Salam semua.
Kurang seminggu lagi nak raya kan? Rasa macam baru je 1 Ramadhan. Dalam sedar tak sedar nak hujung Ramadhan dah. Aku ni lagi la tak sedar dah berapa hari Ramadhan. Banyak wooo nak kena ganti. T___T
Raya tahun ni memang confirm lain la. Tambah-tambah sebab dah ada si kecik kesayangan hati tu. Memang raya ni tumpuan pada dia je. Walaupun dia tak tahu apa-apa, tapi mama dia tetap nak bagi anak nampak comey. Puas tawaf kedai jual baju baby nak cari baju yang kena dengan tema raya family ibu tahun ni, tapi habukkkkk. Ada jumpa dress super comey, tapi harga sama dengan harga mama dia. Apa kessss??? Tu yang aku tak suka beli barang / pakaian berjenama, kita bukan setakat beli barang / pakaian tu je tapi kita beli jenama dia jugak. Kalau orang besar (means dewasa) ok la juga. Orang tanya la juga "cantik baju ko, beli mana?". Agak-agak kalau baby ada orang nak tanya. Kalau tak ada pun, andai aku beli aku nak cakap dekat orang yang puji anak aku, "eh, mesti lah comey. baju jenama xxxxx ni.". Aku tak tau brand mahal-mahal. Aku tahu Baby Kiko, Disney (tapi dress Disney pun mahallllllllllllllll) dan seangkatan yang murah-murah takat poket mampu.
Lagi satu masalah, susah betul nak cari dress untuk baby bawah 6 bulan. Cepat betul SOLD OUT nya. Tapi hari tu pergi AEON, memang aku jadi rambang mata tengok baju baby girl. Hahahaha. Comey sangat. Aku nak beli 2 pieces untuk si comey tu tapi ayahnya kata "tak payah la. Hannan tu pinggang pun comey sangat. Nanti lurut pulak skirt/seluar dia" Huhuhuhu. Sian anak mama.
Cerita pasal menu raya pulak. Okey, bukan menu raya tapi menu berbuka puasa. Aku belum ada kesempatan nak berbuka dekat kampung a.k.a rumah ibu. Rinduuuuu. InsyaAllah minggu depan balik Ipoh. Dah plan dengan adik aku nak masak-memasak. Tapi bukan lauk-pauk tapi masak western atau mungkin lebih kepada Italian food. Encik suami pun dah request dekat aku sebab dah lama gila tak memasak untuk dia. Sian dia. Sejak mengandung berapa bulan entah dapur rumah tak berasap. Kalau berasap, maknanya suami la yang memasak. Huhuhuu. Jadi memandangkan dah habis pantang, nanti balik Ipoh boleh la memasak apa yang suami request. InsyaAllah. Oh, nak baking-membaking juga untuk raya. Rindu nak makan kek! Boleh kan makan kek???
Bye. Si comey dah memanggil.
1 comment:
Eh, jue balik Ipoh! Sama ngan nana! Hihi. Mmg baju2 baby mahal, lebih kurang ngan baju orang dewasa. Haritu nana ngan husband belikan baju untuk anak buah husband... around RM80 mcm tu after discount. Brand Disney. Nasib baik sekali sekala je bagi hadiah. So tak kisah sgt. Kalau selalu, rabak poket. :p
Post a Comment