Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, September 23, 2010

Cerita Hari Raya (episod 2)

ini adalah kesimbungan cerita hari raya yang lalu. dalam entry yang hari tu, aku tanpa sengaja menggantung cerita hari raya. jadi hari ni aku sambung cerita hari raya. kepada sesiapa yang dah bosan dengar cerita hari raya, boleh pilih mana2 Jenama Missjue yang korang berkenan dekat sebelah kiri blog ni. 

Raya ke-2 :
hari ni tak pergi mana2. hanya tunggu orang datang beraya ke rumah sebab abang aku yang sulung nak bersiap balik ke rumah mertua dia di selatan tanah air lepas solat asar. eh, silap2... raya kedua ni aku, bonda, little sist dengan family abang sulung aku pergi beraya rumah mama teh a.k.a kakak kedua bonda. tak ada gambar masa dekat sana. sebelum tu kitorang pergi rumah tok ajib. tok ajib ni pak sedara bonda. aku tak ingat relation dia sebelah opah aku ke sebelah arwah atok aku. kat rumah tok ajib tu aku tak makan yang heavy2 walaupun opah anisah masak macam2 yang buat aku rasa nak makan semua. tapi disebabkan aku terlalu excited sebab dapat makan carrot cake yang lazat-lagi-lemak-berkrim, langsung aku tak ingat tentang mee rebus, sup tulang, rendang daging rusa etc. serius weiii... opah anisah yang masak semua itu SEORANG diri!! memang terror laaa... tapi jangan la korang bayangkan opah anisah tu macam nenek2-kat-kampung-yang-pakai-serkup-kepala-warna-putih-berkain-batik-dan-berbaju-kurung-kedah tu, opah anisah aku ni muda lagi. kalau tak salah aku umur dia 40++. kalau ada sepupusepapat aku yang baca ni, kalau salah tolong betulkan ye... 

di rumah tok ajib. ada banyak lagi lagi tapi malas nak upload sebab internet slow macam siput

balik dari rumah mama teh tu, kitorang tunggu kepulangan kakak dan abang dari kelantan. elok je kakak dan abang aku sampai dari kelantan, abang sulung aku pun bertolak pulang ke rumah mertua dia. malam raya kedua tak pergi mana2 melainkan duduk melepak di rumah.


Raya ke-3 :
beraya ke kampung arwah ayah di sitiawan dan juga beruas, perak. malas la nak cerita panjang2, tengok gambar je la ye???







on the way balik kampung. konvoi 2 buah kereta. oh ya, itu gambar anak buah lelaki tunggal. geram sangat dengan dia sebab jari dia tembam. cam nak gigit2 je!!

gambar raya di kampung beruas. makan nasi lauk kampung. oh, saya tak reti makan lauk kampung ='(


Raya ke-4 :
di sini la saya... HRPB... saya dah mula kerja hari raya ke-4. sangat sedih sebab pergi kerja jalan lengang. macam boleh drift sorang. dan bertambah sedih sebab family besar ibu buat makan2 kat rumah opah. oh ya, saya pergi kerja pakai baju raya sebab nak pergi open house rumah kawan sekolah rendah balik kerja tu.

opah saya bersama anak2nya masa jamuan makan2. tema raya tahun ini ialah nescafe gold. ada 3 orang anak opah saya tiada dalam gambar.

opah saya bersama menantu2nya.

opah dan cucu2 perempuan. opssss... saya tak tau ada berapa lagi cucu perempuan opah saya tak ada dalam gambar. dan salah seorangnya adalah saya. =(

opah dan cucu2 lelaki. bukan kesemua cucu lelaki opah ada dalam gambar ini.

opah bersama cucu dan cucu menantu. entah ada berapa pasangan tiada dalam gambar. malas la nak kira.

opah dan cicit2nya. cicit2 opah pun ada yang tiada dalam gambar. aku rasa opah ada dekat10rang cicit. mungkin lebih. tak ingat dan malas nak kira.

lastly, sudah pasti bukan buah hati saya. tapi ini buah hati makcik saya... ini cousin saya a.k.a tukang tangkap gambar. punya beratus gambar yang saya ambil daripada dia, entah berapa kerat je ada gambar dia. tak pe, say tau dia suka =)




salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam...


lots of L♥VE

No comments: