Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, June 19, 2011

Super GT 2011 @ Sepang F1 Circuit

Aku bukanlah minat sangat lumba kereta apa bagai semua ni. Jumaat hari tu kakak aku mesej tanya weekend buat apa, dia ajak pergi tengok Super GT dekat Sepang. Aku pun tak tahu benda alah apa tu, aku pun on je la. Bila lagi kan nak pergi. So aku pun dengan jayanya petang jumaat terus pecut ke rumah kakak aku.

Esoknya, dah dekat tengahari pun baru la pergi ke Sepang nun. Masa kitorang sampai tu, tak ramai pun lagi orang. Tapi yang dah nak balik pun ada.Yang sedihnya, tempat parking dia la. Parking di celah-celah pokok kelapa sawit. Kakak aku pesan "ingat parking kat pokok mana" Huahuahua... dia ingat pokok kelapa sawti tu ada warna-warni ke hape. 

Masuk je situ, terus pergi topup Touch n Go sebabnya segala urusan jual beli kat dalam tu guna Touch n Go. Kiranya kalau pergi cashless tapi Touch n Go ratus-ratus pun tak pe. Then ada la pertunjukan kereta yang canggih-manggih. Jenama aku tak pernah dengar pun ada. Sebab aku ni tak uptodate sangat hal-hal kereta ni. Agak kagum gak la tengok kereta yang macam-macam jenis tu tapi tak ada lak perasaan nak bali kereta macam tu sebabnya takut aku wei nak bawa kereta besar-besar ni. 

Lepas tengok pameran kereta tu, pergi la dekat tempat dorang nak berlumba tu. Tapi aku datang hari Sabtu, kakak aku kata race hari Ahad. Tak kisah la. Aku bukan tau sape yang berlumba pun. Tapi dalam pukul 2.15 macam tu, ada apa entah. Dorang dok bawa la kereta laju-laju dekat litar tu. Nak test kereta kot. Entah la. Aku tengok je la. Ada la aku snap gambar seketul dua bukti aku pergi sana. HAHAHAH. Nak snap banyak-banyak malu lak. Orang kiri kanan semua usung kamera berkilo-kilo dengan lens panjang macam teleskop sedangkan aku guna hp cabuk aku je. SO SAD. Tak kisah la. Itu hobi dorang tangkap gambar cantik-cantik.

Masa tengok dorang dok bawa kereta laju-laju tu, memang rasa macam nak rosak je gegendang telinga aku ni haaa... Mana tak nya, aku rasa bunyi dia tu dah nak melebihi had desibel yang mampu ditanggung telinga manusia. Orang yang kerja kat litar tu tapi tak pakai benda alah yang macam headphone tu memang berani la. BAHAYA weiiiii. Boleh rosak telinga tau atau dalam kata mudah lama-lama boleh jadi kurang pendengaran a.k.a pekak. 

Last-last rasa bosan tambah lak tak solat lagi maka berlepak la di dalam surau. Sangat la heaven dalam surau tu. Masuk je surau terus rasa macam tak nak keluar. Ye la. Cuaca luar panas kot. Dalam surau aman damai je. Sejuk lak tu. Surau punya la besar tapi orang tak ramai. 

Alih-alih dekat pukul6 pun bergerak  la pulang. Masa nak keluar gate tu, terjumpa la pulak crew red.fm... apa lagi berebut la jawab soalan. Aku dapat jawab 2 soalan maka berjaya bawa pulang 2 botol air soya. Kakak aku dan BIL aku masing-masing jawab satu soalan. Kesian budak jari debab nak air soya tapi sebab kecik sangat orang tu tak nampak dia. Si kakak lak kata dia tak paham apa orang tu tanya. Ye la. red.fm kan cakap bahasa inggeris. heheheh.

okay la. sila jamu mata dengan gambar yang tak seberapa.

masa nak tangkap gambar ni, datang orang yang jaga kereta ni pesan; "please dont touch the car". pedah cakap dekat aku dengan kakak aku, pegi la cakap dekat budak kecik yang pegang kereta tu. tu sebab BIL aku kena pegang tangan budak jari debab tu.

ini kereta hape entah. KOLEOS. apa benda tu? Kelloggs cornflake tu aku tahu la....

kalau tak salah aku ni kereta "lamborkiri" a.k.a lamborghini. kereta ni agak lebar. rasa macam cukup-cukup ke kalau masuk petak parking. lagi satu, agak luas ye kat dalam dia. tapi hanya untuk 2 orang. apa laaaa.. kereta mahal-mahal 2 orang je boleh masuk.

tu apa benda entah dorang tengah buat. tukar tayar kereta kot. tak pun isi angin tayar. tapi memang laju la. sekejap je. 

yang tengah-tengah tu siap kena tolak. agaknya dah habis minyak kot =p

p/s : aku dok intai-intai gak nak tengok drivernya, tapi tak nampak pulokkkk...


No comments: