.
1 comment:
maera suke merlin!!! =)
yang comel,
Khumaera Ismail
Post a Comment