Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, May 5, 2011

fakta atau auta : Perkahwinan



Bila usia makin dimamah masa (okey. sangat hiperbola macam aku dah umur 60 tahun) perkara paling utama yang sering difikirkan tak lain tak bukan ialah PERKAHWINAN. Selain daripada perkara-perkara utama lain seperti kerja, simpanan, haji dan lain-lain. Aku rasa semua orang akan ada keinginan untuk berkahwin? Siapa tak nak kahwin, sila angkat tangan. 

Bila sebut soal pernikahan dan perkahwinan, selalunya kaum Adam yang akan mula resah gelisah. Ye la. Daripada sebelum bernikah sehingga selepas bernikah tanggungjawab mereka sangat besar dan banyak. Sebab tu Allah kurniakan kaum Adam ni 9 akal berbanding kaum Hawa yang ada satu akal. Dengan 9 akal tu la InsyaAllah kaum Adam ni dapat mentadbir tanggungannya dengan adil, bijaksana dan saksama. 

Berbalik pada isu perkahwinan. Memandangkan usia aku pun dah boleh dikira matang untuk berkahwin kerana lebih daripada 15 orang kawan aku telah selamat mendirikan rumahtangga dan ada juga yang sudah bergelar ibu. TAHNIAH!! Bila umur sudah melewati usia sesuai untuk bernikah dan juga apatah lagi bila sudah tamat pengajian paling kurang sarjana muda, maka akan bertalu-talu la orang bertanya,

bila nak kahwin?

yang ni bila pulak majlisnya.

lepas ni turn kamu la pulak yeee

Dan macam-macam lagi. Bagi aku, tanggungjawab selepas perkahwinan itu bukan sekadar tergalas di bahu lelaki. Tetapi wanita yang dinikahinya yakni isteri juga turut memainkan peranan dalam mengemudi rumahtangga. Kerana itu Allah menciptakan manusia ni berpasangan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. 9 akal milik Adam masih memerlukan 1 lagi akal yang ada pada Hawa supaya segalanya berjalan lancar. InsyaAllah. 

Bila soalan-soalan di atas ditanya pada aku, aku pasti menjawab

insyaAllah. bila sampai jodoh

atau mungkin begini

tunggu la kerja tetap dulu. duit pun tak cukup.


Bila duit yang menjadi alasan daripada mulut aku, maka akan ada yang mejawab,


Buat apa susah-susah nak cari duit. Hantaran mas kahwin semua tanggungjawab lelaki. Lepas kahwin pun lelaki tanggung makan minum.


OKAY. Memang betul semua itu tanggungjawab lelaki tapi sanggupkah kalian kalau bergolok gadai hutang sekeliling pinggang hanya kerana mengharapkan lelaki sahaja yang bertungkus lumus menyediakan segala keperluan perkahwinan?

Sekarang ni, aku tengok trend orang bertunang pun dah rupa nak bernikah. Dengan inai penuh dekat jari, lepas baju berlace sakan macam kenduri 4 hari 4 malam. Maaf la kalau ada yang terasa. Semua tu bergantung pada kemampuan masing-masing. Kalau engkau CEO syarikat atau jurutera syarikat minyak atau doktor atau apa-apa yang income bulan-bulan tak kurang daripada 10k. Okay. Aku tak kisah la kalau nak buat kenduri macam fairytale atau 7 hari 7 malam. Tapi kalau engkau pun kerja cukup-cukup nak makan tiap-tiap bulan, bayar bil semua, bayar hutang kereta apa bagai pastu siap pinjam kawan-kawan/family tak kan la nak buat kenduri macam anak Tan Sri lak kan?

Selalunya yang demand masa kahwin ni confirm la perempuan kan? Lelaki selalunya asal dah akad nikah, sah jadi suami isteri kenduri kecik-kecik jemput sanak saudara pun dah cukup. Tapi aku pun tergolong dalam golongan perempuan yang suka nak cantik-cantik masa kahwin nanti. Jadi sebab itu la aku tak kahwin lagi sampai sekarang. HAHAHA. Bukan nak yang sempurna tapi cukup sekadar sedap mata memandang dan mampu ditanggung kewangannya.

Apa-apa pun aku tumpang gembira tengok kawan-kawan yang makin hari makin ramai yang bertukar status;

SINGLE ---->> ENGANGED  ---->> MARRIED  ---->> MOM-TO-BE 

Dan dalam hati, tak pernah putus berdoa agar aku ditemukan dengan jodoh yang dapat membimbing aku ke jalan yang diredhai.. insyaAllah.












No comments: