Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, March 21, 2013

Pengalaman Pertama

Salam semua.
Menulis sekadar memori untuk hari akan datang. Flashback apa yang berlaku semalam dan kelmarin.

Isnin 18/3/2013
Aku puasa ganti hari ni. Memang dah tekad nak puasa, dah siap-siap kunci jam. Bila jam bunyi, aku macam malas sangat nak bangun. Tapi nasib ada suami yang sangat baik. Bangun bancuhkan aku milo satu mug dan temankan aku bersahur dengan 2 keping roti. Sambil doa agar tenaga cukup sampai ke waktu berbuka. Pujuk dan cakap dengan baby yang hari ni tak boleh makan sampai waktu Maghrib. Sang suami pun pujuk baby supaya baby "faham" yang mama akan berpuasa dan si baby tak dapat nak makan. Takdir Allah, cuaca sangat panas. Aku memang melepek tak larat. Disebabkan aku tak masak sepanjang hari, suami ajak ke pasar malam. Gagahkan diri dalam cuaca yang sangat terik.  Bila berbuka, memang air la yang aku cari dulu. Habis sebungkus air soya aku sorang minum. Makan kuih 2ketul dan perut rasa full sangat. Rest sekejap then sambung balik makan nasi ayam. Habit aku : kena makan sementara makanan panas, kalau tak aku dah tak lalu. Settle semua, dok ngadap berita, peru ras lain macam dan akhirnya selamat hambur keluar semua benda. Badan lemah. Aku rest dulu then request milo dekat suami. Minum milo, suami suruh makan sikit sebab perut memang dah kosong. Aku amik secubit roti, cicah milo. Tak lama lepas tu, terhambur lagi makanan. At last,minum ribrna sikit je then  rehat. Badan dah lembik. Sebelum tidur makan ubat dan air kosong. Dan malangnya terhambur lagi sekali. Penutupnya aku tidur dengan perut kosong.


Selasa 19/3/2013
Hari ni monthly cek up. Entah kenapa aku ajak suami pergi sama. Selama ni elok je aku pergi sorang. Lagi pun klinik depan rumah, ofis suami pun sepelaung je dari klinik. Sampai klinik buat ujian biasa macam selalu,  gula ok, berat ok, bp ok, baby bergerak dengan aktif, heartbeat baby between range 120-160. Bila nak check hemoglobin, mesib tak ready pulak. Aku pun dok dulu, dengar nurse nasihat itu ini sambil kata kena cucuk kancing gigi hri ni. Aku pun ok je.

Tiba-tiba aku rasa macam lemah gila, macam nak pitam. Aku bagitau suami sambil tu buat-buat biasa je, tak mau layan sangat. Tapi makin tak boleh tahan sementara tunggu nurse prepare untuk cucuk. Aku bagitau suami dan  nurse pun nampak aku dah lain macam terus bawa aku baribg dalam bilik Dr. Rasa kurang sikit rasa nak pitam tu, nyrse pun cucuk aku masa aku baring je. Bila dah selesai, nak bangun balik rumah ras macam nak pitam lagi. Cepat-cepat pegang tangan suami dan nurse panggil Dr. Dr check tengok aku pucat. Rupanya hb low : 10.3 je. Terus bermula soal siasat, suami pun cerita apa jadi semalam. Dr decide untuk drip. Maka masuk air 2botol dan Dr  refer aku ke klinik lain untuk UFEME (untuk cek ketone dalam urine) dan juga ubtuk analysis FBC. Pergi la aku dengan suami klinik lagi satu tu, boleh pulak masa kat sana sementara tunggu result test, aku nak pengsan lagi siap meracau. Waaaaaaaa. Aku pun tak tahu kenapa. Drip lagi satu botol sampai tertodur aku, lena pulak tu. Sedar-sedar dah kul12, suami setia tunggu aku. Settle semua dekat zohor gak la. Dr kata urine aku kotor sikit dan hemoglobin memang rendah.

Sekarang ni banyak gila ubat kena makan. Aku continue makan obimin sambil tu makan gak pil iron, makan lagi antibiotik untuk bersihkan urine, ubar air untuk neutralizekan urine.

Memang pengalaman yang takmungkin aku lupa. Sekarang ni suami cukup risau tinggalkan aku sorang-sorang dekat rumah. Ni pun dia ada meeting dekat luar, dengan aku sekali dia angkut. Aku pun ikut je la. Boleh jalan-jalan. Harap-harap usahah untuk naikkan hemoglobin berhasil. Oh baby, please stay healthy.


Wassalam.


2 comments:

SOULMATE is said...

take care dear
xde pgalaman mgndungkan
jd rasa xphm
myb sbb puasa kot ;)

Udez said...

semoga bertabah jue..:)

xsabar nk tgk baby..