Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, January 6, 2012

One Week

Selamat malam semua. Dah lama sangat tak buka blog sendiri. Sekarang ni makin sibuk bekerja demi sesuap nasi. Sekarang ni tiap-tiap hari kena bangun pukul 6pagi. Pergi kerja pukul 7pagi. Sampai office lebih kurang 8pagi. Keluar office 5-5.15 petang. Sampai rumah 6.00-6.30 petang. Malam-malam lepas habis masterchef terus masuk bilik dan tidur. Kalau tak ada masterchef (macam semalam), 9.30 malam aku dah tidur. 

Kesian sangat pada diri sendiri. Badan aku masih memerlukan masa untuk betulkan putaran hidup yang baru ni. Mungkin ini juga sebagai persediaan aku sebelum bergelar isteri. Nanti dah kahwin, tak ada la pagi-pagi suami yang kejutkan kita suruh siapkan sarapan kan? Sekarang ni pun aku dah asyik kena warning. Muahahahah.

Sekarang ni, banyak benda nak kena belajar. Terutamanya MEMASAK. Nanti dah kahwin, tak kan nak makan benda yang sama tiap-tiap hari. Mahu nanti suami aku lari pergi makan kedai mamak. Tapi aku masak memasak ni memang tak berapa nak power lagi, tambah-tambah kalau masakan kampung. Memang aku GAGAL la. Mati la suami aku kena makan western hari-hari. Aku kan hantu western? Favourite? Of course spaghetti yang aku masak sendiri. Dan pizza yang aku masak sendiri juga. Tapi sekarang dah jarang masak pizza. Sebab dah makin malas.

Malam ni nak balik Ipoh (lagi). YEEAAAAYYYY. Syoknya. Sebelum aku bertukar status jadi isteri orang, maka ini masa terbaik untuk bersama ibu aku. Nanti dah kahwin, buatnya suami tu kerja luar dari negeri aku tak ke naya aku nak balik kampung tiap-tiap minggu? Sebulan sekali pun belum tentu. T___T

Okay la. Setakat ni dulu cerita warming up. Esok kalau rajin aku update lagi. BYE!



No comments: