Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, May 28, 2011

Day 2 : Your favorite movie

source : google


Sebenarnya aku sendiri tak tahu cerita apa yang betul-betul aku suka sampai nak ulang tengok sampai berpuluh kali tanpa rasa jemu. Aku rasa ada kot, cerita-cerita P.Ramlee. Tapi itu aku rasa bukan sahaja kesukaan aku tapi kesukaan ramai orang. Jadi aku pilih la cerita Letter to Juliet ni. Aku sendiri tak berapa ingat jalan ceritanya . Aku memang jenis macam tu. Aku bukan jenis tengok movie, ingat jalan cerita, tahu siapa pelakon dia, tahu lagu sountrack dia, tahu director dia. Secara jujur, kebanyakan movie yang aku tengok semata-mata kerana latar tempat movie tersebut. Aku sangat-sangat suka dengan pemandangan yang cantik. Macam cerita Letter to Juliet ni juga la. Bagi aku cerita ni OK la, not so bad. Tapi yang buat aku rasa nak tengok sampai habis sebab latar tempat dia memang superb la!! Serius aku tak tipu. Aku suka sangat tengok pemandangan yang cantik-cantik dekat Itali tu (betul kan Itali) sepanjang mereka (aku tak ingat nama watak cerita ni =p) nak cari Juliet tu.

Kalau siapa yang tak tengok lagi cerita ni, cepat-cepat la pergi cari CD dia. Tak pun download je. Mesti korang aku terpegun tengok betapa cantiknya ciptaan Allah dekat bumi Itali tu.

Okay. Jangan lupa tengok tau. 


p/s : masa korang baca entry ni, mungkin aku tengah sibuk-sibuk buat persiapan terakhir. Doakan aku tau!!



No comments: