Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Tuesday, September 13, 2011

Alkisah blogger dan blog reader

Selamat tengahari semua. 
Hari ni lunch hour tak keluar. Malas dah nak keluar. Jadinya pagi tadi beli kuih lebih dan bawa biskut dari rumah. Selain dapat jimat belanja, dapat juga jimat space daripada lemak-lemak yang tak diperlukan.

Alkisahnya semalam. Waktu lunch hour. Saja buka blog-blog yang memang ada dalam senarai favourite. Blog-blog ni aku tak follow tapi aku tick as Favourite. 
Antaranya :
  • Salam2Benua
  • Thepinkstiletto
  • ShazwaniHamid
  • Hanis Haizi
  • Nurulism.com
  • Mid-sayang
  • Sarakids.com
Aku tak letak link sebab malas. Kalau nak tengok blog-blog tu, google je. Klik la result pertama yang keluar maka sampai la anda ke destinasi. Ni antaranya la. Ada lagi tapi aku malas nak tengok list aku. Banyak bebenor. Tu baru dekat PC office, kalau dekat laptop aku lagi la banyak. Dengan list blogshop apa bagai semua ada.
Ceritanya pasal entry dekat Sarakids.com. Aku tak tahu la Sarakids.com ada usaha sama denga Touch n Go ke apa, tapi ada kad Touch n Go yang bertemakan Sarakids.com (aku tak reti explain, pergi baca sendiri dekat sini). Lepas tu terus laju aku mesej kakak aku,

Touch n go ada buat kerjasama dengan sarakids ke?
kakak aku reply,

tak tahu pulak. kenapa?

aku reply,

ni ada kad touch n go sarakids.com

kakak aku reply,

oo.. nanti akak tengok. tengah baca salamduabenua ni.

Lepas je baca mesej kakak aku tu, memang aku gelak laa. Tak sangka kakak aku pun rajin baca blog. Sebelum ni aku tahu dia baca blog aku. Ingatkan blog aku sorang je, ye la kot dia nk jadi stalker aku ke hape. Sekali blog favourite aku pun dia baca. Patut la sekarang kemain lagi rajin masaknya, mesti nk contohi kak LG tu. HEHEHE.

Itu je aku nak cerita. Aku si blogger dan kakakku si blog reader.

Selamat membaca blog buat kakakku!






No comments: