Baru hari ni berkesempatan nak bebel-bebel pasal hari raya yang lepas. Banyak sebab kenapa tak boleh nak update cepat2. Antaranya :
- Aku baru ambik gambar-gambar raya yang tak banyak gambar aku daripada cousin aku. Ada lagi sorang cousin aku jadi tukang tangkap gambar tapi aku tak sempat nak ambik daripada dia tapi dia dah burnkan gambar-gambar tu dalam CD. nanti-nanti la aku pergi ambik kat rumah makcik aku
- Aku dah mula kerja sejak isnin lepas atau dalam kata mudah sejak hari raya ke-4. sedih tak? pergi kerja jalan lengang gila. tak sampai 10minit dah sampai. dapat taffic light semua hijau lagi la cepat.
okey la. cerita pasal raya la. raya kali ni sama je macam sebelum-sebelum ni. aku beraya di rumah sendiri sebabnya rumah opah aku hanya sepelaung dari rumah aku. kiranya dari rumah aku dah boleh nampak bumbung rumah opah aku. Kalau jalan kaki 5minit pun dah sampai, tu pun kalau jalan cam kura-kura. kalau lari laju cam cheetah seminit dah boleh sampai. Okey, aku dah mula merepek.
Pagi RayaPertama :
Tak perlu la kot untuk cerita pasal bangun pagi-pagi then mandi sunat aidilfitri then sembahyang subuh etc kan? Sejak tahun lepas rutin pagi raya berubah sikit. Selalunya pergi rumah opah hanya selepas solat sunat raya tapi sejak tahun lepas pergi rumah opah seawal jam 730 pagi sebabnya nak pergi ziarah kubur dulu. okey, aku sedih tak nak cerita pasal ziarah kubur. Raya kali ni dalam pukul 730 pagi aku, bonda dan little sist pergi rumah opah konon-konon nak konvoi ramai-ramai pergi ziarah kubur. Sampai je kat rumah opah, semua saudaramara masih di dalam rumah. Oh, rupanya sedang upacara beratur-ikut-peringkat-umur-untuk-bersalaman-bermaafan-dan-bermintakan-duit-raya. Join sekali upacara tersebut.
Tak larat nak cerita macam tulis diari, sila tatap puas-puas gambar-gambar di bawah :
ini dia upacara beratur-ikut-peringkat-umur-untuk-bersalaman-bermaafan-dan-bermintakan-duit-raya.Oh, agak segan dan malu sebenarnya kerana masih terima duit raya daripada makcik2, pakcik2 dan cousin2 yang dah kerja pun bagi aku duit raya =) |
Ini adalah kanak2 yang tak berapa nak ribena sedang excited untuk mengumpun duit raya. Oh ya syakirah, tahun depan dah boleh dapat angpau duit raya sama warna dengan kakak okey? tak mau nangis2 lagi ye... hehehe |
My big family pada pagi raya. Ada lagi 2 small families tapi mereka beraya di rumah mertua |
Bondaku bersama 2orang anak daranya dan 2orang cucu perempuan |
Sessi makan-makan di rumah aku. Kakak ipar aku masuk soto tapi aku tak makan pun. kenapa entah.... |
Makan-makan lagi sampai kenyang |
2 bestties cousin. Gambar ni masa open house rumah pakcik aku di malam raya pertama. Menu wajib beliau : LAKSA |
Raya kedua :
to be continued.... letih daaaaa
salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...
lots of L♥VE
No comments:
Post a Comment