Salam malam Isnin semua. Rasa macam nak merepek sesuatu dalam blog ni tapi tak tahu nak cerita apa. Tiba-tiba entah macam mana teringat rancangan nak bercuti bersama keluarga pada penghujung November nanti. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Bila sebut pasal bercuti, perkara yang paling dinantikan mestilah mengabadikan kenangan dekat sana nanti kan? Dan bila diingatkan kembali, aku ni kamera pun tak ada. Jangan kata DSLR yang besar gabak tu, kamera yang kompak tu aku tak ada. Yang aku ada cuma handphone berkamera 3.2 megapixel. Itu la kamera yang aku bawa ke hulur ke hilir. Tapi tetap memuaskan hati sebab tak payah susah susah nak bawa benda banyak banyak. Charger pun bawa satu dah cukup. Tak payah fikir benda lain.
Tapi bila umur dah meningkat ni, rasa macam nak beli sesuatu yang berharga guna duit sendiri. Macam la sebelum ni beli barang mahal mahal guna duit mak ayah (arwah ayah). Tapi aku ni boleh dikategorikan sebagai teramat berjimat cermat pun ye. Sebab apa? Bila hari tu kakak aku kata nak ajak pergi holiday, terus aku buat bajet semua. Terus keluar kalkulator untuk kira bajet bulan November, kiranya gaji bulan Oktober la. Sedangkan masa tu gaji September baru je dapat. HAHAHA.
Sebenarnya, dari awal kerja lagi aku macam dah berazam la gaji pertama aku dapat nak beli kamera. Bukan la nak beli DSLR apa bagai tu, dapat beli kamera yang harga 50,000 sen tu pun jadi la. Buat apa mahal mahal. Aku buka reti nak berseni sangat pun. Tapi bila dapat gaji pertama, masa tu dah nak dekat raya. Maka aku pendamkan hajat di hati. Bajet duit untuk keperluan raya walaupun tak ada la semegah mana pun raya nya.
Bila gaji pertama tak dapat, simpan lagi azam nak beli masa gaji kedua. Tapi, perancangan Allah tu lagi hebat. Tiba tiba tanpa disangka, bulan September lepas raya ada plan tak berapa nak besar dirancang. Maka duit harus dipindahkan ke akaun yang tak ada ATM supaya aku tak sesuka hati nak belanja sakan. Tangguh lagi niat aku.
Nak tunggu gaji bulan Oktober, memang tak berapa nak boleh. Sebab nak pergi holiday, semua tanggung sendiri. Tak ada siapa nak tolong bayarkan. Duit raya pun tak dapat, inikan lagi nak tanggung pergi holiday. Maka berkira-kira bajet lagi la aku. Tapi kalau boleh, nak sangat dapat kamera sebelum pergi holiday. Entah kenapa dengan aku ni.
Semalam pun, bangun bangun pagi handphone blank. HITAM je. Aku dah susah hati. Dalam hati dok terfikir, "handphone ni merajuk dengan aku ke sebab aku cakap dekat mr. XY yang aku nak iphone". 2,3 kali gak la aku dok keluar masukkan bateri handphone tu tapi tetap BLANK gak. At last entah macam mana, hidayah baru sampai kot baru terfikir, "eh, entahentah handphone tak ada bateri." HAHAHHA. Macam apa je aku susah hati gelap gelap subuh konon konon handphone rosak tapi sebenarnya bateri dah KONG.
Ok la. Nak cerita pasal nak beli kamera tu je. Korang kalau tau kamera apa yang best dengan harga plaing best, bagitau la aku. Aku tak nak yang harga 4 angka, harga 3 angka dengan angka pertama adalah < 5 adalah paling terbaik. Paham tak permintaan aku ni? Dalam ayat mudah, suggest dekat aku kamera berharga < RM500 tapi kualiti sangat superb. Adakah?
Ok la (lagi sekali), selamat malam semua. mimpi yang indah indah ye.
2 comments:
belila Nikon Coolpix s3100..saya pakai yg tu..puas hati..murah je.. :)
ala xtau la nk suggest kamera apa yg bagus..huhu
Post a Comment