aku ni budak belajar sains atau lebih tepat lagi KIMIA. Bak kata bonda aku, aku ni suka duduk dalam makmal main dengan chemicals. okey, bukan itu reasonsnya aku belajar kimia.
Disebabkan aku ni asyik kerja keluar masuk makmal, jadi adalah wajib kepada aku untuk mempunyai sepasang kasut bertutup penuh tapi masalah kepada aku adalah aku amat2 susah nak jumpa kasut yang aku selesa bila pakai dalam lab dari pagi hingga ke malam. kalau aku beli kasut, mesti pakai seminggu dah sakit kaki aku.
okey, aku dah mula merepek entahapa2entah. Tadi intro je, sekarang kita masuk isi penting
Sekarang ni seperti korang2 semua tau, [kalau tak tau, sila baca Missjue update dekat sebelah kiri blog ni ye] aku sekarang tengah LI dekat hospital ipoh. dan haruslah aku pakai kasut bertutup litup. hari first pergi LI aku dengan senang hati pakai sandal zaman diploma dulu. pastu pegawai Sains kat sana tegur aku suruh pakai kasut bertutup keesokan harinya. Jadinya balik tu, aku pun kelamkabut la punggah kotak2 kasut aku sebab nak cari kasut yang aku pakai masa Mock trial dulu. akhirnya jumpa juga.
Maka esoknya aku pun pakai la kasut tu pergi kerja. Sekali, kasut tu sangat la "memakan" jari kaki aku. Orang kata kalau tak nak kasut tu "makan" kaki kita, kita kena "makan" dia dulu. Makanya aku dah buat macam tu sebelum aku mock trial dulu. Tak kan la aku nak buat lagi setelah puas aku ke-hulu-ke-hilir pakai kasut tu!
Jadinya, balik kerja tu aku dah tekad nak beli kasut baru sebab aku fikir aku akan terus pergi kerja pakai kasut sampai bila2. Jadi apa salahnya aku melabur sekarang untuk kegunaan masa depan. Walaupun waktu untuk aku lakukan itu bukan lah waktu yang sesuai kerana aku pergi beli kasut tu 2 hari sebelum raya! memang laaaa... dekat 5x kali aku pusing Billion kat rumah aku tu sebab nak cari parking. memang tension!!!
Jadinya setelah hampir nak selesai aku tawaf pusing kat situ, akhirnya jumpa juga parking. kelamkabut aku di buatnya. Dengan bonda pesan suruh beli barang, dengan aku kena keluar-masuk-keluar-masuk kedai cari kasut yang aku berkenan. Akhirnya, terjumpa la aku dengan sepatu biru ini :
.
.
.
.
.
.
.
.
muahahahaha... gila berkenan aku dengan kasut ni. sangat comel dan sangat selesa bila pakai |
pandangan dari sisi. ada gambar rama2 lagi tu. sebab tu la kasut aku ni menjadi perhatian staff2 tempat aku LI. hehehehe.. apa2 pun aku memang selesa pakai kasut ni. lembut gitu. |
katahati : agak2 kalau lepas kawin, aku pakai kasut ni pergi kerja suami aku nak ngaku aku isteri dia tak? =p
pesanan penaja : Cerita Hari Raya episod ke-2 akan muncul tak lama lagi. nantikan kemunculannya.
salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...
lots of L♥VE
No comments:
Post a Comment