Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Wednesday, May 11, 2011

wajah yang aku rindu

Salam pagi.

Hari ni terlewat bangun. Semalam tak berapa nak boleh tidur. 12.30 pagi mata masih terkebil-kebil. Rasa macam serba tak kena. Cuaca pula panas teramat sangat. Tapi kaki rasa lenguh-lenguh. Capai losyen pati halia. Sapu dekat kaki yang lenguh-lenguh. Masih memaksa mata untuk pejam lena. Tak berjaya. Teringat kata-kata aku pada anak-anak buah aku.


Kalau tak boleh tidur, sebut nama ALLAH banyak-banyak kali sampai tertidur.


YUP. Dari umur anak buah aku 5 tahun++ kalau mereka tidur dengan aku, aku akan pesan macam tu pada mereka. Maklum la. Dah biasa tidur dengan mak ayah masing-masing, sekali-sekala tidur dengan makcik memang lain kan? Lepas diorang dah baca doa tidur semua, mesti masing-masing akan mengadu tak boleh tidur apa bagai. Jadi begitu la aku pesan pada mereka. Dan ALHAMDULILLAH mereka ikut kata aku. Rasa seronok sangat tengok mulut mereka terkumat-kamit sebut nama ALLAH. Dan sampai sekarang aku akan peringatkan kalau diorang tidur dengan aku.

Jadinya malam tadi, aku pun amalkan apa yang aku pesan pada anak-anak buah aku. Dan akhirnya aku tertidur sampai terlajak bangun pagi ni. Memang haru. Kelam kabut di buatnya. Bila tengah siap-siap nak ke kerja, rasa macam ada mimpi sesuatu. Tapi tak ingat. Cuba recall. ALHAMDULILLAH. Aku ingat apa aku mimpi. Aku mimpi dia. Dah lama sangat tak mimpi dia. Akhirnya semalam dengan izin Allah, aku ketemu dia semula walaupun hanya di dalam mimpi.

Dan paling bahagia sekali, aku mimpi kami sama-sama di airport untuk menunaikan umrah. T___T.


Ya Allah, kebetulan aku insyaAllah akan menunaikan umrah penghujung bulan ni (doakan aku ye). Aku berharap sangat "bertemu" dengan dia di Tanah Haram Makkah Al-Mukarramah.


Betapa aku rindu padanya. Rindu pada wajahnya. Rindu pada nasihatnya dan rindu segalanya tentang dia. 



rindu yang tiba-tiba tidak dapat dibendung.



No comments: