Fuhhhhh~ Lama betul tal menjenguk blog ni. Memang terabai sungguh. Last update rasanya awal Ogos dulu. Sekarang ni dah nak hujung September, memang la terabai blog ni.
Maaf la buat yang singgah tapi tak ada apa yang baru dekat sini. Banyak benda yang berlaku dalam tempoh 2 bulan ni. Nanti diceritakan satu per satu. InsyaAllah.
Buat adik-adik yang komen dekat entry lepas-lepas, yang hantar email, yang pm dekat FB, yang hantar soalan dekat Formspring, maaf la tak sempat nak balas semua. Memang sangat tak sempat. Sempat baca je, lepas tu internet connection out. Hahahaha. Tak la, memang tak sempat nak balas. Sebab tak kan nak balas sepatah dua je kan? At least kena la panjang lebar macam karangan SPM.
Okay la.
Secara ringkas kehidupan sekarang berubah 100%. Life style berubah 100%. Segala-galanya berubah.
Kalau dulu, sendirian. Masih tanggungjawab keluarga, tak cukup duit buat muka tak malu amik barang letak dalam troli then ibu bayar. Hahahaha.
Sekarang ni, berdua lebih baik. Alhamdulillah. Telah selamat bergelar isteri kepada suami tersayang pada 31 Ogos 2012 beberapa minit sebelum azan Isyak. SYUKUR.
Dulu, boleh selamba keluar rumah pakai ikut sesuka hati.
Sekarang ni, sebelum keluar rumah kena tanya suami okay tak pakaian tu.
Dulu, saya seorang anak + pekerja.
Kini, saya seorang anak + menantu + ISTERI + PELAJAR. (bila nak jadi seorang IBU ni? doakannnn)
Dulu, ke sana ke mari memandu sendiri. Minta izin ibu terus pecut kereta.
Sekarang ni, ada driver yang bawakan. Hhahahaha. Bahagia. Boleh tidur dari Ipoh - Johor. :P
Secara total, banyak yang berubah.
Dan dulu saya dekat dengan kanak-kanak ribena saya. Kini saya dekat dengan SUAMI saya. Saya rindu kanak-kanak ribena saya tapi saya lebih rindu suami saya :P
Oh, dulu saya makan masakan ibu.
sekarang ni suami makan masakan saya. waawawawaaaaaa... kena belajar masak lagi ni!
Dan dulu lepas subuh saya lesap atas katil.
sekarang ni, sebelum subuh saya dah celik biji mata. (suami bangun awal macam orang nak sahur. huhuhu)
Ok.
Bye.
Masih dalam mood pengantin baru. Hujung minggu ni kenduri di sebelah suami. Jemput hadir!
No comments:
Post a Comment