Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Cerita Sebelum Raya

Salam semua.

Kurang seminggu lagi nak raya kan? Rasa macam baru je 1 Ramadhan. Dalam sedar tak sedar nak hujung Ramadhan dah. Aku ni lagi la tak sedar dah berapa hari Ramadhan. Banyak wooo nak kena ganti. T___T

Raya tahun ni memang confirm lain la. Tambah-tambah sebab dah ada si kecik kesayangan hati tu. Memang raya ni tumpuan pada dia je. Walaupun dia tak tahu apa-apa, tapi mama dia tetap nak bagi anak nampak comey. Puas tawaf kedai jual baju baby nak cari baju yang kena dengan tema raya family ibu tahun ni, tapi habukkkkk. Ada jumpa dress super comey, tapi harga sama dengan harga mama dia. Apa kessss??? Tu yang aku tak suka beli barang / pakaian berjenama, kita bukan setakat beli barang / pakaian tu je tapi kita beli jenama dia jugak. Kalau orang besar (means dewasa) ok la juga. Orang tanya la juga "cantik baju ko, beli mana?". Agak-agak kalau baby ada orang nak tanya. Kalau tak ada pun, andai aku beli aku nak cakap dekat orang yang puji anak aku, "eh, mesti lah comey. baju jenama xxxxx ni.". Aku tak tau brand mahal-mahal. Aku tahu Baby Kiko, Disney (tapi dress Disney pun mahallllllllllllllll) dan seangkatan yang murah-murah takat poket mampu.

Lagi satu masalah, susah betul nak cari dress untuk baby bawah 6 bulan. Cepat betul SOLD OUT nya. Tapi hari tu pergi AEON, memang aku jadi rambang mata tengok baju baby girl. Hahahaha. Comey sangat. Aku nak beli 2 pieces untuk si comey tu tapi ayahnya kata "tak payah la. Hannan tu pinggang pun comey sangat. Nanti lurut pulak skirt/seluar dia" Huhuhuhu. Sian anak mama.

Cerita pasal menu raya pulak. Okey, bukan menu raya tapi menu berbuka puasa. Aku belum ada kesempatan nak berbuka dekat kampung a.k.a rumah ibu. Rinduuuuu. InsyaAllah minggu depan balik Ipoh. Dah plan dengan adik aku nak masak-memasak. Tapi bukan lauk-pauk tapi masak western atau mungkin lebih kepada Italian food. Encik suami pun dah request dekat aku sebab dah lama gila tak memasak untuk dia. Sian dia. Sejak mengandung berapa bulan entah dapur rumah tak berasap. Kalau berasap, maknanya suami la yang memasak. Huhuhuu. Jadi memandangkan dah habis pantang, nanti balik Ipoh boleh la memasak apa yang suami request. InsyaAllah. Oh, nak baking-membaking juga untuk raya. Rindu nak makan kek! Boleh kan makan kek???

Bye. Si comey dah memanggil.


Saturday, September 10, 2011

cerita syawal 2011

Salam Aidilfitri semua. lepas dah hampir 12hari Syawal baru berkesempatan nak update pasal raya. Buat kenangan aku kemudian hari.

malam raya. kakak anis dan abang rafiq main bunga api dekat luar.
jadi haikal main dengan makteh dan mama jai dalam bakul. hehhee.

family potrait di pagi raya. tema adalah HIJAU tapi rumahku tetap BIRU.

Charlie's Angles. 3 sisters.
young. youngest. younger.
oldest. old. older.
=)

bermaafan-maafan mengikut peringkat umur. tahun ni saya dah tak dapat duit raya. jadi turn saya memberi kepada anak-anak buah ONLY. Next year baru turn adik-adik sedara OKEY? itu pun kalau saya tak sambung belajar. HAHAHAH.

Family potrait with grandma without abang jo's family.

1. Anak bongsu bonda, bonda, cucu no.2 bonda, cahayamata ke-4 bonda.
2. Kakak, Anak sulung kakak, anak no.2 kakak, suami kakak
3. Abang, Anak sulung abang, isteri abang

Makteh bersama  hero kecil yang nakal dan hero kecil yang handsome.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin buat semua pembaca!






Thursday, September 23, 2010

Cerita Hari Raya (episod 2)

ini adalah kesimbungan cerita hari raya yang lalu. dalam entry yang hari tu, aku tanpa sengaja menggantung cerita hari raya. jadi hari ni aku sambung cerita hari raya. kepada sesiapa yang dah bosan dengar cerita hari raya, boleh pilih mana2 Jenama Missjue yang korang berkenan dekat sebelah kiri blog ni. 

Raya ke-2 :
hari ni tak pergi mana2. hanya tunggu orang datang beraya ke rumah sebab abang aku yang sulung nak bersiap balik ke rumah mertua dia di selatan tanah air lepas solat asar. eh, silap2... raya kedua ni aku, bonda, little sist dengan family abang sulung aku pergi beraya rumah mama teh a.k.a kakak kedua bonda. tak ada gambar masa dekat sana. sebelum tu kitorang pergi rumah tok ajib. tok ajib ni pak sedara bonda. aku tak ingat relation dia sebelah opah aku ke sebelah arwah atok aku. kat rumah tok ajib tu aku tak makan yang heavy2 walaupun opah anisah masak macam2 yang buat aku rasa nak makan semua. tapi disebabkan aku terlalu excited sebab dapat makan carrot cake yang lazat-lagi-lemak-berkrim, langsung aku tak ingat tentang mee rebus, sup tulang, rendang daging rusa etc. serius weiii... opah anisah yang masak semua itu SEORANG diri!! memang terror laaa... tapi jangan la korang bayangkan opah anisah tu macam nenek2-kat-kampung-yang-pakai-serkup-kepala-warna-putih-berkain-batik-dan-berbaju-kurung-kedah tu, opah anisah aku ni muda lagi. kalau tak salah aku umur dia 40++. kalau ada sepupusepapat aku yang baca ni, kalau salah tolong betulkan ye... 

di rumah tok ajib. ada banyak lagi lagi tapi malas nak upload sebab internet slow macam siput

balik dari rumah mama teh tu, kitorang tunggu kepulangan kakak dan abang dari kelantan. elok je kakak dan abang aku sampai dari kelantan, abang sulung aku pun bertolak pulang ke rumah mertua dia. malam raya kedua tak pergi mana2 melainkan duduk melepak di rumah.


Raya ke-3 :
beraya ke kampung arwah ayah di sitiawan dan juga beruas, perak. malas la nak cerita panjang2, tengok gambar je la ye???



Sunday, September 19, 2010

Cerita Hari Raya

Baru hari ni berkesempatan nak bebel-bebel pasal hari raya yang lepas. Banyak sebab kenapa tak boleh nak update cepat2. Antaranya :
  1. Aku baru ambik gambar-gambar raya yang tak banyak gambar aku daripada cousin aku. Ada lagi sorang cousin aku jadi tukang tangkap gambar tapi aku tak sempat nak ambik daripada dia tapi dia dah burnkan gambar-gambar tu dalam CD. nanti-nanti la aku pergi ambik kat rumah makcik aku
  2. Aku dah mula kerja sejak isnin lepas atau dalam kata mudah sejak hari raya ke-4. sedih tak? pergi kerja jalan lengang gila. tak sampai 10minit dah sampai. dapat taffic light semua hijau lagi la cepat. 
okey la. cerita pasal raya la. raya kali ni sama je macam sebelum-sebelum ni. aku beraya di rumah sendiri sebabnya rumah opah aku hanya sepelaung dari rumah aku. kiranya dari rumah aku dah boleh nampak bumbung rumah opah aku. Kalau jalan kaki 5minit pun dah sampai, tu pun kalau jalan cam kura-kura. kalau lari laju cam cheetah seminit dah boleh sampai. Okey, aku dah mula merepek.
Pagi RayaPertama :
Tak perlu la kot untuk cerita pasal bangun pagi-pagi then mandi sunat aidilfitri then sembahyang subuh etc kan? Sejak tahun lepas rutin pagi raya berubah sikit. Selalunya pergi rumah opah hanya selepas solat sunat raya tapi sejak tahun lepas pergi rumah opah seawal jam 730 pagi sebabnya nak pergi ziarah kubur dulu. okey, aku sedih tak nak cerita pasal ziarah kubur. Raya kali ni dalam pukul 730 pagi aku, bonda dan little sist pergi rumah opah konon-konon nak konvoi ramai-ramai pergi ziarah kubur. Sampai je kat rumah opah, semua saudaramara masih di dalam rumah. Oh, rupanya sedang upacara beratur-ikut-peringkat-umur-untuk-bersalaman-bermaafan-dan-bermintakan-duit-raya. Join sekali upacara tersebut.

Tak larat nak cerita macam tulis diari, sila tatap puas-puas gambar-gambar di bawah :


Saturday, September 18, 2010

Open House a.k.a Small Reunion

Tarikh : 12 Sept 2010
Masa : 3pm - 6pm
Tempat : Rumah Syafiq Abdul Haris Helmi


aku tak tahu nak certia macam mana. sebab memang best sangat la kan bila dapat jumpa kawan2 yang dah hampir 10tahun tak jumpa. cerita kisah2 lama memang buat ada yang tak kering gusi gelaksakan, ada yang tersipu2 malu dan agak yang merahpadam muka... apa2 pun yang terjadi zaman sekolah dulu memang kenangan yang tak luput dimakan zaman, akan terus segar di ingatan. apa2 pun enjoy the pics!


 the boys and the girls
CANDID!


Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri


 di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua pembaca princessjue[dot]blogspot ni. aku mohon maaf andai apa yang pernah aku coretkan selama ni sedikit sebanyak ada mengguris, menghiris, mencincang atau sebagai perasaan dan hati korang. semoga apa yang korang dapat daripada princessjue[dot]blogspot ni semuanya baik2 belaka...




SELAMAT HARI RAYA


MAAF ZAHIR & BATIN





salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Wednesday, July 28, 2010

Warna Baju Raya

tadi aku dapat mesej dari classmate merangkap roomate aku. dia nak pergi shopping tudung kat jalan TAR esok. so, dia tanya aku nak pesan tudung colour apa sebab last week kitorang pergi tapi ada warna tudung yang aku tak dapat. bila dapat mesej dia tadi, aku terfikir nak beli tudung untuk baju raya aku. maklum la sebelum asal ada baju baru je, mesti terkeluar dialog camni "ibu, nak pinjam tudung"... hehehe... sekarang ni, aku pun dah nak habis belajar, jadi aku pun nak tambah koleksi tudung yang ada. tak ada la asyik2 aku pakai tudung colour sama tapi sulam je lain... sian kat aku. tengah aku taip mesej nak reply mesej kawan aku tu, baru aku terfikir apa warna baju raya aku ek??? serious aku tak ingat langsung. entah berapa pasang aku hantar kat makcik aku tu pun aku tak ingat. maklum laaa... dah dekat 2bulan kot aku hantar, tu pun dia macam berat hati nak terima. iyo la, kalau sorang dah hantar 3,4 pasang darab dengan 3orang berapa jadinya??? korang kira la sendiri... 

kesimpulannya memang la aku tak dapat nak pesan tudung kat kawan aku tu... sedih2... memang murah gila la aku beli hari tu... borong sakan macam nak buka kedai.. muahahahahaha... esok ada plan dengan bonda, tak dapat la nak pergi rumah makcik aku tu tengok balik kain2 yang aku hantar dulu... tak pe laaa... tunggu duit raya la baru beli tudung baru [eh, ada lagi ke orang nak bagi aku duit raya??? =( ]. sian gila aku ni. nampaknya raya kali ni, memang akan keluar dialog "ibu, pinjam tudung" lagi laaa... dengan adik aku lagi. redha je la ibu dapat anak2 camni... PEACE =)


katahati :: baju raya memang la kena hantar awal2, kalau tak tailor reject tau... mau tak ada baju raya.
salam mahabbah
salam ukhwah 
wassalam...


lots of L♥VE

Sunday, September 27, 2009

cerita raya

salam lebaran buat semua pembaca...
salam dihulur, maaf dipinta...

huhuhu... dah terlewat seminggu... but better late than never rite???

kekangan masa dan kemalasan melampau membuatkan saya malas nak ketuk2 papan kekunci laptop untuk post pe2 entry sepanjang cuti raya... jadi kali ni nak cerita semua benda yang berlaku sepanjang cuti raya....

jom bacaaaa....

17sept09
dear sist ngn my BIL datang amik waktu berbuka... kami berlima [termasuk anees beena and si kecik] berbuka ala kadar di gazebo kolej melati... lepas solat maghrib kt surau melati, sama2 mencari port nak makan... pegi plaza alam sentral [PAS], konon2 nak makan kt bistro sekali lauk pauk sume dah abis... pusing2 kt PAS, sume kedai penuh dan agak lambat... tapi x mau makan fast food... so destinasi seterusnya kedai mamak seksyen3... hehehe... menu berbuka ari tu cheese nan... nyummy2...


18sept09
bangun pagi2, tlg dear sist kemas umah dia... pack brg bdk kecik 2org tu, then lepas semayang jumaat gerak balik ipoh... yahooooo!!!! suka sgt... kereta agak banyak jadi pergerakan jadi lembab cam siput... sampai ipoh, dekat2 kul7... bonda tgh sibuk2 memasak sebab assistant dia x cekap sgt [i mean my little sist]... dh azan pun lauk pauk still atas api... so berbuka ngan air+kurma dulu... then baru makan... bonda masak ketam... sedap2... sayaaaaanggg bonda!!!


19sept09
pagi2 dah keluar ngan bonda... misi pagi tu nak cari santan... pegi la kedai yang dah slalu pegi, sampai je tokey kedai kata dtg lepas zohor... santan dh abis... huhuhu... lama lagi tu lepas zohor... so bawa la bonda g kedai santan yang lain... nasib baik still ada stock... bonda kuar sorg2 dan saya tunggu dalam kereta... at last dekat kul12 baru la bonda dapat santan... ada la dekat 45min bonda beratur nak beli santan... sian bonda... rasa bersalah lak... balik beli santan, singgah umah opah...makcik2+pakcik2+cousin2 tgh sibuk anyam ketupat and potong2 daging.. saya dan bonda bukan x nak tolong, tapi di rumah kami pun ada 6ekor ayam dan 2kg daging menunggu untuk di proses... lepas zohor, saya mula operasi membasuh ayam... mula2 dear sist kata nanti dia tlg sbb dia nak kemas hall... ktorang beli almari TV baru untuk bonda tapi saya saja wat2 x tau bila bonda tanya nape dear sist+BIL+abg jo+little sist+si kecik 2org g silibin... hehehe... saja nak wat suprise kt bonda... at last nyer 6ekor ayam+2kg daging saya proses sorg2... ada la dekat 2 jam setgh saya memproses bahan mentah tu... malam lak sibuk2 pasang langsir... dh si kecik tu sibuk2 nak panjat tangga bila tgk saya pasang langsir... sabar2...


20sept09
hari raya!!!! yeeeeeeee!!!
bangun pagi.. mandi sunat... solat subuh... kul7 lbh gerak g ziarah ayahanda... dah cantik "rumah" ayahanda... marmar putih dan batu sungai... sgt cantik... kami sedekah yasin dan doa untuk ayahanda... tanpa sedar air jernih mula bertakung... saya rindu ayahanda... rindu yang teramat... hanya doa mampu saya berikan... hari raya macam biasa... rumah saya penuh sesak bermula jam 12tghari sehingga 4ptg... lepas maghrib turn kami ank branak beraya umah adik bradik bonda... malam tu semua sakit perut... nth pe yang silapnyer... dugaan...


21sept09
sepanjang hari di rumah... dear sist pagi2 lagi dh bertolak balik ke rmuah mentua di kelantan... xd sape yang dtg dan kami pun x ke mana2... kesihatan x mengizinkan... malam abg oji sampai dari melaka... bonda and kak anom sibuk menyiapkan hantaran... esok kami akan ke kelantan... abg jo saya nak bertunang...


22sept09
8.30 bertolak ke kelantan... kereta x berapa banyak tapi sesak di jeli... sampai kelatan kul5 lbh rasanya [x ingat dah... hehehe...] dinner makan kt umah mak BIL saya... balik motel bonda+alang [adik ipar ayanahada]+mak[adik ayananda]+abg oji+kak anom+abg jo bincang sal event esok... letih sgt... tido awal...


23sept09
kul9.30 pagi breakfast kt umah mak BIL saya... nasi lemak yang sgt sedap... sambal dia sedap sgt2... kalau xd perkara penting pagi tu, saya dah tambah makan nasi lemak tu... sedapppp... kul10.30 bertolak 4buah kereta ke rumah bakal tunang abg jo... destinasi kami chetok, pasir mas... kenderaan bertali arus... kul12 sampai kt rumah kakak tu... bincang2 cakap2 akhirnya selesai majlis... Alhamdulillah... bertunang sudah abg saya... ptg tu jln2 kt pengkalan kubor... tapi x lama pun sebab kami sampai pun dh lewat... kul6 bertolak balik motel, rehat2 kul8.30 g makan kt kedia yang x best... lama teramat nak tunggu order siap... ada la dekat sejam lebih menunggu... sabar2... lepas makan g wakaf che yeh lak... pening2... ramai orang... sempit lak tu... tapi sempat gak beli 3helai tudung... kuang3... balik dh penat sgt terus tido...


24sept09
breakfast kt pasar wakaf bharu... kul10 bertolak balik ipoh... singgah makan kat restoran tasik raban kul4.30 ptg... hehehe... kul6.30 sampai rumah... Alhamdulillah...


25sept09
beraya ke sitiawan... x larat nak citer pjg2... lepas zohor baru bertolak sbb sebelum tu abah nazar dtg umah... malam baru balik dr sitiawan...


26sept09
open house a.k.a family gathering kt umah opah... macam2 ada... tapi saya makan satay jer... [to nana, kalu kamu baca ni jgn sedih2 ek...] xd citer sgt ari ni... dok umah... siapkan keje bertimbun2...


27sept09
holiday is over!!!
kul3.30 balik shah alam dengan ati yang berat... sedih nak tinggalkan bonda, sush hati sbb keje x siap lagi [tapi msh sempat menulis berjela2 dlm blog]... dan sekarang saya di sini --->> kolej melati, uitm shah alam... esok saya ada kelas jam 8.30 pagi...



kata penulis : time kasih kawan2 sebab sudi baca cite penulis yang berjela2 tu... nanti penulis letk gmbr masa majlis bertunang...

nak cakap lagi : to alang a.k.a rosmawati, selamat bertunang.... dan untuk abgku serta bakal kakak iparku...


salam ukhwah...
salam mahabbah...


wassalam...


Saturday, September 12, 2009

kad raya

sonoknyer... hehehe... excited terlebih... kad raya pertama yang saya dapat untuk syawal 1430H... walaupun bkn pos melalui pos malaysia dan tak de nama saya pun kat kad raya tu, tapi pemberi kad raya tu tulis begini...

E-kad ini kami hulurkan kepada:
+ Mereka2 yang sudah menjadi followers blog ni (54 orang) setakat ini.. [saya di dalam kategori ini]
+ Kawan2 bloggers yang link kan kami diblog mereka..
+ Mereka2 yang menjadi silent reader blog ni setelah sekian lama..
+ Mereka2 yang saya link kan blog nya di blog ni..
cantik tau kad raya "handmade" ni... x caye??? jom tgk...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

jeng... jeng... jeng...



maka ini la kad raya yang "dikirimkan"
terima kasih yang tak terhingga kepada puan aniem[teachear-to-be] dan en. zubir[doc-to-be] kerana memberi kad raya ini... walaupun tak pernah bertemu bertentang mata [dengan puan aniem yer... bkn lakinya], tapi syok btl baca coretan seorang bakal guru [ada je bnd nk dicerita... hehe]. maaf dipinta dan salam dihulur... semoga berpeluang bertemu [nak minta "tips" nk jadi bini orang... kuang3... gtl2]




pesan penulis : kepada sesape yang lum bagi kad raya lagi kt penulis, cpt2... ada lagi seminggu je before raya... lepas raya pun penulis still terima... better late than never... kui3...


note : penulis pun nak bagi kad raya kt readers2 n kwn2 dia tapi xd masa laaa... nak g cari kad raya, nak beli setem, nak tulis ucapan2 yang syahdu2, n cari address umah... nanti2 la penulis pk cara terbaik... insyaAllah...




salam 10 ramadhan terakhir...
salam ukhwah...
salam mahabbah...


wassalam...