Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Tuesday, February 22, 2011

Mesej yang ringkas tapi padat

Tadi macam selalu, sementara tunggu pakcik aku nak balik rumah aku online sekejap. Buka Facebook, buka blog, buka jobstreet. Masa tengah syok-syok balas komen kawan-kawan kat FB, tiba-tiba ada notification. 1 new message. Siapa la pulak rajin nak bagi mesej kat FB ni. Ingatkan kawan aku yang aku dok balas-balas komen tu. Tapi rupa-rupanya kawan lain. Kawan yang dah lama tak dengar khabar, tak pernah bertemu. Bila baca mesej dia tu, memang aku tersentak. Mesej yang ringkas tapi padat. Terus rasa insaf sekejap. HEHEHEHE. Nak tau apa dia mesej? Aku rasa benda ni tak private pun, jadi boleh la aku nak kongsi dekat sini. Sebagai ingatan untuk aku masa akan datang. 





Ini mesej dia untuk aku. Kalau korang baca, mesti korang akan kata, " haaa??? tak ada apa2 pun. biasa je". Memang mesej ni biasa je tapi bagi aku mesej ni luar biasa. Sebab mesej ni mengingatkan aku siapa aku sebenarnya. Bak kata dia aku dah mula berubah sikit bila umur 20. Masa tu diploma kat Arau. Memang aku akui aku leka. Dan aku macam dah tak jadi diri aku sendiri. Sebelum ni pun, aku pernah kata aku nak jadi diri aku yang dulu. Tapi dugaan... Ya Allah.. Susahnya nak menghadapi dugaan. 

Sebenarnya, aku dengan kawan aku ni TAK PERNAH berjumpa. Dengar suara pun tak pernah. Tengok gambar? Pernah kot. Tak tahu la kot dia letak gambar orang lain. HEHEHE. Kira macam memang kawan di alam maya sungguh la. Dah lama "kenal". Sejak lepas SPM melalui Friendster, tapi tak rapat. Dulu-dulu mesej pun setahun 3,4 kali je kot. Sekarang ni lagi la setahun sekali pun tak. Sekadar mengikuti perkembangan masing-masing dalam FB. Tiba-tiba tadi dia PM kat FB. Bagi mesej macam tu lak tu, memang aku terkedu. Aku hargai dia sebagai seorang kawan dan sangat berterima kasih pada dia sebab bagi mesej yang insyaAllah menyedarkan aku. 

Apa-apa pun, untuk sahabat mayaku semoga persahabatan ini berkekalan dengan semoga berjaya dalam pengajian. (ppsssttttt.. dia kata aku hebat, dia lagi hebat doc-to-be)



2 comments:

Merentas Horizon said...

wah kuasa kawan maya ni memang ada value tersendiri..

kte punye kwn maya, xpernah jumpa xpenah cakap..semua chatting saja.

last2 jadi boss skrg. haha!

Unknown said...

ecah, aku tak mungkin la kerja satu bumbung dgn dia sebab bidang lain2. tapi tak tahu la kuasa Allah.

kadang2, lagi senang berkawan macam ni. hehehe.