#Sabtu (30 April 2011)
Pagi yang tak berapa nak pagi, bergegas pulang ke desa tercinta bersama abang kandung seibu sebapa. Jalan penuh sesak dengan kenderaan. Almaklum la. Cuti tiga hari. Semua pakat nak berhibur bersama keluarga besar di kampung. Aku tak sabar nak sampai Ipoh sebab ada agenda lain yang menanti. Sepanjang perjalanan menyusuri jalan lama slim river - Ipoh, hati tak putus-putus berharap agar sempat sampai sebelum waktunya. Tapi, Dia penentu segalanya. Selepas lebih kurang 4 jam perjalanan dari Klang ke Ipoh, akhirnya sampai jua di teratak bonda tercinta. Aku seperti lipas kudung tukar baju kurung capai handbag yang ada depan mata, tak sempat nak bedak sakan. Minta tolong abang start enjin kereta. Cadangnya nak pakai tudung bawal, tapi tak kesampaian sebab tudung buat hal. Jadi sarung je tudung yan ada awning tu. Tak pernah-pernah pergi kenduri kahwin pakai tudung tu. Kalau sidai kain selalu la. Sebelum melangkah keluar, ibu sempat berpesan "jangan bawa kereta laju sangat". HEHEHE. Tapi aku pecut juga la. 70km/j. Laju ke? Tak kannnnn... Sampai rumah pengantin, terus meluru masuk rumah. Cari pengantin dan kawan-kawan. Seterusnya, jom layan gambar.
kredit to Sarah Aisha. p/s : ecah, aku pinjam gambar ko yang cantik ni! |
Teman satu row meja masa form 1R di SERATA |
#Ahad (1 Mei 2011)
Sambung nanti boleh tak? Malas laaaaa....
1 comment:
yiihaa! happy! xpernah jumpe hg kt kenduri kahwin.. akhirnye berjumpa juge kita yek.
baju u hari tu I rasa perfect match! superb!
eh eh .. sempat mkn tak hari tu?
Post a Comment