Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, May 26, 2012

Last Time I Shop for Myself

Salam semua. Harap semua sihat pagi sabtu. Bahagia je rasa bangun pagi bila tak payah nak siap-siap pergi kerja. Syok je rasanya :)

Cadang nak pergi jalan-jalan dekat shopping complex tapi gaji tak masuk lagi :( Nak online shopping pun tak boleh. Yang boleh hanya online windows shopping. Serious rasa dah lama sangat tak membeli belah sesuka hati untuk diri sendiri. Rasanya sejak lepas bertunang hari tu. HUH! Sedih pulak rasanya. Tapi bila fikir, tak nak menyusahkan orang lain untuk majlis nanti, maka kena tahan nafsu.

Sejak bulan lepas, dah list out barang-barang yang gian nak beli. HAHAHA. Tapi asyik tak ada rezeki je, tak apa la tunggu bila dah settle hal kahwin, boleh la fikir benda lain. Sebenarnya aku ni tak la gila sangat shopping tapi kadang-kadang shopping itu adalah therapy untuk stress. Siapa setuju? Kalau tak shopping pun, at least pergi jalan-jalan dekat shopping complex belek-belek barang pun dah cukup. Tapi sejak 2,3 bulan ni memang macam tak ada mood nak buat semua tu.

Selalunya kalau shopping pun aku pergi time sale je. HEHEHE. Jimat banyak tau kalau shopping time sale. Aku jarang beli online melainkan barang-barang craft atau blogshop yang aku dah biasa.

Sekarang ni rasa macam gila beli handbag online. Tapi tak la selalu pun, baru 2x aku beli dekat blogshop tu dan sangat puas hati. Harga pun reasonable rasanya. Nak tahu blogshop apa? Begcanteq2.blogspot.com

Try la tengok, barang semua fresh dari US. Harga tertera include postage. Dari bulan lepas aku tahan nafsu dari beli barang online, Alhamdulillah berjaya. Dah berapa bulan aku tak pergi shopping complex T___T

Selain dari beg, aku sekarang ni nak sangat-sangat beli sandal. Sandal yang aku pakai sekarang ni, dah haus tapaknya. Dah dekat setahun aku pakai. Walaupun banyak wedges lain tapi tetap nak pakai yang itu. Sebab mudah dan selesa bila pakai.

sandal yang banyak berjasa. Sebab utama aku sayang gila dekat sandal ni adalah sandal ni la yang aku guna masa pergi umrah dulu. berjalan pergi tengok ladang unta, pergi ziarah masjid-masjid. sandal yang bukan sebarang sandal, sandal ni dah masuk masjidil haram dan masjid nabawi. tak sampai hati nak buang. :(
gambar ni aku snap masa tunggu check in dekat Jeddah, tunggu ketua kumpulan deal dengan imigresen arab saudi.


Apa motif entry ni? Aku pun tak tahu. Sandal tu sebagai kenangan.

Bye.





No comments: