Salam semua. Lamanya tak update. Malas sangat rasanya. Hari ni update juga la. Entah berapa ratus hari lagi nak jumpa si kecik dalam rahim ni. Ke kurang seratus hari? Aku pun tak pasti. Tak kira pun yang pasti ada lebih kurang 16minggu sebelum EDD ikut yang kira dari last period tu. Suspen. Suspen. Suspen. Bila dah makin sikit hari yang tinggal baru menggelabah tak ingat. Sebelum ni dok survey, survey, survey. Belinya ada la 2,3 ketul. Sekarang ni telah mula misi beli membeli. Belek belek, pilih pilih, beratur dekat kaunter, tercengang tengok harga barang. Muahahaha. Takpe takpe. Demimu anak, kurela apa sahaja.
Bila asyik rasa si kecik bukan main aktif lagi, baru sedar diri "alamak! baby dah makin besar". Bila tersedar macam tu, baru tersedar lagi "alamak! barang hampeh tak complete lagi". Maka bermengah-mengah la ukur jusco cari barang baby. Belum kira lagi baca berpuluh-puluh blog semata-mata nak fikir berpantang nanti nak guna set apa. So far untuk baby memang dah ada checklist. Untuk mak baby belum ada. Ada la beli barang untuk mak baby ni tapi semuanya sebab perlu pakai sekarang bukan masa berpantang nanti.
Nasib sekarang dunia di hujung jari. Google apa yang diingini, terus jumpa. Baca punya baca, macam tak best, google lagi sampai puas hati. Oh, setakar ni keperluan bersama (mak + baby) dah selamat beli. Apa dia? BREASTPUMP. Muahahaha. Kakak aku tanya "kenapa beli awal sangat?" Awal ke? Aku beli ikut apa aku nak beli. Nak tahu aku beli breastpump apa? Aku beli yang murah-murah je sebab bajet pun nipis je. Tunggu la aku kerja nanti, boleh la aku pakai yang letrik punya. Buat sementara kita buat senaman tangan. Sekali kakak aku tahu aku dah beli breastpump, dia nak pulak yang aku punya. Maka terpaksa aku mengorder lain. Aku beli Medela Harmony Sealed. Harga termurah di pasaran. Aku memang nak promote ni sebab puas hati berurus niaga dengan Kina ni. Siapa-siapa nak beli, boleh beli dekat Kina. LINK. Oh, aku berazam nak fully breastfeed anak aku sampai umur dia 2 tahun. CHAIIIYOOOOKKKKKK. NO SUSU MOO MOO / SUSU MBEK / SUSU SOYA. InsyaAllah, itu plan aku, suami pun bagi restu dan sokongan dalam bentuk wang ringgit. Muhahaahahah.
NOTE : Aku promote ni aku tak dapat apa-apa pun dari Kina ye. Aku promote sebab aku senang berurusan dengan dia. Aku nak korang pun dapat penjual yang senang berurusan.
Ok. Sekarang ni dah jumpa checklist complete untuk mak budak dan checklist untuk barang-barang ke hospital. First timer weiii... Aku zero knowledge. Walaupun anak buah dah 6 orang, tapi aku tetap nak berusaha sendiri sebelum aku menempek tanya dekat ibu / kakak / kakak-kakak ipar aku. Tapi aku tetap ikut juga nasihat ibu, kakak, dan kakak-kakak ipar aku. So aku edit checklist yang aku dapat hasil dari menggoogle itu ikut keperluan dan bajet aku.
Itu je nak cerita. Nanti pulak cerita pasal si kecik yang suka main ni. Geli perut tau. Tapi syokkkkk. Nampak perut senget-senget. Alahaiiii... Tak sabar nak tau gender baby. YUP!! Aku memang nak scan untuk tahu baby ni boboy ke gegirl. Sebab aku sangat bernafsu tengok baju baby yang warna-warni tapi tak boleh nak beli lagi. GERAMMMMM.
Hujung bulan expo dekat Danga City Mall, maka akan pergi scan sebelum pergi perabih duit. JOMMMMM.
Bye.
No comments:
Post a Comment