Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Wednesday, November 16, 2011

Geram Dengan Tupperware

Tadi saja-saja online FB. Then ada satu blogshop dekat FB tu jual Tupperware. Aku ni dah la sejak dua menjak ni gila Tupperware. Jadi, terus klik pada gambar dia. Sekali tengok, terus rasa kuciwa. Serius. Sangat cantik! Terus rasa menyesal beli Tupperware awal bulan hari tu. Kalau aku tahu promotion untuk December lagi cantik, memang aku simpan duit untuk promotion December. Bukan sikit lak tu beli hari tu, habis beratus gak la. Ye la. Barang Tupperware pun bukan murah tapi memang berbaloi kalau beli. Nasib baik la aku ni tak berrumah tangga lagi, kalau tak memang sakan la shopping Tupperware tiap-tiap bulan. HEHEHE.



Ni antara promotion untuk bulan Disember. 

aku suka warna dia. CANTIK. buat doorgift masa kahwin pun okay. tapi untuk VVIP je la.
 kalau untuk semua tetamu mahu botak kepala kan.


ni pun aku berkenan. lantak la korang nak kata aku kategori mak-mak. 
yang pasti aku memang suka. warna dia cantik weiiiiii.


ini untuk freezer storage. yang ni memang ada dalam list aku akan beli bila dah kahwin nanti. jadi sekarang adalah dalam proses simpan duit beli Tupperware. bukan untuk kahwin. HAHAHAH.


botol air yang menjadi igauan aku. sebab apa? sebab warna dia comel. dulu ada warna biru dengan hijau (saiz 1 liter). sekarang dah macam-macam warna. masuk list gak ni. untuk anak-anak nanti. 
(fikir mesti jaaaaaaaauh ke depan)


Baaaaanyak lagi barang Tupperware yang aku nak beli sangat-sangat. Tapi tak payah la kot aku tempek semua dekat sini.


Kalau korang nak tengok barang-barang Tupperware untuk promotion terbaru, boleh tengok dekat sini


Kalau ada yang berkenan, tapi tak tahu nak dapat kat mana, jangan risau. Aku boleh tolong. Bagitau aku barang mana yang berkenan di hati, aku akan tolong belikan. Kalau dekat-dekat area Puchong, boleh bagi by hand je. Kalau jauh dari Puchong, aku boleh tolong pos. Tapi kos pos aku charge la sikit.


Ok tak? Harga insyaAllah berbaloi-baloi. Apa lagi, jom sama-sama beli barangan Tupperware sebab dia ada warranty seumur hidup. Lagi satu, kalau nak jadi ahli pun boleh. Bagitau aku, aku akan tolong.


Banyak benefits jadi ahli Tupperware ni. Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi aku


email : missedu_najah@yahoo.com







No comments: